Mak-mak kena buat persiapan rapi sebelum balik kampung dengan anak-anak.

Balik kampung dengan anak-anak memang mencabar jadi mak-mak kena buat persiapan rapi. Nak-nak kalau anak-anak masih kecil,kalau tak kena gaya dia akan meragam sepanjang jalan. Memang boleh stres dibuatnya. Jadi bagi memastikan perjalanan bersama anak-anak selesa, mak-mak buat persiapan ini ye.

Tip Persiapan Balik Kampung

1-Sediakan Bekal Makanan & Minuman

Anak akan meragam bila lapar. Jadi pastikan mak-mak membawa bekal makanan. Bukan je makanan berat tapi kena pertimbangkan juga jajan untuk anak-anak.Kalau tidak memang kopaklah poket sebab anak akan merengek nak beli di stesen minyak atau hentian R&R. Biasanya harga barang-barang di premis sepanjang lebuh raya lebih mahal. Lagi satu kalau bekalan makanan cukup, masa perjalanan dapat dipendekkan sebab kurang berhenti.

2-Pilih Waktu Balik Yang Sesuai

Rancang perjalanan yang bijak, sebelum nak balik check dulu status lalu lintas. Elakkan waktu sesak yang menyebabkan kita tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Selain itu, pilih waktu perjalanan yang kita sekeluarga selesa misalnya awal pagi, malam atau petang.

Ramai mak ayah yang pilih balik waktu malam kerana anak-anak tidur jadi perjalanan lebih lancar. Cuma Min nak pesan, pastikan pemandu dalam keadaan yang baik. Jangan pula badan terlalu letih dan mengantuk, ia boleh bahayakan nyawa keluarga.

Mak-Mak Buat Persiapan Ini Sebelum BALIK KAMPUNG Elak Anak Meragam!
Bawa bekal agar anak-anak tidak lapar dalam perjalanan.

3-Persiapan Bawa Game, Buku & Permainan

Untuk elakkan anak-anak boring. Jangan lupa bawa game, buku dan permainan. Biar mereka leka bermain sepanjang perjalanan. Ini cara untuk elak anak boring dan meragam.

Ads

Baca sini

https://www.mingguanwanita.my/norma-baru-7-benda-wajib-kena-ada-dalam-beg-mak-mak/

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

Ads

4-Download Movie Kegemaran Anak

Bila berjalan jauh memang boring, ada anak-anak hilang sabar dan mula buat perangai. Salah satu cara untuk mengisi waktu anak-anak adalah mengajak mereka menonton movie yang digemari. So sebelum mulakan perjalanan, eloklah mak ayah download koleksi movie yang anak suka.

5-Pakaikan Anak Pampers

Kalau waktu kemuncak, biasanya R& R akan sesak. Sebagai pilihan, mak-mak boleh pakaikan pampers untuk anak. Walaupun anak dah off pampers tapi pakaikan juga kerana bimbang mereka tak tahan nak ke toilet.

Ads

6-Bawa Bantal & Selimut

Bila berjalan jauh, kita kena pastikan anak-anak selesa. Jadi bawalah bantal dan selimut travel untuk anak-anak. Biar mereka lepak dalam keadaan santai.

7-Jangan Lupa Peti Kecemasan

Ini list penting yang mak-mak wajib bawa. Pastikan peti kecemasan ada ubat-ubatan, plaster dan sebagainya. Malang tak berbau, jadi standby peti kecemasan ye. Mana tau anak terluka atau terhantuk dalam kereta. Jadi tidaklah mak-mak panic sebab dah standy ubat.

8-Asingkan Barang Kelengkapan Baby

Bagi yang ada baby, asingkan barang kelengkapan asas seperti pampers dan susu. Letakkan dalam satu beg khas. Jadi tak lah kelam kabut memunggah beg yang bertimbun.

Berhenti Rehat Jika Penat Atau Mengantuk!

Akhir sekali, Min nak pesan jangan tergopoh-gapah di jalan raya. Kalau mengantuk atau penat berhenti rehat, jangan paksa diri memandu dalam keadaan yang tak sepatutnya. Ingatlah insan yang kita sayang, biar lambat asal selamat.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI