Mak-Mak Jangan Pakai Korset Lama-Lama, Lebih Sendat Bertambah Bahaya

Share

Mak-mak tidak disarankan untuk pakai korset lama-lama. Dikatakan korset yang sendat, ketat lebih bahaya kepada tubuh jika dipakai dalam tempoh yang panjang.

Korset bukanlah lagi sesuatu yang asing dalam kehidupan seorang wanita atau mak-mak. Korset yang dipakai untuk membentuk tubuh badan yang cantik.

Korset ini bukan sesuatu yang baru, tetapi telah digunakan sejak zaman berzaman lagi dalam masyarakat melayu di mana ianya seringkali digunakan dalam proses berpantang selepas bersalin.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengembalikan bentuk badan yang asal dan mengempiskan perut.

Lebih Ketat Untuk Rampingkan Tubuh

Di samping itu, selain digunakan dalam proses berpantang, korset juga dipakai untuk membentuk tubuh yang menarik ketika memakai pakaian yang ketat seperti baju kebaya untuk memberikan kesan bentuk tubuh yang menarik dan seksi dalam jangka masa yang singkat. Betul tak mak-mak?

Disebabkan itu, sehingga hari ni pemakaian korset masih lagi kekal di digunakan dalam bidang kecantikan.

Malah, semakin hari semakin banyak penjualan korset-korset di pasaran kerana permintaan yang tinggi. Ini kerana semua wanita ingin memiliki tubuh badan yang cantik dan seterusnya kelihatan lebih menarik.

Baca Juga Di Sini:

Turunkan Berat Badan TANPA Kawal Nafsu Makan, Cuba Cabaran Ini. Gerenti Kurus

Setiap Pagi ‘Cuci’ Perut Dengan Air Lemon. Ubat Popular Turunkan Berat Badan

Info Lebih Menarik klik di sini. 

Memakai Korset Dalam Jangka Masa Yang Lama

Mak-mak perlu lupakan saja fakta  yang mengatakan, pemakaian korset adalah satu proses untuk menurunkan berat badan. Sebaliknya jika memakainya dengan kerap mampu mengawal selera makan.

Ini kerana ketika memakai korset perut dan pinggang di ikat menyebabkan seseorang itu hanya mampu makan dalam kuantiti yang sedikit.

Tahukah anda bahawa jika kita memakai korset dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan kesan yang tidak sihat pada tubuh badan.

Mungkin juga akan meninggalkan kesan alahan pada kulit kerana kulit tidak dapat bernafas dengan baik dan meninggalkan ruam ataupun gatal-gatal.

Lebih ketat, lebih bahaya

Ramai yang sangka dengan pemakaian korset akan memperbaiki postur anda, hakikatnya pemakaian korset ketat untuk jangka masa panjang akan akibatkan otot belakang tubuh menjadi lemah dan memburukkan masalah sakit pinggang. (Melainkan dengan nasihat doktor untuk pesakit tulang belakang)

Pemakaian korset juga akibatkan tulang rusuk dihimpit dan kapasiti paru-paru berkurangan sebanyak 30 hingga 60 peratus! Untuk jangka masa panjang akan berlaku radang di dalam paru paru yang menyebabkan masalah pernafasan kronik.

Sistem penghadaman akan terhimpit menyebabkan asid dari perut naik ke esofagus menyebabkan gejala GERD. Bayangkan, jika terlalu ketat, saluran darah ke organ penting akan terganggu. Apa akan terjadi pada buah pinggang dan hati?

Anda mungkin memakai korset untuk kegunaan majlis-majlis tertentu dan untuk jangka masa pendek sahaja.

Untuk memakainya dalam masa yang panjang, ia adalah satu penderaan dan penginayaan kepada tubuh yang sangat menyedihkan.

MW: Mak-mak kalau nak pakai korset tu beringatlah, jangan pakai dalam jangka waktu yang panjang kerana lebih banyak kesan negatif dan positif. Jangan mendera tubuh ya mak-mak.

Sumber: Public Health Malaysia

Published by
Syazwani Mehat