“Barakallah fii umrik. Semoga umur anakku adalah umur yang berkat, umur yang membawa kebaikan untuk semua. Serta umur yang menjadi kesempatan untuk rajin beribadah”. Itu ungkapan menyentuh hati terzahir dari seorang ibu buat anaknya sempena ulang tahun kelahiran anak tersayang hari ini.

“Mak Doakan Kakak Jadi Isteri & Ibu Yang Baik”.Ibu Shila Amzah Titip Ucapan Ulang Tahun

Ibu penyanyi, Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman menyentuh hati ramai menerusi ucapan istimewa sempena ulang tahun anaknya itu. Fauziah sempat menitipkan doa memohon kesejahteraan anaknya agar dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, serta umur yang diberkati.

“Barakallah fii umrik. Semoga umur anakku adalah umur yang berkat, umur yang membawa kebaikan untuk semua. Serta umur yang menjadi kesempatan untuk rajin beribadah,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Sarman (@mamazie68)

Perkongsian tersebut  dimuat naik di Instagram miliknya di mana Fauziah turut meluahkan rasa sayang terhadap pelantun lagu popular Memori Tercipta itu.

Selain turut mendoakan agar isteri personaliti media sosial, Ubaidillah MZ ini akan menjadi seorang ibu yang baik.

Ads

“Semoga Allah SWT limpahkan rezeki yang tak putus-putus. Selamat hari lahir anakku Shila. Mak sayang kakak…

“Mak doakan kakak menjadi isteri dan ibu yang baik, bahagia di dunia dan di akhirat. Amin Ya Allah Ya Mujib,” tulisnya.

“Mak Doakan Kakak Jadi Isteri & Ibu Yang Baik”.Ibu Shila Amzah Titip Ucapan Ulang Tahun

Terdahulu, Fauziah pernah meluahkan rasa rindu terhadap cucunya, Seth Uwais yang merupakan anak sulung kepada Shila Amzah melalui perkahwinanya yang terdahulu. Malah, Fauziah turut menyatakan bahawa tidak banyak kenangan bersama cucunya itu namun Seth sentiasa berada dihatinya.

Untuk rekod, konflik keluarga antara Shila dan keluarga termasuk ibu dan adik-adik, Amir Syafiq serta Syada Amzah menjadi perbualan ramai sekitar penghujung tahun lalu. Ia tercetus ekoran dakwaan Shila dikatakan telah ‘menghalau’ keluar mereka daripada kediaman banglo miliknya.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/mamazie-terguris-shila-tergamak-keluarkan-kata-kata-kesat-tak-halau-mak-tapi-kata-kata-shila-mak-faham/

Ads

“Mak Doakan Kakak Jadi Isteri & Ibu Yang Baik”.Ibu Shila Amzah Titip Ucapan Ulang Tahun

Shila bagaimanapun menafikan dakwaan menghalau namun ingin memberi kediaman baharu yang lebih selesa buat ibunya, Fauziah Sarman.

Sekitar April lalu, Shila pernah berkata dia masih tidak bersedia untuk bersemuka dengan ibunya ketika dia sedang hamil anak kedua hasil perkahwinan bersama Ubai.

Ads

Shila Amzah atau nama sebenarnya, Nurshahila binti Amir Amzah dilahirkan kira-kira pukul 11.00 pagi pada 13 Ogos 1990 di Klinik Shambi, Jalan Medan Tunku, Kuala Lumpur. Perkongsian Fauziah sekaligus mengundang perhatian ramai yang rata-ratanya berdoa agar kemelut antara mereka segera selesai dan berdamai.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI