
Isi Kandungan
ToggleLagi beberapa hari kita bakal meninggalkan Ramadan. Memasuki 10 malam terakhir Ramadan ini, walau mak-mak ‘datang bulan’ pun masih boleh gandakan pahala dengan amal ibadah.
Tapi tak bermakna, tak boleh berpuasa, mak-mak biarkan jiwa tu kosong. Banyak amalan ibadah yang mak-mak boleh sempurnakan.
Ini yang dikongsikan Da’i Hamidah untuk panduan wanita haid di bulan Ramadan.
“Jom manfaatkan malam ganjil di 10 terakhir Ramadan kali ini. Semoga Ramadan kita tahun ini berkualiti. Bulan inilah peluang terbesar untuk kita perbanyakkan melakukan kebaikan.”
“Sebab semua pahala amalan kebaikan akan digandakan.”
6 Cara Mak-mak ‘Datang Bulan’ Manfaat 10 Malam Terakhir Ramadan
Bagi wanita haid yang tidak boleh berpuasa, kita juga dapat mengumpul pahala di antaranya dengan :
1. Berzikir dan berdoa sungguh-sungguh.
2. Mendengar alunan ayat Quran dan zikir.
3. Tadabbur terjemahan dan tafsir Al-Quran.
4. Mendengar tazkirah dan menuntut ilmu.

5. Membantu memudahkan urusan berbuka puasa dan bersahur ahli keluarga dan sahabat.
6. Membanyakkan bersedekah dan memberi khidmat.
Bacalah Juga Doa Ini
Perbanyakkan membaca doa berikut:
. اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي “ .
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Zat yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku “
Semoga kita semua diberi kekuatan untuk melakukan amal kebaikan.
Sumber/Foto : Da’i Hamidah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Allah Bagi Lebih Pada Harta, Mungkin Kurang Pada Masanya

Isi Kandungan
ToggleBila Allah bagi lebih pada harta pada dia, mungkin ada sudut kurang yang kita tak pernah tahu. Kalau secara logiknya pun, mana mungkin ada pasangan sempurna 100%.
Bak kata saudara Firdaus Shakirin, andai terlihat kebahagiaan pasangan lain, tolonglah jangan bandingkan dengan kemampuan pasangan kita dengan orang lain. Rezeki yang Allah bungkuskan pada hambanya tak akan pernah sama.
Lebih Pada Harta
Untuk kaum hawa yang akan atau dah bergelar isteri, jangan bandingkan hidup anda dengan kawan-kawan anda.
Ada kawan anda, suaminya mampu menyediakan dia rumah mewah, kereta besar, mampu membawanya bercuti di luar negara, mampu belikan dia barang-barang berjenama.
Jangan jeles, jangan iri hati, jangan dengki kerana mungkin suaminya jarang ada masa dengannya, sibuk dengan urusan kerja, outstation sana sini. Dia sunyi di rumah, apa yang dia rasa suaminya tak pernah ambil peduli, kerja rumah semua dibuatnya sendiri dan disebalik kemewahan yang dia ada tu, dia tak gembira dan tak bahagia dengan hidupnya.
Ada kawan anda, suaminya hanya mampu menyediakan dia rumah kos rendah dan kereta kecil, hanya mampu membawanya bercuti di dalam negara, hanya mampu belikan dia barang-barang biasa. Jangan kesian, jangan simpati, jangan pandang rendah pada dia, kerana mungkin suaminya selalu ada di rumah, selalu ambil tahu akan perasaannya, selalu menolongnya melakukan kerja-kerja rumah dan disebalik kesederhanaan yang dia ada tu, dia gembira dan bahagia dengan hidupnya.
Ada kawan anda, suaminya itu nikmat untuknya, dan ada pula kawan anda, suaminya itu ujian terbesar dalam hidupnya.
Mana Ada Pasangan Sempurna
Sebab itu dalam hidup kita ni, Allah tak bagi kita semuanya sempurna dari setiap sudut, Allah tak bagi kita segala-galanya. Bila Allah bagi lebih diharta, maka kurang pada masa. Bila Allah bagi lebih pada masa, maka kurang pada harta.

Jadi, anda bekerja atau tidak, anda duduk rumah mewah atau sederhana, anda bercuti di luar negara atau didlm negara, anda pakai pakaian jenama atau biasa, bila anda dah berkahwin, gaya hidup anda hanyalah mengikut kemampuan suami anda. Kalau hanya itu yang mampu ditunaikannya, diberikan oleh suami anda, maka bersyukurlah dan ucapkanlah alhamdulillah dan terima kasih.
Jangan Bandingkan
Kurang di satu tempat, lebih di tempat yang lain. Jangan bandingkan hidup anda dengan kawan-kawan yang lain, semuanya atas REZEKI masing-masing.
Harus diingatkan, tak semua yang indah itu indah, kerana kita hanya nampak apa yang mereka ada, dan bukan apa yang mereka rasa.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Ukur Bahagia Dengan Orang Salah!

