Rutin hidup setiap orang tidak sama. Samalah macam rezeki, Allah beri ikut keperluan dan ujian hidup seseorang itu. Ibu kepada anak 6 tahun, Nour ini rutinnya sentiasa bergerak dari Perak ke Kuala Lumpur. Dan anak kecilnya itu, sentiasa dibawa bersama.
Kata ibunya, Puan Dhuha Rashidi, tahun depan Nour darjah satu. Tapi dalam dia bersekolah tadika ini Nour selalu terlepas hari masuk ke sekolah. Sebagai ibu, dia tahu apa yang Nour tidak dapat dalam usianya. Tapi itu bukan alasan untuk tak beri Nour pendidikan dan pembelajaran seiring dengan usianya. Malah Nour dapat lebih dari kanak-kanak yang masuk kelas.
“Cikgu , maafkan saya , Nour dapat sekolah hari ini saja last minggu ini, ” aku beritahu cikgu tadika sebaik saja menghantar Nour di depan pintu sekolah.
Seperti yang aku cakap sebelum ini. Lepas raya bermula lah kembali kisah perjalanan setiap minggu dari Perak ke Kuala Lumpur. Memenuhi jadual kelas khat MTVAB di Puchong. Juga penuhi jemputan ke mana-mana institusi.
Cikgu memahami. Cuma ada cikgu bersuara. Kena fokus lebih pada Nour sebab tahun depan dah darjah satu. Memang. Hari sekolahnya banyak tinggal.
Aku tak pernah risau. Jujur.
Aku katakan, tak apa cikgu. Saya cover sendiri nanti. Saya akan beri dia latihan tahun satu lebih awal untuk persediaan dia.
Yakin !
Aku bukan apa kawan. Life aku bukan jenis duduk setempat jalani rutin sama setiap hari. Kami keluarga yang perlu survive setiap hari. Perlu berfikir kreatif setiap hari. Termasuklah anak-anak.
Mereka dah biasa ‘ada kerja’ nak kena buat. Orang tengok macam letih lah. Tapi bagi aku tak. Dah memang tanggungjawab kita untuk buat sesuatu setiap hari. So, anak-anak memang jenis tak boleh duduk diam terperuk di rumah. Sebab dah biasa ikut mak bapaknya keluar.
Aku tengok Nour dah makin faham life dia macam ni. Dia pasrah je bila tak dapat sekolah setiap hari macam kawan lain. Dia rindu kawan sebenarnya. Bila di KL , aku biarkan dia berjumpa dan bermain dengan geng sebaya sepupu atau saudara.
Aku bagitahu, Nour, awak istimewa. Allah bagi hadiah dekat kakak awal-awal dah tau. Yang tak ramai kanak-kanak lain dapat.
Allah beri kakak pengalaman dari usia ini. Belajar syukur saja pada Allah. Bila aku cakap macam tu, Nour ingat. Nour kena syukur. Tapi adakala terkandas juga perasaannya. Biasalah.
Biasa kita dengar kan. Orang cukup risau bila anaknya nak masuk darjah satu tapi anak masih tak boleh kejar kawan lain dalam kelas. Kita mula rasa anak kita lemah. Ada kekurangan.
Tak wehhh. Anak kita bukan tak pandai. Dia ada kelebihan dia sendiri. Percaya ini. Result di sekolah bukan ukuran. Markah peperiksaan bukan ukuran padu untuk menyatakan kelebihan dan keistimewaan anak kita.
Sebab apa tau kawan ?
Pengalaman lah yang akan ajar anak keturunan kita tentang kehidupan. Sekolah terbaik bagi mereka ialah sekolah kehidupan.
Sebab itu, aku tak panik bila cikgu beritahu Nour lambat baca dulu. Nour pula selalu cakap , mak , kakak di sekolah masuk group B sahaja. Belum masuk ke group A. Ahhh, tak apa aku cakap. Nour ada A di tempat lain. Belajar macam biasa. Ikut je arahan cikgu.
Bagi aku, ini tanggungjawab aku yang utama. Bukan tanggungjawab cikgu semata-mata. Tugas kita ni mak ayah yang budiman, kita yang bawa mereka mengenal dunia dan akhirat.
Biar lah cikgu kata anak kita lambat sikit ke , graf peperiksaan dia menurun ke, kita kena terima. Usah pulak kita marahkan anak. Marahkan anak bermaksud kita belum faham fungsi pembelajaran anak-anak.
Paling penting, kita nak didik anak kita walaupun umur dia 7 tahun. Tapi, dalaman dia kita dah pasakkan ilmu yang 12 tahun pun belum tentu tahu apa dia tahu. Ini sebetulnya.
Ketika MW menghubungi, Puan Dhuha berkongsi setiap minggu dia akan travel ke Kuala Lumpur. “Saya cuba menjadi sekolah dia di mana-mana saya pergi. Dalam kereta, tengah duduk, tengah makan, singgah RnR, akan saya selitkan juga apa yang dia dapat hari itu. Untuk beri kesedaran ilmu baru dalam setiap travelnya.
“Saya ajar dia math sambil atas jalan. Bagi soalan rawak tolak, tambah dan dia jawab. Untuk uji kecekapannya. Dan dia nampak cepat faham. Contoh, ‘Mak, kakak dah faham. Jika begini jadinya bermaksud begini ya mak. Dan jika begitu ia begitu ia bermaksud.”
“Jika di tadika mementingkan erkembangan fizikal, sosio-emosi, psikomotor dan sebagainya. Itu juga saya titikberatkan. Perkembangan bahasa, memahami orang lainkah, prihatin atau tidak. Macam mana sekolah tekankan, itu yang saya bua
t.“Saya juga kerap cerita tentang kehidupan dengannya. Ketika singgah masjid, saya share dengannya. Minta dia fikir apa yang dia nampak. Dari kecil lagi saya dah ajar Nour berfikir tentang apa yang dia nampak. Dalam usia setahun dua dia dah dapat banyak info dan boleh rumuskan apa yang dia lihat.”
“Sejak dalam kandungan, saya ajar komunikasi berkesan dan berbahasa dengan betul. Saya tak ajar pelat walau dari usianya baru nak belajar bercakap. Ia berhasil. Bukan sebab pandai bercakap tapi bonusnya dia mudah memahami apa yang orang dewasa tuturkan.”
Jom sama-sama . Kita mantapkan institusi keluarga kita agar barkah ada sakinah mawaddah wa rahmah dari Allah.
P/s: Ini gambar pagi tadi. Berhenti sekejap sementara tunggu dia sarapan kek dan air kosong. Teringin katanya.
Silakan SHARE dengan bahagia untuk bagitahu orang lain kebaikan-kebaikan yang anda peroleh dari cerita ini.
Dalam cerita ada kekuatan. Kekuatan itu semata-mata kuasa Al Qawwi.
Sumber/Foto : Puan Dhuha Rashidi