Mak kena scam RM58,745, anak dah puas nasihat ibu terlalu pandai & usaha gali kubur sendiri. Terlalu banyak pendedahan mengenai penipuan scammer didedahkan di media sosial. Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dan melayan scammer.
Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) merekodkan kerugian berjumlah RM1.34 bilion melibatkan kes jenayah dalam talian sejak 1 Januari hingga 8 Disember lalu. Satu jumlah yang sangat tinggi untuk pelaburan tidak wujud.
Namun sikap tamak mahukan untung banyak dalam masa singkat sering membuatkan lebih banyak kerugian dialami.
Mak Kena Scam RM58, 745
Satu perkongsian dari seorang anak, Nur Shalwani Shari di facebooknya mengenai ibunya yang telah discam sebanyak RM58,745 boleh dijadikan pengajaran buat ibu-ibu di luar sana. Tidak semua pendapat ibu itu betul tak tak semua pendapat anak itu salah.
Jelas Nur Shalwani, jumlah keseluruhan ibunya ditipu scammer hampir RM60,000 kerana terlalu pandai dan usaha untuk gali kubur sendiri.
Anak Dah Puas Nasihat Ibu “Terlalu Pandai” & Usaha “Gali Kubur Sendiri”
“Kecewa, marah, sedih , penat semua ada, tapi mak masih tak sedar. Saya rasa saya dan suami dah settle part kami. Selebihnya kami serah pada Allah dan buat apa yang kami mampu lepas ni.
“Mintak tolong sedara mara, jiran atau kenalan, kalau Umi nak pinjam lagi duit atau merayu-raya nk pinjam duit lagi, tu atas risiko sendiri. Kami adik beradik dah tak masuk campur dah.
Ads
“Sejak saya kerja Johor dah 4 tahun ni, duit tiap-tiap bulan bagi RM1000 tak pernah miss ya. Abang selalu bagi RM300-RM400 sebulan. Akak sulung selalu bagi RM500-RM600 tapi tak tahulah apa lagi tak cukup.
Jelas Nur Shalwani, ini mungkin ujian buatnya dan adik beradik.
Kerana mempercayai scam, Umi telah memberi duit yang banyak.
Ads
“ASB dalam RM20,000, emas RM3.5K, KWSP sebanyak RM35K, Amanah RM4K dan hutang pada sedara mara RM10K.
“Ujian kami adik beradik agaknya, selalu sangat dah pesan jangan layan bukan-bukan kat telefon tu. Tapi tak sangka, mak lebih percayakan orang luar. Lepas kena tipu, bank in lagi, lagi dan lagi. Harap ini jadi pengajaran untuk orang lain lain.
“Sedih, marah, kecik hati pun ada dengan mak sendiri, nasihat anak-anak sikit pun tak nak percaya. Bila dah jadi macam ini, anak-anak yang jadi mangsa kena langsaikan hutang.
Suka Dengar Nasihat Mak Jenny Ni! Jangan Lupa Solat & Buat & Buat Baiklah Dengan Mak Ayah
Allahu suka dengar nasihat Mak Jenny! Memang sangat bermakna buat anak-anak di luar sana. Jangan lupa solat dan ingatlah berbuat baiklah pada ibu bapa insyaAllah hidup akan diberkati Allah SWT.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“PUTRI ARIANI Tak Bisa Melihat Dunia Tapi Dunia Melihat Putri”. Mengalami cacat penglihatan bukanlah halangan Putri Ariani atau nama sebenarnya Ariani Nisma Putri untuk mengejar impian dan cita-cita.
Yakin dengan bakat dan kelebihan diri sendiri, remaja 17 tahun ini menjadi terkenal di pentas dunia apabila menyertai uji bakat America’s Got Talent pada 6 Jun lalu. America’s Got Talent merupakan program pencarian pelbagai bakat dari seluruh dunia yang telah diterbitkan sejak 2006.
Penyanyi Indonesia ini berjaya meraih perhatian ramai apabila mendapat Golden Buzzer di program America’s Got Talent (AGT) daripada juri terkemuka, Simon Cowell.
Puteri Ariani yang berasal dari Yogyakarta, juga pernah menjadi Juara Indonesia Got Talent ketika usia 8 tahun, pada 2014.
Nyanyi Lagu Ciptaan Sendiri
Bertubuh kecil molek dan mengenakan hijab, persembahan bertenaga suara merdu Puteri Ariani menyanyikan lagu ciptaannya sendiri iaitu “Loneliness” di samping bermain piano mendapat tepukan gemuruh dan
cukup membuatkan semua penonton terpaku
Sekaligus berjaya menarik perhatian daripada juri America’s Got Talent, Simon Cowell dan mendapat ‘Golden Buzzer’.
Terpukau dengan kemerduan suara Putri, Simon turut meminta gadis berusia 17 tahun itu menyampaikan lagu kedua dengan menyanyikan lagu hit karya asal Elton John berjudul Sorry Seems To Be The Hardest Word.
Dalam pada itu, bakat Putri juga turut mendapat perhatian supermodel dan artis terkenal Hollywood, Heidi Klum.
“Kisah yang memberi inspirasi… suara yang luar biasa… saya dapat melihat Grammy pada masa hadapan untuk Putri,” tulis Heidi di akaun Twitter miliknya.
Impian Memasuki The Juilliard School
Ketika ditanya impian remaja ini, Putri bercita-cita untuk memasuki The Juilliard School yang terletak di bandaraya New York, Amerika Syarikat. Ditubuhkan pada 1905, The Juilliard School merupakan salah satu sekolah Seni Persembahan yang cukup berprestij dalam menyediakan pendidikan artistik menerusi drama, muzik dan tarian di dunia.
Menariknya bukan sahaja merdu dalam menyanyikan pelbagai genre lagu, remaja cacat penglihatan ini juga lunak mengalunkan ayat suci Quran yang dibaca menerusi Al-quran Braille.
Malah pada usia yang masih muda, Putri Ariani telah mempunyai 1 album dan 17 lagu single. Pada pembukaan Asian Para Games 2018, Putri berkesempatan menyanyikan lagu ‘Song of Victory’.
Sungguh berbakat besar memiliki anugerah semulajadi yang dikurniakan tuhan. Pakej lengkap boleh menyanyi, membuat lagu, bermain piano dan mengaji. Meskipun Putri Ariani buta dan tak pernah melihat dunia, namun seisi dunia melihat remaja ini.
Lantunan ayat suci Al-Qur’an Surat Al ‘Alaq dan Al Qadr oleh Putri Ariani. Anak bangsa yg baru saja mengguncangkan panggung @agt hingga seorang @SimonCowell yg terkenal keras menghadiahi Putri Golden Buzzer. Maasya Allah Tabarakallah pic.twitter.com/D77R0r8eYD
Allahu sungguh malang tidak berbau, seorang wanita parah ditikam anak lelakinya yang berusia 14 tahun ketika mangsa sedang tidur di rumahnya di Bukit Yong, di sini, malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 malam dengan wanita berusia 41 tahun kini dirawat di zon merah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) akibat kecederaan parah.
Pisau Tertusuk Dada
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk Mohd Nor Yhazid Idris, berkata kejadian berlaku ketika mangsa tidur bersama suspek di sebuah bilik sama sebelum tiba-tiba terasa sakit.
“Sejurus tersedar mangsa mendapati sebilah pisau tertusuk pada dadanya lantas memanggil suaminya yang sedang tidur di ruang tamu.
“Mangsa kemudian tidak sedarkan diri selepas mencabut sendiri pisau terbabit pada dadanya sebelum dibawa ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh oleh suaminya,” katanya melalui kenyataan hari ini.
Paru-Paru Bocor
Mohd Nor berkata, doktor memaklumkan kesan tikaman mengakibatkan paru-paru mangsa bocor sebelum dia dirujuk ke HUSM susulan kehilangan darah yang banyak.
Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati, mangsa ditikam suspek menggunakan sebilah pisau yang diambil dari dapur rumah.
“Suspek yang juga anak ketiga dan masih belajar di sebuah sekolah menengah di Pasir Putih dikatakan mengalami demam sejak dua hari lalu dan memerlukan pemantauan daripada mangsa.
“Susulan kejadian itu, suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya mengesahkan motif kejadian masih dalam siasatan.
Mingguan Wanita:Salam takziah buat mangsa. Semoga diberi kesembuhan. Pasti ada sebab tersendiri anak remaja ini sanggup lakukan sedemikian. Doakan sahaja yang terbaik buat keluarga ini.
Sebut bab makan nasi, penderita sakit kencing manis angkat bendera putih. Takut! Sebab kandungan karbohidrat (gula) yang tinggi dalam nasi itulah yang perlu pesakit kencing manis atau diabetes jauhi.
Sebenarnya pesakit diabetes tak perlu pun berasa gerun nak makan nasi. Apatah lagi nak elak dari makan nasi. Yang penting, mereka perlu tahu jenis-jenis nasi bagaimanakah yang sesuai untuk dimakan oleh pesakit diabetik.
Saintis Principal dari MARDI, Dr Suri Roowimenjelaskan panduan pengambilan nasi yang sesuai untuk penderita kencing manis.
7 Tip Makan Nasi Untuk Pesakit Diabetes
1. Nasi dari beras yang di kukus mempunyai nilai Indeks Glisemik (GI) yang rendah. Ia lebih sesuai untuk pesakit diabetes berbanding nasi yang dimasak dengan kaedah biasa.
GI merujuk kepada nilai gula dalam darah.
2. Nasi keras mempunyai nilai GI yang rendah. Jadi, nasi keras lebih sesuai untuk pesakit diabetes berbanding nasi lembik.
3. Nasi sejuk yang disimpan pada suhu 4 darjah Celcius selama 24 jam lebih sesuai untuk pesakit diabetes kerana GI yang rendah berbanding nasi panas.
4. Nasi dari beras hancur mempunyai GI yang tinggi (86) dan kurang sesuai untuk pesakit diabetes. Nasi biasa mempunyai GI (83).
5. Nasi yang dimakan bersama sayur-sayuran tinggi fiber larut air, seperti kacang bendi lebih sesuai untuk pesakit diabetes, kerana ia meningkatkan kepekaan terhadap insulin.
6. Nasi goreng pula lebih sesuai untuk pesakit diabetes, berbanding nasi putih kerana mempunyai nilai GI yang lebih rendah.
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...