Isi Kandungan
ToggleMemang tak pelik, ramai sangat yang suka ukur bahagia dengan orang yang salah. Nampak orang senang, kita rasa susah dan miskin. Padahal, apa yang kita ada itu sudah mencukupi dan sangat membahagiakan hati.
Agaknya apa makna bahagia bagi kita sendiri. Adakah cukup bahagia bila ada duit yang banyak walau jarang bersua muka dengan orang yang kita sayang?
Atau kita bahagia bila anak ramai walau kadang makan pun berebut-rebut?
Nah, istilah bahagia itu lebih jelas dengan perkongsian Puan Intan Dzulkefli ini. Setuju atau tidak, terpulang.
Suka Ukur Bahagia
Bercakap soal bahagia, sebenarnya yang perlu kita faham adalah kayu pengukur kebahagiaan setiap dari kita adalah tidak sama.
Teringat Saudara Sukur Ibrahim pernah berkata, “jika saya nak ukur kebahagiaan ikut kaca mata orang biasa, contohnya bila ada sekian, sekian hal baru saya nak bahagia, rasanya sayalah orang paling tak bahagia sebab saya ini, kaki dan tangan pun tidak sempurna,”
Namun, begitu, dalam satu temubual, isteri beliau sendiri mendedahkan bahawa segala kerja rumahtangga dan menguruskan diri, Sukur buat sendiri hatta menseterikakan baju dan mengasuh anak yang masih bayi. Tiada alasan untuk bersenang-senang walau isteri beliau dan anak beliau seorang yang dilahirkan sempurna tubuh badan.
MasyaAllah. Sukur mengajar kita, berjuanglah memberikan yang terbaik dalam kapasiti yang kita mampu, insyaAllah ia akan memberikan kita kebahagiaan. Live life to the fullest, in context of striving for mardhatillah.
Sudut Bahagia Yang Berbeza
Bahagia orang susah mungkin pada berlaganya lutut dan gelak tawa bercerita sesama keluarga sambil menyuap nasi berlauk garam, tetapi hati mereka rasa lapang kerana bersangka baik dengan rencana Tuhan.
Bahagia orang kaya mungkin pada lapangnya hati apabila mampu mewakafkan banyak harta pada si miskin fakir yang memerlukan. Senyum mereka membuatkan si pemberi turut tersenyum.
Jika si miskin mengukur hidupnya dengan si kaya, maka, dia akan merasa tidak bahagia. Namun, apabila dia mengukurnya dengan cara pandangan seorang hamba yang mensyukuri segala pemberian Tuhan, dia akan faham bahawa Allah tak pernah salah dalam memberikan rezeki. Maka, dia tak merisaukan hal yang bukan dalam kawalannya.
Sekalipun kita memiliki semua hal yang diidamkan manusia, mendapat segala dihajati dengan mudah, kita belum lagi bahagia dan berjaya sekiranya kita suka melakukan apa yang Allah Benci dan sukar mentaati apa yang Allah syariatkan.
Bahagia yang sebenar apabila kita kenal Allah.

Bahagia yang sebenar apabila kita tak putus usaha untuk beri yang terbaik agar meraih redha Allah. Agar Allah sayang kita.
Bahagia yang sebenar apabila kita berusaha bawa insan yang kita sayang untuk sama-sama masuk syurga Allah.
Buat yang terbaik, beri yang terbaik, mudah-mudahan Allah meredhai segala amalan kita. Amiin.
InsyaAllah. Erti kebahagiaan hidup ini pada banyak yang kita beri bukan pada berapa yang kita dapat.
Muhasabah saya terutamanya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Ini Kongsi ‘Struggle’nya Lalui Fasa ‘Parenthood’, Jangan Pelik Orang Cina Anak TAK RAMAI

Isi Kandungan
ToggleTak dinafikan, kalau tengok orang cina kebanyakannya anak tak ramai. Dapat sepasang pun dah cukup. Ini kerana keadaan sekarang yang cukup mencabar. Berbeza dengan orang melayu, anak tak ramai mulalah bertanya, bila nak tambah. Dah ramai kata tak ada perancang keluarga pula.
Tak kisahlah anak ramai atau tak ramai, sepatutnya kena ada family planning. Belum lagi betapa strugglenya mak ayah dalam menjaga dan mendidik anak-anak ini. Sebab itu, jangan pelik bila kita tengok orang cina anak tak ramai.
Perkongsian daripada Adam Kelvin, tentang pandangan lelaki cina mengenai family planning. Memang betul apa yang dikatakan itu.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: “Anak Ramai Cukup Ke, Tak Penat?” Tak Perlu Mengeluh, Setiap Mereka Ada Rezekinya
Jangan Bangga ANAK RAMAI, Biar Berkualiti Walaupun Hanya SEORANG, Itulah Rezeki & Amanah
Anak Tak Ramai, Perlu Ada Family Planning
1. Struggle In Motherhood & Fatherhood Are Real.
Kami berdua mengaku memang struggling dalam fasa parenthood. Bila ada anak, saya kena ubah diri dan belajar banyak perkara agar perkara yang terjadi di zaman kanak-kanak saya, tidak berulang kepada anak saya.
Kami berdua masing-masing ada trauma zaman kanak-kanak. We are still healing from it. Cuba sedaya upaya untuk elak anak heal trauma dari kami berdua apabila dia dewasa kelak.
2. Ada Banyak Masa
Masa untuk saya dan isteri belajar mengenai karakter anak & parenting skill lebih banyak.
Nak jaga emosi bayi, emosi anak sulung, jaga emosi isteri dan pada masa yang sama nak jaga emosi diri sendiri lagi? Tipulah semua smooth kan? Ada masa badai melanda juga. Belum termasuk tsunami, walaupun baru anak seorang.
Ada masa saya juga terbabas bila marah anak. Rasa teruknya sebagai seorang ayah.
3. Hormati Hak Dan Badan Isteri.
Sebenarnya, sebelum berkahwin, isteri saya ada bagitau yang dia tak nak ramai anak sebab dia anak sulung dari 9 beradik. Emosinya banyak terabai kerana menjaga adik-adik yang semuanya jarak rapat-rapat. Setiap orang hanya jarak 2 tahun saja.
Dia pula ada mindset yang lelaki akan berubah bila dah ada anak. Itu yang dia nampak dan lalui masa kecil dan remajanya. Jadi dia fikir, kalau anak tak ramai, senang dia nak berdikari. Nak angkut anak lari ke apa senang kalau tak ramai.
Bunyi macam kelakar juga. Tapi kasut orang tak sama kan? Hanya yang pernah pakai kasut seperti tu saja yang faham betapa peritnya nak jaga 9 adik dan imbangkan pelajaran.
Tapi saya okay saja sebab saya sendiri pun tak nak anak ramai. Paling-paling pun 2 orang saja. Namun, isterisaya memang mengalami trauma yang teruk selepas bersalin sampai ke hari ini.
Isteri perlukan masa untuk recover dari sakit bersalin dan nak kembalikan bentuk badan macam sebelum bersalin.
Lagi satu, yang mengandungnya isteri. Yang hadap morning sicknessnya isteri, yang hadap sakit dan azab sakit bersalinnya isteri. Saya tengok sendiri isteri masih muntah-muntah beberapa jam sebelum ditolak ke labour room. Kesian sangat.
Belum lagi tambah keserabutan isteri bila menyusukan anak. Serius keadaan ketika tu macam kelam kabut dan tak terurus diri isteri dan anak. Jadi, tak salah pakai perancang kalau kita nak isteri cantik selalu. Suami kenalah support dan bagi kerjasama.
3. FINANCIAL
Sebenarnya ini isu pokok dari semua di atas.
Mungkin ada yang kata, anak itu rezeki. Rezeki tu sentiasa ada. Tak dinafikan. Esok masih hidup pun dikira rezeki. Dapat makan hari ini pun dikira rezeki, kan?
Anak saya perbelanjaan seorang pun RM1,000 sebulan.
Pengasuh RM500
Insurans RM200
ASB RM200
Pampers RM120
Masa ni 100% anak minum susu ibu. Bukan susu formula. Boleh bayang kalau susu formula punya harga dikira sekali? Itu belum termasuk makan minum, pakaiannya lagi. Dah menelan belanja RM1k lebih.
Paling kurang, bagilah kita sebagai mak ayah dapat bernafas dan selesa dengan kedudukan kewangan sebelum menambah anak.

Duit simpanan atau lebih RM1,000 tu boleh guna untuk hantar ke tadika yang berkualiti sikit. Tambah pula sekarang anak dah masuk tadika. Yuran tahunan segala bagai dah beribu-ribu. Saya pun sedia maklum early childhood education memang mahal. Nak yang terbaik, memang kena usahakan juga.
Jangan Pelik
Tak pelik kalau orang Cina memang tak memiliki ramai anak. Anak mostly 2 orang saja.
Paling ramai pun 3 orang. 4 orang tu kira ramailah bagi keluarga cina. Tanggungjawab perlu seiring dengan rezeki.
FAMILY PLANNING INDEED IS VERY CRUCIAL.
Setelah mengambil kira semua faktor di atas, kami ambil keputusan untuk ada anak seorang saja buat masa ini cukup.
Jangan pedulikan orang kata mental koyak ke apa sebab mereka tak berada di tempat kita. Hakikat itu pahit and it’s way too expensive to have another baby. Reality check.
Mingguan Wanita : Biarlah orang nak cakap anak sedikit atau ramai. Yang penting berkualiti dan jagalah amanah yang diberikan. Terima rezeki yang Allah beri.
Sumber: Adam Kelvin
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI