Hari Wanita Antarabangsa diraikan pada setiap 8 Mac. Melihat pencapaian hebat wira-wira negara mahupun ikon wanita-wanita berjaya dalam bidang masing-masing dengan mengharumkan nama negara, membuatkan kita tersenyum bangga dan secara tak langsung menjadikan mereka sumber inspirasi.
Namun sebenarnya figura wanita yang hebat ini juga ada di rumah kita sendiri. Menjadi idola bagi setiap anak-anak. Susuk tubuh seorang wanita bergelar isteri dan mak yang cekal berkorban menguruskan anak-anak dan keluarga setiap hari. Tanpa kenal erti penat lelah dan mengeluh. Dialah yang bangun seawal pagi dan tidur yang paling lewat sekali. Tak putus-putus berdoa untuk kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya.
Setiap bait kata-kata dan pesanan mak kepada anak-anaknya pula menjadi azimat dan pedoman.
Jadi Wanita Berilmu
MAK walaupun belajarnya tak tinggi mana, namun pesan mak pada anak-anak perempuannya, jadilah wanita yang berilmu. Lengkapkan diri dengan pelbagai cabang ilmu. Ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu mendidik anak-anak dan sebagainya.Belajarlah setinggi yang mampu, kejar impian dan cita-cita yang mahu. Manfaatkan ilmu yang bukan hanya boleh dapat di universiti, namun pelbagai ilmu yang boleh digunakan dalam kehidupan supaya tak mudah diperlekehkan dan tahu hak yang perlu dipertahankan apabila ditindas.
Rajin Belajar Memasak
MAK walaupun masakannya ringkas sahaja, namun sedapnya kalah chef terkemuka. Pesan mak, lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang ada. Tak pandai masak tak apa. Yang penting rajin dan mahu belajar memasak. Sedap, tak sedap belakang kira. Sebab kata mak, air tangan ibu pengikat kasih sayang anak-anak dan suami. Walau di mana mereka berada, masakan ibu lah yang paling diingati.
Ads
Usaha Jaga Rumahtangga, Suami
Pesan mak lagi, selagi bergelar isteri berusaha jaga suami dan rumahtangga sebaiknya. Hormat suami, utamakan suami, jaga makan minum dan keperluan suami supaya rumahtangga kekal bahagia. Namun andai jodoh dah tiada sekalipun, kita tak ralat dan dah buat sebaiknya sebagai isteri.
Kata-Kata Ibu Doa Keramat
Pesan mak lagi, kata-kata ibu merupakan doa keramat untuk anak-anak. Apabila bergelar ibu, jangan sesekali bandingkan anak-anak. Terima baik buruk mereka seadaanya. Jaga tutur kata yang paling utama. Terguris hati sekalipun, tetaplah maafkan anak-anak kerana syurga dan keberkatan hidup mereka, pada mulut seorang mak yang mendoakan mereka.
Ads
Belajar Berdikari
Pesan mak lagi, wanita juga kena belajar hidup berdikari. Ambil tahu, belajar dan mampu uruskan pelbagai perkara seorang diri. Boleh memandu ke sana sini tanpa perlu menunggu suami, menghantar dan mengambil nanti. Namun perlu tahu masa dan batas untuk berdikari.Bukan kata tak perlukan suami, sekurang-kurangnya bila ditakdir suami tiada lagi, kita tak ‘patah kaki’ uruskan kehidupan dan anak-anak seorang diri.
‘Pegang’ Duit Sendiri
Pesan mak lagi wanita kena ada pendapatan, simpanan dan ‘pegang’ duit sendiri. Tak kiralah bekerja tetap atau sekadar sambilan berniaga kecil-kecilan di rumah. Tak banyak mana pun tak apa. Kepuasan dapat dirasai dan rasa ‘bebas’ bila mana kita dapat membeli apa sahaja yang kita sukai, memiliki simpanan mahupun beri duit pada mak ayah dengan duit sendiri, tanpa perlu hanya bergantung harap dan meminta-minta pada duit suami.
Ads
Akhir sekali pesan mak, benar wanita yang menghayun buaian dapat menggoncang dunia. Namun apabila mendongak di langit tetaplah melihat rumput di bumi. Kekalkan santun dan budi bahasa walau siapa pun kita.
“Rangka itu anak saya, misteri kehilangan pelajar tingkatan 5 hilang keluar tengok bola ahirnya terjawab. Kehilangan seorang pelajar tingkatan 5 yang keluar menonton bola namun tidak pulang-pulang ke rumah terjawab dengan satu penemuan satu rangka manusia ditemui di kebun durian pada 25 Jun lalu.
Penemuan rangka di tepi Jalan Yong Peng-Muar diterima daripada orang awam, kira-kira pukul 11.15 pagi sebelum dibawa ke hospital untuk ujian forensik. Dan kini segalanya telah terjawab di mana rangka itu adalah milik Hafiz Fauzan yang bakal menduduki SPM tahun ini selepas ujian dna yang dibuat ke atas ibu bapanya menyamai dengan arwah.
Rangka Itu Anak Saya
“Alhamdulillah semua sudah selesai. Apa yang ditunggu-tunggu sudah berakhir,” kata Abd Halid Sugiman, 44.
Abd Halid bersyukur selepas menerima keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang mengesahkan rangka manusia ditemui di kebun durian berdekatan Kompleks Panghulu Mukim Linau, akhir bulan lalu, sah merupakan anaknya, Hafiz Fauzan, 17.
Misteri Kehilangan Pelajar Tingkatan 5 Hilang Akhirnya Terjawab
Jelasnya, keputusan itu diperolehi sekitar jam 4.43 petang selepas dihubungi polis bagi memaklumkan hasil ujian DNA yang dijalankan di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.
Beliau memaklumkan proses tuntutan jenazah akan dibuat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat pagi esok untuk dikebumikan.
Hafiz Fauzan adalah pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Parit Raja (SMAPR) dilaporkan hilang selepas keluar rumah pada malam 25 Mei lalu, untuk menonton bola sepak bersama rakannya di Parit Ju, Tongkang Pechah.
Keluarga berusaha mencarinya namun menemui jalan buntu sehinggalah penemuan satu rangka di kebun durian yang akhirnya disahkan adalah mayat pelajar ini.
Penemuan rangka di tepi Jalan Yong Peng-Muar itu diterima daripada orang awam, kira-kira pukul 11.15 pagi 25 Jun lalu.
“Siasatan awal polis di tempat kejadian telah menjumpai sebuah motosikal bersama dokumen diri dan barangan peribadi. Selain itu, terdapat sebuah motosikal yang mengalami kerosakan di lokasi kejadian dan dipercayai terlibat dalam kemalangan jalan raya.
“Motosikal yang ditunggang mangsa disyaki terbabas ke tepi jalan dan terlanggar sebatang tiang elektrik, menyebabkan mangsa terhumban ke kawasan semak yang agak curam di dalam kebun durian berkenaan,” kat polis dalam satu kenyataan.
Dan kini segalanya telah terjawap bahawa Hafiz Fauzan alami kemalangan.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Isteri hamil anak ketujuh, Datuk Jamal tak nak layan komen negatif netizen. Tahniah diucapkan buat penghibur tersohor dan juga lagenda dunia seni tanahair Datuk Jamal Abdillah yang bakal menimang zuriat ketujuh awal tahun hadapan.
Bapa penyayang ini juga seakan tidak sabar untuk menantikan kelahiran zuriat tersebut yang menjadi pelengkap bahagianya bersama isteri. Malah Datuk Jamal juga menganggap zuriat ketujuh yang bakal ditimang awal tahun hadapan adalah kurniaan rezeki.
Isteri Hamil Anak Ketujuh
Berita gembira yang dikongsi oleh Datuk Jamal itu sebenarnya ada yang mengkritik namun dirinya enggan melayani mahupun membaca komen negatif netizen yang seolah-olah tidak berpuas hati sebaik mengetahui isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin kembali hamil.
Seperti mana yang dilaporkan Berita Harian, Datuk Jamal akui kehamilan isteri kali ini tidak dirancang.
“Kadang-kadang kita tak boleh rancang perkara seperti ini kerana semuanya ketentuan Allah dan inilah dinamakan rezeki.
“Ada orang berusaha macam mana sekali pun, tapi kalau bukan rezeki takkan menjadi juga.
“Soal kata-kata negatif orang, saya ambil sikap tidak melayan mahupun membaca komen dalam media sosial,” ungkap Datuk Jamal yang baru saja menyambut kehadiran anak keenam tahun lalu.
Seronok Kehidupan Berkeluarga
Datuk Jamal turut berkongsi perasaan seronok dan gembira bila bersama isteri dan anak-anak.
“Kehidupan berkeluarga dengan anak sesuatu yang menyeronokkan.
“umpama satu terapi buat saya.
“Saya tak rasa letih, marah mahupun bosan kerana mereka inilah hiburan saya.
“Lagipun, saya bukan jenis suka keluar rumah, habis kerja terus pulang dan bila sehari tak jumpa anak-anak memang rindu.
“Jadi, sampai sahaja rumah, saya akan cium dan akan tidur bersama anak-anak,” ungkap Datuk Jamal lagi.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap pasangan suami isteri pastinya ada cara tersendiri dalam memberi nama pada setiap kelahiran anak. Kreativiti dan keunikan nama yang boleh memberi kelainan tersendiri dalam keluarga.
Guna 4 Abjad
Sepasang suami isteri di Belgium menamakan kesemua 11 anak mereka hanya dengan menggunakan empat abjad yang diubah suai secara berbeza, lapor akhbar The Sun semalam.
Gwenny Blanckaert and Marino Vaneeno hanya menggunakan abjad a, e, l dan x dalam kesemua nama anak-anak mereka yang terdiri daripada tujuh perempuan dan empat lelaki.
Anak sulung mereka yang berusia 13 tahun bernama Alex, dan diikuti dengan Axel, 12; Xela, 11; Lexa, 10; Xael, 9; Xeal, 8; Exla, 5; Leax, 4; Xale, 2; Elax, 1 dan Alxe, enam bulan.
Sasarkan 12 Anak
Mereka juga dijangka menimang cahaya mata yang ke-12 pada April tahun depan.
“Kami menamakan anak sulung sebagai Alex bersempena dengan nama bapa tiri Vaneeno kerana berasakan ia adalah nama yang indah.
“Anak kedua kami kemudiannya dinamakan Axel sebelum kami mula ‘bermain’ dengan empat abjad tersebut untuk menamakan anak-anak yang lain,” kata Blanckaert.
Tambahnya, selepas melahirkan anak ke-12 pada tahun depan, dia dan suaminya berhasrat untuk tidak lagi mempunyai anak yang lain.
“Sejak awal lagi kami telah menetapkan sasaran untuk memiliki 12 orang anak. Apabila kami duduk di sekeliling meja bersama 12 orang anak, ia bererti keluarga ini telah lengkap,” ujar Blanckaert.
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...