Sesetengah anak, ada yang menyusu badan lebih dari dua tahun. Malah tak mahu berhenti walaupun dah dekat usia 4 tahun. Mak pun cuba macam-macam petua nak bagi anak bercerai susu badan.
Letak sirap, letak serbuk kopi, malah sapu gincu dekat payudara mak. Sebab nak bagi anak rasa gerun dan takut nak menyusu bila tengok benda pelik-pelik dekat ‘aset’ ibu. Jururawat KKM ini, Lara Marina Radzali berkongsi sebab kenapa ibu sama sekali tidak digalakkan bertindak sedemikian.
Meletakkan bahan-bahan pada payudara ibu bagi tujuan mengelakkan anak anda untuk menyusu badan adalah TIDAK DIGALAKKAN.
Contoh : Meletakkan gincu supaya anak takut untuk menyusu, meletakkan asam jawa dsb. Ia boleh menyebabkan gangguan psikologi pada anak.
Logik ke setiap hari anak anda menyusu daripada anda, tiba-tiba suatu hari anda mahu stop terus tak bagi mereka susu, anda lumur garam, asam etc?
Macam anda setiap hari diberi makan nasi, tiba-tiba suatu hari anda disekat tak boleh makan nasi.
Kasihan emosi anak tercedera apabila kita buat sesuatu yang tak sepatutnya malah anda tak perlu menipu pun untuk bagi anak anda berhenti menyusu.
Tergamak ke anda sebagai ibu menipu anak cakap susu anda basi dan sebagainya sedangkan anak anda kalau makan, mereka akan tahu makanan apa yang rasa pedas, rasa manis, rasa masam dan rasa pahit.
Tak patut kerana susu adalah yang terbaik yang Allah anugerahkan pada anda untuk anak anda membesar secara sihat, cergas dan cerdik malah dengan susu lah segala antibodi disalurkan kepada anak anda.
Bercerai susu (Weaning off) adalah menghentikan penyusuan susu ibu dan menggantikan dengan makanan dan sumber lain secara beransur-ansur.
Kebiasaannya kanak-kanak akan bercerai susu secara sendiri di antara umur 2 hingga 4 tahun.
Sebab-sebab ibu dan anak bercerai susu :
So, berikut adalah cara terbaik untuk anda dan anak anda bercerai susu :
1. Jangan tergesa-gesa. Lakukan secara berperingkat mengikut kesediaan ibu dan anak. Bila berperingkat, dapat mengelak keadaan payudara yang penuh dan sakit, keberangkalian untuk mendapat jangkitan mastitis pun berkurang.
2. Bercerai susu secara tiba-tiba adalah TIDAK digalakkan sama sekali kerana ia boleh menyebabkan masalah kepada ibu dan anak.
Masalah pada ibu contohnya saluran duktus pada payudara ibu boleh tersumbat, payudara menjadi penuh dan sakit serta jangkitan mastitis.
Si kecil pula akan berasa diri mereka tidak disayangi lagi dan mungkin boleh menyebabkan perubahan sikap .
3. Kurangkan kekerapan menyusu atau pam keluar sedikit sahaja susu, jadi ia akan dapat mengurangkan penghasilan susu.
4. Memendekkan tempoh penyusuan. Jika anak menyusu selama 30 minit, kurangkan tempoh tersebut secara beransur-ansur.
5. Don’t offer and don’t refuse. Jangan menawarkan anak dengan susu sekiranya anak tidak meminta untuk disusukan DAN jangan pula menolak jika anak meminta untuk disusukan.
6. Ajar anak minum susu pakai cawan/sippy cup. Letak cawan di meja, dan cakap pada anak, “Adik sekarang dah besar, kena minum susu dalam cawan.”
Mungkin pada awalnya mereka menunjukkan tanda memprotes, tetapi kita perlu tegas, jangan cepat mengalah.
7. Memberi anak secara kerap makanan dan minuman, jadi ia mengurangkan rasa lapar dan dahaga anak seterusnya mengelakkan anak menyusu.
8. Cuba tangguhkan penyusuan. Kalau anak meminta untuk disusukan, alih perhatian dengan mengajak mereka melakukan aktiviti lain.
9. Cuba fahamkan anak kenapa perlu berhenti menyusu. Terangkan pada anak, bahawa dia sudah besar dan bukan lagi baby. Kalau dah besar, nanti nak pegi sekolah tak boleh dah minum susu mama. Baby je yang menyusu. Terangkan apa dan mengapa etc.
Jika langkah-langkah tersebut belum berjaya, maka ibu mestilah faham bahawa anak masih belum bersedia untuk bercerai susu.
Ingat! Proses bercerai susu PERLU lah secara berperingkat, bukannya secara mengejut. Proses bercerai susu bukannya hari ini menyusu dan esok/minggu depan terus stop. BUKAN.
Jika anak anak tiba-tiba rindukan pada menyusu, beritahu mereka bahawa mereka boleh cium dan peluk anda atau berlakon menyusu, tetapi TIDAK boleh lagi menyusu sebab mereka dah besar.
Selamat Mencuba!
Sumber/Foto : Lara Marina
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.