Anak-anak kalau tak buat mak marah atau bebel memang tak sah. Ada saja yang menaikkan darah mak. Mak garang, jerit takutnya pada waktu itu saja. Lepas tu, mulalah datang menepel, nak minta susu la, nak makan dan sebagainya.
Itulah kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sanggup bergadai nyawa. Kalau sudah bergelar mak ayah, anak tak dengar dan mula buat perangai, marah kita hanya sekejap saja. Demi untuk kebaikan dan elak ulang perkara yang boleh membuatkan mak marah.
Tanyalah rata-rata mak di luar sana. Bila mak garang, bebel mahupun jerit pada anak, kasihnya tetap utuh dan apa pun anak tetap cari maknya.
Tapi, kalau dengan ayahnya, sebut nama ayah pun diorang dah mula rasa takut. Dari nak buat nakal terus tak jadi. Pelik juga.
Walaupun peranan mak ayah ini berbeza tapi matlamatnya tetap sama, mahukan mereka menjadi anak yan cemerlang, berjaya dunia dan akhirat.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Pasangan Dulu-Dulu Sudah Beranak 2,3 Barulah Merasa Hidup Stabil, Zaman Sekarang Lain Demandnya
10 Perkara Mak Ayah WAJIB Beritahu Anak, Nampak Remeh Tapi Inilah ‘Bekalan Hidupnya’
Baca Artikel Menarik Lain DI SINI
Anak ni kalau dengan ibu,
1. Garang la mana pun
2. Jerit la kuat mana pun
3. Bebel la kerap mana pun
4. Marah la mana pun
Tetap rasa sayang anak pada ibu itu tak akan pernah luntur. Sedikit pun dia tak benci.
Bagi anak-anak, tak ada yang boleh gugat rasa cintanya pada ibunya. Walau ibunya jahat sekalipun.
Tapi beza dengan ayah.
Ayah ni sekali je cukup la,
1. garang
2. jerit
3. marah
4. pukul
5. tengking
Sampai bila-bila anak akan ingat dan takut. Bukan benci, tapi dia rasa ayah tak boleh dipercayai.
Jangan kata nak minta sesuatu dengan ayah, nak bagitahu “saya ada masalah” pun dia tak berani.
Mahu anak hidup sihat dan selamat dunia akhirat.
Wallahu A’lam.
Mingguan Wanita : Bila anak buat perangai, mak marah pun dia ‘tak makan saman’. Tapi, sebut nama ayahnya trus jadi elok je. Sabar ajelah anak.
Sumber: Mohd Fhais Salim
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita