Mak Hentilah “Kawal” Anak. Nak Kereta & Rumah Besar, Hakikatnya Anak Artkitek Tak Mampu Simpan RM100 Sebulan

Share

Mak hentilah kawal anak. Nak kereta & rumah besar, hakikatnya anak arkitek tak mampu simpan RM100 sebulan. Dari dulu, mak sering bertindak sebagai “penasihat” anak dalam pelbagai perkara.

Ada banyak benda baik dan buruk dikongsikan. Itu menjadi pengajaran kehidupan dalam hidup anak-anak. Tapi ada juga sesetengah mak yang masih “mengawal” perbelanjaan anak khususnya dalam membeli kereta pertama atau rumah pertama jika anak masih bujang.

Mak Hentilah “Kawal” Anak. Nak Kereta & Rumah Besar

Alasannya, nak beli mesti yang terbaik, mesti yang mahal walau sebenarnya anak yang bunyi jawatannya nampak gah tapi sebenarnya tak mampu pun nak simpan RM100 sebulan.

Baca perkongsian dari perunding kewangan, Afyan Mat Rawi mengenai mak yang mengawal perbelanjaan kewangan anak.

Saya pernah berjumpa dengan seorang arkitek muda yang bergaji besar tapi sesak setiap kali hujung bulan. Nak simpan 100 sebulan pun susah.

Antara puncanya ialah ibu bapa masih “mengawal” walaupun dah habis belajar dan mula bekerja.

Kereta yang dia beli, rumah yang dia duduk – mesti dapat rekomendasi oleh ibu bapa, terutama si ibu.

Dia yang baru grad beberapa tahun pernah mengadu dekat saya, apa yang perlu dibuat.

Hakikatnya Anak Artkitek Tak Mampu Simpan RM100 Sebulan

Nasihat saya mudah sahaja, berterus-terang. Mungkin ibu bapa melihat anaknya yang baru fresh graduate dan dapat gaji 3k adalah besar.

Walhal jika hidup di bandar besar, ia tinggi sedikit daripada tahap miskin bandar. Tapi orang tua sangka kita kaya raya.

Sejauh mana ia dilakukan saya tak follow up pula lepas itu.

Tak dapat dinafikan ada segelintir ibu bapa yang sebegitu.

“Nanti apa kata saudara mara / pakcik makcik /Pak Long  Mak Ngah, Pak Lang kalau tengok anak mak / ayah pakai kereta kecil je”.

Kalau respon macam ni, jadi anak derhaka tak?

“Nanti saudara mara / pakcik makcik / Pak Long  Mak Ngah, Pak Lang akan tolong bayar ke ansuran kereta lepas saya beli?”.

BACA ARTIKEL DI SINI :- Suami Jangan Biar Mak/Mak Mentua Jaga Isteri Dalam Pantang, Sebenarnya Itu Tugas Anda

Bahaya Makan Ikan Tilapia Tak Dimasak Sempurna, Ibu Anak Seorang Kudung Kedua Belah Kaki & Tangan

Ibunya Beri Anak Makanan ‘MAGIC’ Ini, Kawal Virus HFMD Dari Berjangkit Teruk

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

DS Vida tawarkan pekerja McD kerja dengan gaji banyak selepas bersimpati mendengar luahan Izuan, pemuda masalah pendengaran yang merayu agar rakyat Malaysia menghentikan boikot ke atas restoran makanan segera McD kerana banyak pekerja yang terjejas.
Memahami keperitan dialami Izuan, dirinya menawarkan pekerjaan. Alhamdulillah, moga rezeki DS Vida terus murah.

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros