Kekeluargaan

Mak Kena Scam RM58, 745, Anak Dah Puas Nasihat Ibu “Terlalu Pandai” & Usaha “Gali Kubur Sendiri”

Share

Mak kena scam RM58,745, anak dah puas nasihat ibu terlalu pandai & usaha gali kubur sendiri. Terlalu banyak pendedahan mengenai penipuan scammer didedahkan di media sosial. Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dan melayan scammer.

Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) merekodkan kerugian berjumlah RM1.34 bilion melibatkan kes jenayah dalam talian sejak 1 Januari hingga 8 Disember lalu. Satu jumlah yang sangat tinggi untuk pelaburan tidak wujud.

Namun sikap tamak mahukan untung banyak dalam masa singkat sering membuatkan lebih banyak kerugian dialami.

Mak Kena Scam RM58, 745

Satu perkongsian dari seorang anak, Nur Shalwani Shari di facebooknya mengenai ibunya yang telah discam sebanyak RM58,745 boleh dijadikan pengajaran buat ibu-ibu di luar sana. Tidak semua pendapat ibu itu betul tak tak semua pendapat anak itu salah.

Jelas Nur Shalwani, jumlah keseluruhan ibunya ditipu scammer hampir RM60,000 kerana terlalu pandai dan usaha untuk gali kubur sendiri.

Anak Dah Puas Nasihat Ibu “Terlalu Pandai” & Usaha “Gali Kubur Sendiri”

“Kecewa, marah, sedih , penat semua ada, tapi mak masih tak sedar. Saya rasa saya dan suami dah settle part kami. Selebihnya kami serah pada Allah dan buat apa yang kami mampu lepas ni.

“Mintak tolong sedara mara, jiran atau kenalan, kalau Umi nak pinjam lagi duit atau merayu-raya nk pinjam duit lagi, tu atas risiko sendiri. Kami adik beradik dah tak  masuk campur dah.

“Sejak saya kerja Johor dah 4 tahun ni, duit tiap-tiap bulan bagi RM1000 tak pernah miss ya. Abang selalu bagi RM300-RM400 sebulan. Akak sulung selalu bagi RM500-RM600  tapi  tak tahulah apa lagi tak cukup.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI:- Terima WhatsApp Dari No Tak Kenal, Peniaga Sedih Kena Scam Duit Tinggal RM1.97 Sen

Duit Dalam Akaun Hilang Kena ‘Scam’, Report Ke Bank Negara Kurang 3 Bulan Dapat Balik!

Ini IKHTIAR Elak Diri Jadi Mangsa Scammer, Cepatlah Ubah ‘Setting’ Ikut Langkah Diajar

Datuk Seri Vida Sampai Sakit Kepala Hampir Kena Scam RM30,000

Jelas Nur Shalwani, ini mungkin ujian buatnya dan adik beradik.

Kerana mempercayai scam, Umi telah memberi duit yang banyak.

“ASB dalam RM20,000, emas RM3.5K, KWSP sebanyak RM35K, Amanah RM4K dan hutang pada sedara mara RM10K.

“Ujian kami adik beradik agaknya, selalu sangat dah  pesan jangan layan bukan-bukan kat telefon tu. Tapi tak  sangka, mak lebih percayakan orang luar. Lepas kena tipu, bank in lagi, lagi dan lagi. Harap ini jadi pengajaran untuk orang lain lain.

“Sedih, marah, kecik hati pun ada dengan mak sendiri, nasihat anak-anak sikit pun tak nak percaya. Bila dah jadi macam ini, anak-anak yang jadi mangsa kena langsaikan hutang.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Suka Dengar Nasihat Mak Jenny Ni! Jangan Lupa Solat & Buat & Buat Baiklah Dengan Mak Ayah

Allahu suka dengar nasihat Mak Jenny! Memang sangat bermakna buat anak-anak di luar sana. Jangan lupa solat dan ingatlah berbuat baiklah pada ibu bapa insyaAllah hidup akan diberkati Allah SWT.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros