Dilema mak-mak yang mendidik anak kecil-kecil, dapat pula lelaki yang hanya tahu komplen. Allah… betapa sedihnya kaum ibu kalau suami hanya tahu mengarah dan langsung tak nak tolong jaga anak.
Mungkin sebab isteri tak bekerja, maka ada sesetengah suami rasa tugas jaga anak adalah isteri saja yang patut buat!
Ini salah ya encik suami, kalau nak tahu isi hati seorang mak-mak yang jaga anak di rumah anda patut baca wakil luahan hati jutaan kaum ibu, Puan Zulaika Harun yang mana perkongsiannya tular beberapa hari yang lepas…
“Awak yang nak berhentikan dia minum botol kan. Saya tak nak dengar apa-apa”
Wahai suami, kenapa lidah tu tajam sungguh bila bersuara. Tak terfikirkah terguris hati isteri?
Hanya kerana rengekkan anak, mengganggu tidur malam suami. Tugas yang menyusahkan dan melecehkan diserah bulat2 pada isteri.
Kenapa? Sebab isteri suri rumah? Apa-apa yang berkaitan rumah semua awak tak nak ambil tahu termasuk mendidik anak-anak? Kalau anak dihantar ke pengasuh pula, perihal anak-anak pengasuh pula yang kena settlekan.
Hellooo, buat anak nak, jaga anak tak nak!
Tugas jaga anak bukan sekadar belikan baju, belikan susu, belikan mainan, bayar pengasuh.
Bukan duit, duit, duit!
Duit tu baru satu.
Kalau duit tu dah bertimbun sangat, hal anak semua nak serah kat orang. Give up lah jadi bapa.
Siapa cakap anak-anak ni nanti dia retilah bila dah besar.
Nanti sampai masa pandailah.
Ads
Mendidik Anak Tak Mudah
Plisss lah, anak kalau tak dididik, tak diajar. Tang mana nak pandai sendiri?
Kalau susu badan, 2 tahun pun ibu-ibu nak stop dah. Sama je kalau susu botol.
Tak kan tiba-tiba anak awak tu pandai sendiri.
Ini baru isu botol susu.
Belum ajar anak ke toilet. Nak tunggu anak pandai sendiri buka pampers, tiba-tiba ke toilet buang air. Siap pandai cuci sabun dan flush! Perghhh, Albert Eistein yang genius pun tak cenggitu.
Tinggi sangat imaginasi awak wahai bapa2.
Anak perlu diajar, satu – satu. Ya, memang leceh. Memang menguji kesabaran. Buang botol susu anak tu, seminggu dua merengek. Lepastu dah tak minta dah. Boleh minum pakai cawan.
Ajar anak ke toilet. Buka pampers dia. Pakai seluar tanpa pampers. Seminggu dua. Pandailah ke toilet. Tak perlu pakai pampers lagi dah.
Dengar macam senang kan. Tapi prosesnya, para ibu lah yang merasa azab sorang-sorang kalau dah si ayah tak nak ambil tahu. Bersabar dengan rengekkan anak. Nangis kuat-kuat menjerit nak susu, nak susu. Tak boleh tidur tak ada botol kat mulut. Terbangun tengah malam minta susu, tak dapat nangis lagi.
Kalau toilet training, setiap 10 minit ibu tanya nak kencing tak? Nak berak tak?
Ads
Setiap 30 minit bawak anak ke toilet, suruh kencing. Kadang terlupa, habis basah rumah anak kencing. Kena bersihkan. Belum lagi part kita dah shhhh shhhh kat toilet sampai 20 minit tak kencing-kencing. Keluar je toilet, sarung seluar. Basah pula dia kencing. Kena bersihkan lagi.
Penat. Ya, PENAT. LETIH. Menguji emosi dan fizikal. Tapi ibu-ibu ni sabar. Tak lama. Seminggu dua pandailah anak aku ni. Tapi ayah??
Dahlah tak menolong, dia DOWN kan lagi si ibu ni.
Pasal Tidur Malam
Nak bicara tentang tidur malam yang nyenyak? Dari pregnant ibu tak tidur nyenyak. Sakit-sakit dalam pantang pun tak tidur nyenyak. Anak dah dua tiga tahun pun masih tak dapat nak tidur nyenyak.
Belum part anak sakit. Anak demam. Boleh jadi satu malam dia tak tidur. Dan awak ayah-ayah pertikai tentang tidur awak?? sungguh tak adil!
Kami ibu-ibu bukan merungut. Tapi soal mendidik anak biarlah sama-sama kita laksanakan tugasnya. Bertolak ansur dan bertoleransi. Siang isteri dah berhempas pulas sendirian menjaga anak dan mengurus rumah.
Ayah balik kerja paling-paling sejam dua je layan anak awak tu. Pukul 10 anak-anak ngantuk nak tidur dah.
Ads
Pejam je lah mata tu, dan tutup mulut tu. Tolong je lah isteri awak. Bukan anak orang lain. Anak awak juga. Awak kerja esok. Isteri pun ada kerja esok. Duduk rumah dengan anak-anak bukan tak de kerja nak buat.
Sekali isteri tak nak peduli dah tentang rumah dan anak-anak. Jangan terkejut awak balik rumah, anak tak mandi, pampers penuh dan anak berak tak cuci. Rumah macam tongkang karam. Anak nangis lapar. Baru awak tahu kenapa dunia awak selalu indah.
Isteri Tak Minta Suami…
Isteri tak minta pun awak amik cuti, ajar anak benti botol.
Isteri tak minta pun awak cuti, ajar anak pergi toilet.
Tak, mereka buat sendiri.
Awak hanya perlu sokong dan tolong sikiiit je. Jadi, tutup mulut dan tolong tanpa persoal.
Fikirlah tentang mereka, kasihani mereka dan sayangi mereka.
Balik tu amik masa peluk dan ucaplah terima kasih pada isteri.
Pelukan awak tu powerfull wahai encik suami.
Ia boleh hilangkan rasa penat lelah isteri seharian.
Ia bole padam api kemarahan isteri.
Ia boleh hilangkan rajuk dan kecil hati isteri.
Iya. Peluk jerr.
Tak payah bagi bunga, bagi coklat. Bagai.
Tak payah sampai nak bawak naik helikopter pusing satu Malaysia.
Peluk sahaja. Dan say thank you.
Tak susah pun, isteri hepi. Anak hepi. Awak pun hepi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Soal rezeki suami isteri bukan kena ambil tahu cara untuk menjemput sahaja, tapi bab nak kena elak pun cukup penting. Tambah pula jika sudah berumah tangga, haruslah mahu ‘kembangkan’ rezeki yang ada untuk berkongsi dengan orang-orang yang kita sayang.
Cuba anda semak balik apa yang perlu ditolak ketepi untuk pungut rezeki yang berkat…
Perkara Yang Jauhkan Rezeki Suami Isteri
1. Jangan lupa hulur pada mak ayah atau adik beradik yang susah, mungkin tak banyak tapi itu sangat bernilai bagi mereka sebagai tanda ingatan.
2. Jangan terlalu ghairah ingin nak kejar status insan yang berjaya sampai lupakan bab hukum agama.
3. Jangan berhenti mencari ilmu. Perkataan ilmu disebut beratus kali dalam Al Quran. Itulah rahsia murah rezeki yang hakiki.
4. Jangan bersikap tamak kerana ada bahagian rezeki kita yang punya, tetapi ada bahagian rezeki orang lain punya. Semuanya Allah sudah ditentukan, pasti ada sebab dan musabab.
5. Jangan membazir. Maksud di sini bukan sahaja bazir wang. Tetapi jangan membazir masa juga
6. Jangan lupa bersyukur dengan pemberianNya walau sekecil mana.
7. Jangan suka cari silap orang lain, kalau itu yang kita cari, memang kesalahan yang kita akan jumpa. Cari salah silap diri dahulu untuk diperbaiki.
8. Jangan mudah bergaduh sesama suami isteri. Nanti senang sangat pintu rezeki tertutup.
9. Jangan lupa jaga solat lima waktu dan beri ruang untuk diri buat solat Dhuha setiap hari.
10. Jangan kejar harta kebendaan tetapi kejar rezeki yang berkat. Harta kebendaan mungkin memuaskan diri, tetapi rezeki yang berkat akan puaskan rohani.
Kita nampak beberapa perkara ini mudah nak amal tapi percayalah, ada yang langsung tak pernah buat. Masih belum terlambat, anda boleh mulakan hari ini dengan niat yang baik untuk kehidupan yang lebih sempurna. In shaa Allah…
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rezeki dikurniakan baby girl, Aidil Zafuan bersyukur. Tahniah diucapkan buat pemain bola sepak terkenal yang juga pemilik nama sebenar Mohd. Aidil Zafuan dan isteri, Zarema Zainal yang telah dikurniakan cahaya mata perempuan pada 27 Disember 2021.
Seperti mana yang dikongsikan menerusi akaun Instagram rasminya, Aidil memanjatkan rasa syukur di atas kelahiran bayi perempuannya.
Rezeki Dikurniakan Baby Girl
“Alhamdulillah isteri saya telah selamat melahirkan baby girl pada 27.12.2021,” luah pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) itu.
Terima Kasih Kepada Semua
Malah Aidil juga turut mengucapkan terima kasih di atas doa orang ramai buat dia dan isterinya.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri,” kata Aidil.
Menerusi perkongsian tersebut aidil masih belum mendedahkan nama serta wajah bayi perempuannya itu.
Aidil dan Zarema sebelum ini telah dikurniakan dua anak lelaki.
Suami yang baik dia akan benarkan isteri buat apa dia suka. Tanpa menghalang minat isteri. Malah, memberi galakan dan rangsangan baik sokongan emosi mahupun bantuan fizikal.
Dan inilah yang dilakukan oleh BroOhsem, Akhtar Syamir yang tak menghalang hasrat isteri mahu buat apa saja yang dimahukan. Lagi-lagi di musim PKP kena duduk rumah saja.
Ini Minat Isteri Saya, Suka Deko, Mengemas, Menyusun
Dinding rumah saya ni sudah dicat berkali-kali oleh kontraktor berbaju kelawar sorang ni. Tak cukup dengan itu, wallpaper pun dan 2 kali rasanya.
Dulu dia selalu buat bila saya keluar bekerja. Sekarang saya dah bekerja di rumah. Dia suruh saya duduk dalam bilik dan buat kerja. Tak mahu mengganggu dan tak mahu diganggu.
Inilah minat isteri saya. Suka mendeko, suka mengemas, suka menyusun. Kalau masa saya bekerja dulu, sedar-sedar bila balik kerja, ada je yang ditukarnya. Meja tukar tempat, sofa beralih, almari yang besar gedabak tu pun dia boleh alih sorang diri. Peti ais yang berat pun dia boleh tukar tempat banyak kali.
Memang tak sia-sia ikutkan kehendak selera makan dia. Kuat sungguh kederat dia. Haha..
Bila kita bagi isteri kita buat apa yang dia minat dan suka, kesannya akan berbalik kat kita tau. Terutamanya pada musim PKP yang ke lapan belas ni.
Tertekan Asyik Di Rumah
Nak bawa dia keluar jalan-jalan pun tak boleh. Jadi, dia akan terperap je kat rumah.
Dengan anak-anak yang celik mata je terus realisasikan perancangan sebelum tidur setiap malam untuk sepahkan rumah.
Tertekan sebenarnya asyik di rumah sahaja. Memanglah banyak benda boleh buat. Tapi ada kalanya dah puas buat.
Jadi, bila dia intro tunjuk gambar cat rumah warna itulah, warna inilah, saya dah faham dah.
Saya cakap kat dia, buatlah macam mana pun, saya setuju. Asalkan dia suka. Ade je masa cat yang dia pilih tu dia jadi tak suka lepas dah cat. Tapi biarlah, takde masalah pun. Yang mengecatnya dia, yang menukar catnya pun dia juga.
Bila Isteri Gembira Buat Apa Dia Suka, Kesannya Berbalik Pada Suami
Saya hanya minta dia senaraikan sahaja apa yang perlu dibeli dan senaraikan dengan lengkap. Jangan anggap yang saya faham apa yang dia fikirkan. Nak barang apa, tulis betul-betul dan cukup-cukup. Kalau takde, saya akan cari sampai ada.
Memang akan ada kos sikit, tapi kalau ini boleh buat dia gembira, apa salahnya. Sebab bila dia gembira buat apa yang dia suka, dia akan rasa puas. Dia akan rasa berbaloi apa yang dia buat tu. Dia jadi seronok. Dan akhirnya dia akan kembalikan semua perasaan yang bagus-bagus tu pada suami dan anak-anak.
Jangan tak percaya benda ni. Isteri yang gembira pasti akan menggembirakan.
Tanya apa isteri minat. Tanya betul-betul, ada tak benda yang dia nak buat. Pasti ada. Jauh di sudut hati itu ada hasrat yang dia pendamkan kerana tidak dapat diluahkan. Tetapi jika kita bukakan jalan, jika kita beri sokongan dan kebenaran, akan keluarlah semangat yang luar biasa dari diri mereka.
Kali ini memang cantik pilihan warnanya, saya pun suka. Semua dia cat sendiri. Tapi yang bestnya kali ini, anak saya Jasmine pun turut sama membantu.
Jika anda pernah tertanya-tanya “apa sebenarnya yang isteri aku ni suka?” Mungkin anda kena berhenti tanya diri sendiri dan mula tanya pada empunya diri.
Semoga penulisan ini dapat memberi manfaat. Nanti saya kongsikan hasilnya ye.
MW :Tak rugi pun kan bila suami beri keizinan pada isteri buat apa dia suka. Sebab macam mana pun, kesukaan isteri tu akhirnya akan berbalik pada suami dan anak-anaknya.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...