Mungkin kerana terlalu sayang dan kasihan melihat mak gagal dalam ujian memandu berkali-kali, seorang anak lelaki sanggup melakukan apa sahaja, walaupun tahu ia satu kesalahan dan melanggar undang-undang.

Itulah yang berlaku kepada Heitor Schiave, 43, yang mengambil keputusan nekad menyamar sebagai ibunya untuk mengambil ujian memandu dalam kejadian di utara Brazil. Ia susulan ibunya, gagal dalam ujian tersebut sebanyak tiga kali.

Penyamaran Dapat Dikesan

Dalam kejadian tersebut, Schiave memakai pakaian, solekan dan mewarnakan kuku menyerupai ibunya Maria,60, namun helah itu terbongkar apabila penyamaran dan ‘lakonannya’ itu dapat dikesan.

“Schiave cuba sedaya upaya menyamar menjadi ibunya.

IKLAN

“Dia memakai mekap yang tebal, mengenakan tata rias pada kukunya, memakai blaus bercorak bunga, serta barang kemas,” kata pengajar pemandu, Aline Mendoca kepada BBC.

Mak Gagal Ujian Memandu Berkali-Kali, Anak Nekad Menyamar!Schiave didakwa nekad mengambil keputusan itu selepas ibunya beberapa kali gagal dalam ujian memandu.

IKLAN

“Dia (Schiave) mengaku bukan wanita pada kad identiti, sebaliknya anak kepada Maria.

“(Tujuan dia melakukannya ialah) supaya ibunya lulus ujian berkenaan dan boleh memandu,” kata Mendoca lagi.

IKLAN

Mak Gagal Ujian Memandu Berkali-Kali, Anak Nekad Menyamar!Schiave ditahan pihak berkuasa atas dakwaan menyamar dan menyalahgunakan identiti orang lain.Manakala, ibunya Maria bagaimanapun dilapor langsung tidak mengetahui mengenai rancangan itu.

MW: Macam-macam hal. Mungkin sikap ‘melindungi’ seorang anak lelaki, sampai nekad buat begini terlalu sayangkan mak. Namun kadangkala sampai tak fikir kesannya untuk jangka panjang.

Sumber: Astro Awani, BBC

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI