Sebenarnya setiap anak ini ada bakat yang tuhan dah anugerahkan pada diri mereka. Sebagai mak ayah, kita kena jadi macam scanner. Kesan cepat-cepat bakat anak kita di mana. Bila dah jumpa, mak ayah polish sampai bersinar. Inilah yang dilakukan oleh Puan Sakinah Hamid, yang mana beliau mula menyedari bakat doodle anak-anaknya Faqihah dan Fateh.
“Kami menyedari bakat anakanda Fateh ketika dia berusia sekitar 4 tahun. Tika itu saya sedar banyak yang perlu saya lakukan untuk memastikan bakat ini terus subur. Saya tidak mahu menyerahkan semuanya pada nasib, sistem pendidikan mahupun keterbatasan diri.”
“Kerana itu saya letakkan keutaamaan untuk kembangkan bakat anak-anak. Sediakan ruang dan peluang, selebihnya terpulang kepada anak-anak sejauh mana mereka mahu meneroka.”
Tekadnya mahu melihat potensi anak-anak berkembang dengan baik melalui anugerah bakat yang tuhan berikan. Ibu ini bersama anaknya mengikuti kelas Doole Art for Kids. Masuk kelas dan belajar akan seni doodle yang pada mulanya mereka sendiri tak faham apa-apa pun.
“Melukis memang hobi anak-anak. Dan mungkin juga bakat. Namun ia jauh sama sekali dengan kemahiran yang ada pada saya dan suami.
“Kelas Doodle Art for Kids ni saya hadir bersama anak-anak tanpa kefahaman apa itu doodling. Hanya kerana saya pernah kenal Puan Nor Abdullah di alam maya, saya yakin pasti ada manfaatnya kepada anak-anak.
“Lagipun saya nampak sampel lukisan peserta lain macam lukisan Faqihah. Jadi saya daftarkan juga Faqihah walaupun belum cukup umur untuk jadi peserta bengkel. Dan mak pun kena la jadi peserta sekali. Haha.”
Setiap Anak Berbeza Gaya, Mak Kena Peka
Bila dah belajar saya sedar yang memang Faqihah selalu doodling. Dia akan ambil kertas dan buat contengan demi contengan dengan bebas. Tidak terikat dengan watak mahupun jalan cerita. Segalanya mungkin dalam lakarannya. Dan akhirnya sekeping kertas penuh dengan lakaran comel.
Berbeza dengan anakanda Fateh, dari mula melukis dia sentiasa ada tema. Ada watak dan jalan cerita yang mahu disampaikan. Jadi walaupun bengkel doodle, dia masih berusaha mengekalkan identitinya sebagai pelukis komik. Doodling not his things, but sure he learn a lot of things there.
Lebih penting lagi saya sebagai peserta lebih umur dapat bersemuka dengan orang yang memang pakar dalam bidang seni. Dapatlah saya bertanya kebuntuan-kebuntuan saya bagaimana untuk terus beri sokongan anak. Benda-benda yang menghantui kita ni bila jumpa pakar senang ja nak selesai. Itulah mahalnya harga sebuah pengalaman.
Jangan Corak Anak Ikut Apa Mak Ayah Mahu
Pesan Puan Sakinah lagi, dalam pendidikan, kita tak perlu corak anak jadi apa yang kita mahu. Tapi kita boleh asah bakat anak sehingga bersinar dan cemerlang dengan cara mereka sendiri.
Semoga anak-anak kita dapat membesar menjadi diri mereka yang sebenar dan membawa manfaat yang besar kepada ummah. In syaa Allah. Maklum beliau lagi banyak maklumat berkaitan bengkel doodle dikongsikan dalam FB Nasrul Ustaz Kartu.
Bila Pulang Anak Belajar Hal Ini
Sumber/Foto : Sakinah Hamid
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI