Bersyukur anak-anak kita dapat pinjaman buku teks, namun tidak semua bernasib baik apabila buku yang diterima rosak dan tidak dijaga dengan baik oleh pelajar tahun sebelumnya.

Sebagai mak, pasti anda tak senang duduk bila buku teks yang diterima dalam keadaan begitu. Mungkin perkongsian ibu ini dapat dijadikan contoh. Mungkin buku teks yang kurang elok dapat diberi nafas baru dan kelihatan seperti baru, Jadi tidak perlulah membazir membeli buku baru.

Ikuti perkongsian Ayuni Sarah Baharuddin:

Buku Teks Terakhir Di Repair
.
Rezeki dapat buku teks barai tak ada kulit belakang, kulit depan pun dah koyak hampir separuh
.
.
Buku Text BI Superminds ini buku teks paling mahal kalau nak beli baru.

.
Nak tukar lain cikgu kata tak ada stok.
.
Tapi tak mengapa, ummi boleh adjust punya

.
Beli manila kad, cari colour yang paling hampir dengan warna buku. Manila kad ni keras sikit dari manila kad biasa. Manila kad biasa harga RM 0.70 tetapi yang ini RM 2.30 sekeping.

Ads

Langkah demi langkah:

Langkah 1:
Ok mula-mula kita potong ikut saiz buku.
Mak-mak Boleh RENEW Buku Teks Rosak, Baru Semangat Anak BelajarLangkah 2:
Lekatkan double sided tape di bahagian sisi tulang buku teks. Lekatkan kad manila yang telah dipotong tadi. Yeah jadi dah kulit buku. Takkan nak biar kosong gitu je nanti anak tak kenal itu buku apa. Nak tulis tajuk buku guna tangan hodoh pula nanti . Jom kita cantikkan buku teks ni.

Mak-mak Boleh RENEW Buku Teks Rosak, Baru Semangat Anak Belajar

Langkah 3:
Google cari gambar kulit buku teks depan, belakang. Adjust edit size yang sesuai (sebab ada gambar saiz kecil, ada pula gambar pecah). Bila dah edit, kemudian printlah. Kalau malas nak google, malas nak edit boleh je pinjam buku teks kawan then fotostat warna.
Mak-mak Boleh RENEW Buku Teks Rosak, Baru Semangat Anak BelajarLangkah 4:
Tampal gambar kulit buku tu kemas-kemas. Guna gam stick / kalau guna gam cair nanti bertompok kertas.
Mak-mak Boleh RENEW Buku Teks Rosak, Baru Semangat Anak BelajarLangkah 5:
Guna self-adhesive sticker untuk balut kulit buku. Mula lekat dari tengah tulang buku (ikut jelah panduan pada kertas sticker tu). Part ini perlu kesabaran tinggi dan dibuat dengan lemah-lembut agar lekat smooth agar tak berkedut or ada bubble terperangkap.

Mak-mak Boleh RENEW Buku Teks Rosak, Baru Semangat Anak Belajar

Ads
Langkah 6:

Tadaaa siap dah.
Nampak macam buku baru kan?
oh ya, sticker kulit buku tu pilih jenis emboss lagi better dari jenis clear. Harga pun mahal sikit jugalah RM12 ada 10 pieces tapi takpelah sebab pegang pun sedap, grip dan tak licin.

Ads

Mak-mak Boleh RENEW Buku Teks Rosak, Baru Semangat Anak Belajar
[ update ]
Bahagian dalam kulit buku pun kita tampal guna self-adhesive sticker. Barulah nampak macam laminate.Bahagian dalam antara kulit buku dan muka surat pun kita selotape juga agar lebih kukuh sebab bahagian kelepet tu anak akan buka tutup buku (guna selotape size kecil pun sudah memadai)

MW: Semoga perkongsian ini dapat membantu mak-mak yang runsing tengok buku teks anak yang rosak. Kosnya tak mahal dan anda tak perlu membeli buku teks baru. Jadi boleh berjimat.

Sumber: Ayuni Sarah Baharuddin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI