Mak! Jangan berkemban atau tukar baju depan anak kecil, pergilah ke bilik air. Jaga aurat kita. Masalah ruang tidur terhad melibatkan rumah pangsa antara isu yang belum diselesaikan hingga hari ini.
Di sebabkan ini, ada ibu dan ayah terpaksa berkongsi bilik dengan anak kecil. Di sebalik isu berkongsi bilik ini, tanpa sedar sebenarnya ibu ayah membentuk sex gromming pada minda anak-anak kerana ada anak-anak ternampak mak ayah melakukan hubungan intim.
Pada mak ayah, hal itu tidak difikirkan sangat kerana beranggapan anak masih kecil namun sebenarnya, tanpa sedar anak-anak boleh bercerita hal ini kepada kawan-kawan sekolahnya kerana beranggapan, ia sekadar permainan keseronokan di mana mereka melihat mak ayah berpelukan. Menakutkan, mereka akan mula terpengaruh pada soft porn kerana menyaksikan hal ini.
Mak! Jangan Berkemban Atau Tukar Baju Depan Anak Kecil
Isu sensitifnya bilik tidur ini juga tidak selesai selagi masalah ruang bilik tidur rumah pangsa tidak diatasi. Namun dalam mendidik jiwa anak-anak agar tidak “terjajah minda” tanpa sedar, mak ayah boleh ambil tindakan menukar pakaian di bilik air. Biasakan hal ini kerana itu ia boleh membentuk akhlak anak dari kecil iaitu tidak mendedahkan aurat di hadapan orang.
Percaya tak, ibu boleh mengubah hal aurat kerana kekurangan bilik air ini dengan membawa baju dan memakainya dalam bilik air. Nampak leceh tapi ini jauh lebih baik.
dikongsi dari twitter @wannursyakira2, penulis ini berkongsi kena kita digalakkan tidak berkemban di hadapan anak sebaliknya tukarlah atau pakai baju di bilik air.
Ads
Ini tweet dikongsikannya:-
Jikalau anak masih tidur bersama ibu ayah, ada perkara yang perlu ibu ayah ambil perhatian. Jangan tukar baju di hadapan anak. Jika anak ada dalam bilik, bawa baju dan tukar di tandas.
Elakkan terjah keluar dari bilik dalam keadaan berkemban atau berboxer jika anak ada dalam bilik. Bawa baju siap-siap , tukar dalam bilik air. Jangan buat hubungan suami isteri di hadapan anak meskipun anak tidur dan masih kecil. Bahaya kalau anak ternampak.
Ads
Pergilah Ke Bilik Air. Jaga Aurat Kita
Didik anak dan diri sendiri ketuk pintu sebelum masuk, anak lihat, anak ikut. Berjaga-jaga dengan sentuhan berunsur seksual dan intim di depan anak-anak. Usahakan sediakan tilam lain atau baby cot untuk anak tidur. Bilik sama, compartment berbeza.
Latihan untuk anak supaya senang untuk mereka tidur di bilik sendiri nanti. Kalau anak umur dah cecah 3 tahun ke atas, dah boleh latih tidur di bilik sendiri. Sediakan bilik mereka. Ibu ayah juga perlu privasi dan ada aurat yang perlu dijaga.
Sejuk perut Datuk Ziela Jalilyang melahirkan puteri sulungnya, Dr Hajjah Puteri Julia Nabilah Binti Tan Sri Megat Junid. Bukan saja cemerlang dalam pelajaran, anak sulungnya itu juga dididik dengan ilmu akhirat yang cukup baik.
Selepas arwah suami Datuk Ziela meninggal dunia pada tahun 2008, beliau membesarkan dua orang anak, Puteri Julia dan Megat Jufri Nasrullah sendirian, sebelum mengambil anak angkat, Ibrahim Junid Abdullah. Perit yang dilalui akhirnya terbalas juga di wajah masa depan anak-anaknya.
ibu kental ini ketika umur puteri sulungnya 12 tahun, dia sudah pun khatam 3 kali membaca Al-Quran. Lebih istimewa, Dr Julia menyempurnakan lagi bacaan khatam Al Quran sewaktu di Masjidil Haram, kota Makkah Al Mukarramah.
Sewaktu berkongsi video khatam Al Quran anaknya ketika umur 12 tahun inilah, penerbit terkenal ini berkongsi rasa hati. “Video ketika Julia Junid berumur 12 tahun. Ketika ini anak Mama dah 3 kali habis baca Quran.
“Dah ulang 3 kali baca barulah Mama bawa waktu Umrah. Ya (Julia) baca khatam Quran di dalam Masjidil Haram, dan kita ke rumah keluarga Abang Z. Ya (Julia) baca lagi di rumah Abang Zack di Makkah di depan mak Abang Zack, seorang Hafazan.
Abah Kata ‘Macamlah Abah Tak Dapat Tengok Ya Kahwin’
Sambung Datuk Ziela lagi sekembali daripada umrah itu dan tiba di Kuala Lumpur, beliau membuat satu majlis khatam Al Quran untuk anak sulungnya secara besar-besaran.
Abah kata, “Apalah Mama buat besar-besar. Macamlah nanti Abah tak dapat tengok Ya Kahwin.” Itulah tutur suaminya sewaktu arwah melihat pelamin khatam Al Quran untuk anak sulungnya pada tahun 2004.
Mama kata, “Sebab Ya (Julia) dah 3 kali habis baca Quran dan kita tak pernah buat apa-apa.” Nasib juga Mama buat macam itu. Sekurang-kurangnya abah tengok Ya (Julia) di atas pelamin.
“Mama abadikan dalam video khatam sempena majlis perkahwinan Ya agar kita dapat rasakan yang Abah turut ada bersama kita meraikannya.
Semoga Allahyarham Abah berbahagia di dalam syurga Firdaus Allah. Allahummagh firlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu.
Malah kata ibunya lagi sewaktu selesai khatam Al Quran baru-baru ini, Julia menitiskan air mata terkenangkan Abahnya.
“Baaarokalloohu Laka Wa Baaroka ‘Alaika Wa Jama’a Bainakumaa Fiii Khoirin.” “Mudah-mudahan Allah memberkahi engkau dalam segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan.”
“Saya kongsi kan dengan my dear followers video yang ditayangkan sewaktu majlis reception anak saya, agar kalian juga dapat berkongsi bersama dengan saya.” Luah Datuk Ziela Jalil di laman instagram miliknya.
Ternyata ramai di kalangan followers Datuk Ziela yang memuji kebijaksanaan ibu ini membesarkan anak-anaknya dengan didikan yang baik. Malah ada yang berasa kagum dan terpanggil untuk mencontohi wanita berjiwa kental ini.
Bukan semua orang mempunyai kelebihan dalam seni melukis. Ia merupakan anugerah yang tidak ternilai jika memilikinya.Bertuah menjadi pelakon dan model Anzalna Nasir, 30 yang bukan sahaja cantik jelita, malah cukup berbakat dalam bidang lukisan.
Bagi pengikut instagram teraju utama drama bersiri ‘Memori Cinta Suraya’ini, Anzalna sering memuat naik, hasil lukisannya untuk dikongsikan bersama para peminatnya.Pelbagai jenis lukisan telah dihasilkan antaranya berbentuk abstrak, bunga-bungaan, merak, permandangan, bangunan kaabah dan yang terkini potret Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed.
Hasil Jualan Untuk Kebajikan
Menariknya, hobi baru melukis Anzalna ini, mula berputik sejak sejak bulan Ramadan lalu dan berterusan sehingga kini.Lebih istimewa, bermula daripada hobi suka-suka, setiap lukisan yang dihasilkan tersebut kemudiannya dijual dan duit hasil jualan tersebut diberikan untuk tujuan kebajikan bagi golongan yang memerlukan. Murni sungguh hati Anzalna ini.
Hasil lukisan Anzalna juga mendapat permintaan yang cukup menggalakkan daripada pengikut dan peminatnya di Instagram. Kekerapan Anzalna melukis, sehinggakan ada yang bertanya sama ada, Anzalna telah bertukar profesyen daripada seorang pelakon kepada seorang pelukis.
Sebaliknya pelakon cantik dan berbakat besar ini menjelaskan bahawa bidang lakonan merupakan minatnya dan masih menerima tawaran berlakon sehingga sekarang. Syarikat Global Station dan Suhan antaranya yang sering menawarkan drama 100 episod dan telemovie.
Menurut pelakon ini, dia tidak bersedia untuk berada di set untuk melakukan penggambaran kerana terpaksa menghabiskan semua lukisan yang telah ditempah. Secara jujurnya, Anzalna mencintai apa yang dia sedang lakukan dan mengucapkan terima kasih kepada yang setia memberi sokongan pada dirinya. Insya Allah, beliau akan kembali berlakon semula segera.
Tambah beliau lagi, melukis memerlukan masa yang banyak. Lukisan yang dibuat untuk Tun Mahathir, Perdana Menteri kita ini memerlukan masa yang amat panjang untuk memastikan ia siap. Sambil berseloroh, Anzalna berharap mendapat tanda tangan daripada Tun M untuk dia dapat melakukan lebih banyak lagi kerja kebajikan selepas ini.
Tahniah buat Anzalna atas hobi baru ini.Dah lah cantik jelita, pandai melukis pulak tu. Bukan sahaja hobi suka-suka tapi siap boleh beramal dan buat kebajikan. Semoga Anzalna tetap terus melukis menghasilkan lukisan yang cantik-cantik.
Antara lukisan yang dihasilkan oleh Anzalna, sangat cantik dan sungguh berbakat!
Semalam seorang isteri, Nur Afiqah Baharuddin memohon bantuan orang ramai supaya menghulur walau pun sekadar RM1 untuk dia ikat jamin suaminya yang ditahan di Thailand dan pagi ini syukur alhamdulillah akhirnya kutipan yang diperlukan sudah mencukupi.
Tulisnya di laman Instagram pagi ini, dia cukup terharu dengan pertolongan orang ramai dalam masa yang singkat. Tak mampu nak menjawab whatsapp orang ramai, tetapi dia mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membantu dalam situasinya sekarang.
Alhamdulillah kutipan dah mencukupi seperti yang diminta. Fy nak minta izin halalkan yang terlebih andai kata Fy guna untuk perjalanan Fy pergi balik ke songkla untuk keluarkan Adib & belikan barang keperluan Althaf. Insya’allah Fy akan derma dari segi duit atau dari segi barang kering untuk rumah kebajikan jika ada yang lebih. Itu memang niat Fy kalau ada lebih.
Fy nak minta maaf andai kata Fy tak angkat call dan tak reply whatsapp anda semua sebab Fy tak mampu nak jawab satu persatu. Dengan Althaf meragam nya, nak fokus dkt phone pun susah.
Jauh di sudut hati Fy, Fy terharu dengan keprihatinan korang semua. Walaupun kita tak mengenali satu sama lain tapi korang ikhlas bantu Fy tanpa minta dibalas. Tanpa korang Fy tak mampu nak kumpul duit yang diminta.
Fy hanya mampu ucap terima kasih dari awal hingga akhir dan semoga korang dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda dari الله swt. Hanya الله sahaja yang balas jasa korang semua.❤️ Fy minta korang doakan urusan kami minggu depan dipermudahkan & Adib boleh keluar dari situ.
Fy akan update lagi kalau ada info terbaru❣️
Yang ikhlas , Fy Baharuddin
❤️TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA YG PRIHATIN❤️
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...