
Mungkin kerana terlalu sayang dan kasihan melihat mak gagal dalam ujian memandu berkali-kali, seorang anak lelaki sanggup melakukan apa sahaja, walaupun tahu ia satu kesalahan dan melanggar undang-undang.
Itulah yang berlaku kepada Heitor Schiave, 43, yang mengambil keputusan nekad menyamar sebagai ibunya untuk mengambil ujian memandu dalam kejadian di utara Brazil. Ia susulan ibunya, gagal dalam ujian tersebut sebanyak tiga kali.
Penyamaran Dapat Dikesan
Dalam kejadian tersebut, Schiave memakai pakaian, solekan dan mewarnakan kuku menyerupai ibunya Maria,60, namun helah itu terbongkar apabila penyamaran dan ‘lakonannya’ itu dapat dikesan.
“Schiave cuba sedaya upaya menyamar menjadi ibunya.
“Dia memakai mekap yang tebal, mengenakan tata rias pada kukunya, memakai blaus bercorak bunga, serta barang kemas,” kata pengajar pemandu, Aline Mendoca kepada BBC.
Schiave didakwa nekad mengambil keputusan itu selepas ibunya beberapa kali gagal dalam ujian memandu.
“Dia (Schiave) mengaku bukan wanita pada kad identiti, sebaliknya anak kepada Maria.
“(Tujuan dia melakukannya ialah) supaya ibunya lulus ujian berkenaan dan boleh memandu,” kata Mendoca lagi.

Schiave ditahan pihak berkuasa atas dakwaan menyamar dan menyalahgunakan identiti orang lain.Manakala, ibunya Maria bagaimanapun dilapor langsung tidak mengetahui mengenai rancangan itu.
MW: Macam-macam hal. Mungkin sikap ‘melindungi’ seorang anak lelaki, sampai nekad buat begini terlalu sayangkan mak. Namun kadangkala sampai tak fikir kesannya untuk jangka panjang.
Sumber: Astro Awani, BBC
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Disaman RM790,000, Buat Onar BERCINTA Dengan Isteri Kawan Baik Sendiri!

Isi Kandungan
ToggleDalam setiap perhubungan perlu ada batasan, tak kiralah lelaki atau perempuan dan rapat macam mana pun dengan seseorang. Apabila kepercayaan dikhianati, memang perit perasaannya, lebih-lebih lagi kawan baik sendiri.
Seorang lelaki di Taiwan menyaman sahabat karibnya sebanyak 1.2 juta yuan (RM787,951) kerana menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya, lapor portal berita Wolipop hari ini.
Lelaki hanya dikenali sebagai Li itu pada awalnya bersahabat baik dengan rakan sekerjanya, Shi. Mereka merupakan anggota polis di Bandar Baharu Taipei.
Kerap Datang Rumah
Disebabkan hubungan yang akrab, Shi kerap pergi ke rumah Li selepas lelaki itu berkahwin dengan isterinya pada 2018.
Akibat sering bertemu, Shi dan isteri Li menjadi semakin rapat dan melakukan hubungan terlarang tanpa pengetahuan Li. Hubungan mereka akhirnya didedahkan oleh isteri Li sendiri kerana enggan terus berahsia.
Dikhianati Kawan Baik
Selepas mengetahui perkara itu, Li berasa amat marah kerana dikhianiati oleh rakan baiknya.
Selain mahu bercerai dengan isterinya, dia turut mengemukakan tuntutan saman ke atas Shi sebanyak 1.2 juta yuan (RM787,951) kerana mengganggu rumah tangganya.
Ketika perbicaraan, Shi mengakui perbuatannya dan meminta maaf selain memohon mahkamah meringankan jumlah saman kerana mengakui sedang menjaga ibu bapanya yang telah uzur.
Bayar Pampasan Memusnahkan Perkahwinan
Pihak mahkamah akhirnya membuat keputusan agar Shi membayar pampasan sebanyak 600,000 yuan (RM393,961) kepada Li atas hujah bahawa dia telah bertindak melampaui batas dengan memusnahkan perkahwinan rakan baiknya itu sehingga menyebabkan kerugian kepada banyak pihak.
Mesti Baca:Ramai Tak Sedar Punca Retaknya Rumahtangga Juga Bermula Di Tempat Kerja!
Baca Lagi Di Sini:Rata-Rata Bila Ditanya Bab SKANDAL, Banyak Bermula Dari Tempat Kerja!
Artikel Menarik:‘Lelaki Curang, Masa Seronok Lupa Anak, Bini.’ Bila Hilang Segala, Baru Ingat Keluarga

Mingguan Wanita: Peritnya dikhianati kawan baik sendiri. Paling penting dalam apa juga perhubungan kena jaga batasan.Tak kiralah suami atau isteri. Bila kerap berdua, memang ada godaan dari yang ‘ketiga’.
Sumber: Kosmo
Follow kami
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Guna Jadi Suami, Tapi Tak Pertahankan Isteri

Isi Kandungan
ToggleBegitulah antara dialog yang dilontarkan oleh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin yang melakonkan watak Dian. Sewaktu scene berbual dengan abangnya, Affan lakonan Saharul Ridzwan yang tak pertahankan isteri sendiri, Fira.
Perbualan antara abang dan adik ini meninggalkan kesan di hati para penonton setia, drama bersiri Sabarlah Duhai Hati. Apabila Fira, lakonan Amyra Rosli melarikan diri dari suaminya.
Tak Pertahankan Isteri
Babak sedemikian hakikatnya, berlaku juga pada dunia realiti. Apabila segelintir suami yang terlalu terlalu ego dengan perasaan sendiri.
Dan menganggap diri selalunya betul. Hinggakan apabila berlakunya konflik, suami masih tetap menyalahkan isteri.
“Dian marah Affan jadi suami tapi tak boleh buat apa-apa Sabarlah Duhai Hati. “ Demikian hantaran Puteri Sarah di instagramnya.
Dialog Tiada Dalam Skrip
Malah akuinya, dialog yang diucapkan itu tidak ada di dalam skrip pun. Sebaliknya ditambah baik sebaik dia memahami gambaran situasi yang diberikan oleh pelakon Saharul Ridzwan.
“Sejujurnya dialog yang dilontarkan datang dari Puteri Sarah tp dalam jelmaan Dian. Dialog kebanyakkan takde dalam skrip, kami improvised dialog sendiri. masa nak shoot scene ni, I bgtau @saharulridzwan boleh tak bagi moment kat i untuk i feel scene ni. Saharul kata ok, take your time. Maka terjadilah scene ni sampai tak tahan air mata kami berdua nak keluar. Kita berdua je tau beb @saharulridzwan.
Wahai para suami diluar sana… janganlah jadi buta… pertahankan isteri anda bila nampak kejahatan tu di depan mata DIAN MARISSA.” kongsi Puteri Sarah lagi.
Sebak sebenarnya babak teguran adik pada abangnya ini. Hinggakan ada yang mengalirkan air mata kerana begitu terkesan dengan derita hati yang dilalui Fira.
Malah, ada juga yang menyebut ipar sebeginilah yang dicari-cari. Menjadi pendamai dalam sesebuah rumah tangga.
Drama bersiri slot Akasia ini juga dibintangi oleh Fadilah Mansor, Iman Suhana, Izzue Islam, Haleeda Mazlin, Emelda Rosmila, Marisa Yasmin, Azri Iskandar, Kodi Rasheed dan ramai lagi.

Puteri Sarah Bebas Covid-19
Terbaru, Puteri Sarah yang disahkan Positif Covid-19 memaklumkan dirinya sudah pun bebas daripada virus berkenaan.
Sepanjang tempoh kuarantin itu, ibu kepada dua orang anak ini, Syaikhul Islam dan Sumayyah mengambil makanan tambahan untuk meningkatkan daya ketahanan tubuhnya.
Malah deria rasa dan bau juga semakin baik. “Sentiasa positif itu kunci dia.” Akuinya lagi.
Sumber/Foto : Puteri Sarah Liyana
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelajar Parah Perut Tertusuk Buluh, Anak Yatim Kematian Ibu Dijaga Datuk & Nenek Sejak Usia Usia 10 Bulan

Isi Kandungan
TogglePelajar parah perut tertusuk buluh, anak yatim kematian ibu dijaga datuk & nenek sejak usia 10 bulan. Gara-gara terlanggar sebuah pacuan empat roda yang sedang menjalankan kerja pembersihan bendera parti selepas pilihanraya, seorang remaja berusia 113 tahun parah apabila buluh sepanjang dua meter tertusuk ke perutnya.
Dalam kejadian malam tadi, Mohammad Ammar Hazriq Zuhan, 13, yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bendahara tertusuk buluh selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang membawa muatan itu yang diparkir di Kilometer (KM) 29 Jalan Gua Musang-Jeli, di atas jambatan Pulau Setelu, 9.30 semalam.
Pelajar Parah Perut Tertusuk Buluh
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan untuk memancing dari rumahnya di Kampung Pulau Setelu.
“Mangsa telah dibawa oleh orang awam ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.
Dalam pada itu, memetik laporan Harian Metro, Mohammad Ammar yang juga anak yatim kematian ibu pada usianya 10 bulan dan kini tinggal bersama datuk dan neneknya sedari kecil sudah selamat menjalani pembedahan bagi membuang buluh yang tertusuk di bahagian perutnya pagi tadi.



Anak Yatim Kematian Ibu Dijaga Datuk & Nenek Sejak Usia Usia 10 Bulan
Bapa saudara mangsa, Mohd Saiful Azman Jaafar, 29, berkata Mohammad Ammar kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan lebih dua jam.
Bagaimanapun, katanya, anak saudaranya itu perlu pemeriksaan secara berterusan kerana dibimbangi masih ada serpihan buluh pada perutnya.
“Waktu saya melawat pagi tadi, Mohammad Ammar masih tidur mungkin kesan ubat bius belum hilang.
“Mengikut kata doktor, Mohammad Ammar perlu menjalani pemeriksaan berkala kerana dibimbangi serpihan buluh masih berada di dalam perutnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Mengadu Sakit Selepas Pembedahan Doktor Tak Percaya, Rupanya Ada Gunting Dalam Perut
Kepala Tertusuk Gunting Tapi Wanita Ini Boleh Selamba Naik Bas Ke Hospital Dengan Tenangnya!
Insiden Bayi 9 Bulan Tertusuk Tayar Kereta, Hati-Hati Pilih Mainan Anak!
Menurutnya, dia mengetahui kejadian menimpa anak saudaranya itu 9.50 malam.
“Ada orang datang rumah memaklumkan kejadian, saya bergegas ke tempat kejadian dan membawanya ke Hospital Gua Musang.
“Ketika dalam perjalanan dia mengadu sakit. Saya harap orang ramai dapat doakan kesembuhan anak saudara saya,” katanya.
Mohd Saiful berkata, Mohammad Ammar tinggal bersama datuk dan neneknya yang membesarkannya sejak kecil kerana dia kematian ibu ketika berusia 10 bulan.
Dalam pada itu, polis memaklumkan kes disiasat bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Dalam perkembangan lain, Choon Foo memberitahu pengguna jalan raya diingatkan supaya lebih berhati-hati semasa menjalankan kerja-kerja di laluan jalan raya dengan memberi isyarat secukupnya kepada pengguna yang lain.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian tersebut boleh menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi talian 099121222 019-9710976,” katanya.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
“Kalau ditakdirkan, biar saya pergi dulu..” kata Zarina Zainuddin. Kasih ibu yang tidak pernah ada hujungnya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI