Bersyukur anak-anak kita dapat pinjaman buku teks, namun tidak semua bernasib baik apabila buku yang diterima rosak dan tidak dijaga dengan baik oleh pelajar tahun sebelumnya.
Sebagai mak, pasti anda tak senang duduk bila buku teks yang diterima dalam keadaan begitu. Mungkin perkongsian ibu ini dapat dijadikan contoh. Mungkin buku teks yang kurang elok dapat diberi nafas baru dan kelihatan seperti baru, Jadi tidak perlulah membazir membeli buku baru.
Ikuti perkongsian Ayuni Sarah Baharuddin:
Buku Teks Terakhir Di Repair
.
Rezeki dapat buku teks barai tak ada kulit belakang, kulit depan pun dah koyak hampir separuh ️.
.
Buku Text BI Superminds ini buku teks paling mahal kalau nak beli baru.
.
Nak tukar lain cikgu kata tak ada stok.
.
Tapi tak mengapa, ummi boleh adjust punya
.
Beli manila kad, cari colour yang paling hampir dengan warna buku. Manila kad ni keras sikit dari manila kad biasa. Manila kad biasa harga RM 0.70 tetapi yang ini RM 2.30 sekeping.
Tadaaa siap dah.
Nampak macam buku baru kan?
oh ya, sticker kulit buku tu pilih jenis emboss lagi better dari jenis clear. Harga pun mahal sikit jugalah RM12 ada 10 pieces tapi takpelah sebab pegang pun sedap, grip dan tak licin.
[ update ]
MW: Semoga perkongsian ini dapat membantu mak-mak yang runsing tengok buku teks anak yang rosak. Kosnya tak mahal dan anda tak perlu membeli buku teks baru. Jadi boleh berjimat.
Sumber: Ayuni Sarah Baharuddin