Mak-mak yang dalam pantang bersalin sekarang ini tentunya meneruskan saja rutin berpantang. Bersalai tradisi sebegini memang cara lama, tapi kalau nak tahu inilah kaedah tradisi yang sangat cepat bantu mak-mak turunkan berat dengan cepat lepas bersalin.
Paling berkesan, selain untuk tujuan memanaskan badan dan keluarkan peluh, bersalai ini juga cara pantas nak kecutkan peranakan. Ini termasuklah mengempiskan perut dan membakar lemak-lemak di perut, pinggang, belakang badan dan punggung.
√ Bila ibu dalam pantang nak melakukan aktiviti ini, mereka kenalah baring atas salaian atau katil yang diletakkan bara api di bawahnya.
√ Biasanya dibuat pada waktu pagi iaitu ketika cuaca sejuk dan petang sebelum maghrib.
1. Tikar jerami/gandum/mengkuang
2. Katil kayu
3. Tanah
4. Arang
5. Talam besi
6. Selimut nipis
7. Bantal jika mahu
√ Minum segelas air kosong sebelum dan selepas bersalai bagi mengelakkan dehidrasi.
√ Sapu minyak berubat di perut, keliling pinggang dan punggung sebelum baring di atas salaian.
Perkongsian daripada Puan Nurul Diyana Kamaludin ini memang dipraktikkannya sendiri setiap kali berpantang.
“Saya masih lagi praktikkan cara lama iaitu menggunakan arang sebagai ganti cara yang lebih klasik iaitu kayu api. Ramai juga yang menggunakan dapur gas bagi menggantikan talam bara bahkan yang lebih moden mengaplikasikan kaedah bersalai menggunakan tilam yang dipanaskan dengan kuasa elektrik. Namun pastinya cara tradisi ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
Merawat sakit pinggang, lenguh dan bisa badan, sejuk kaki, sakit tumit. Mengeluarkan toksin dari badan melalui peluh. Badan akan lebih ringan dan perut pun kempis.
Baiklah mak-mak berpantang, semoga perkongsian ini memberi kebaikan dan membantu mak-mak turunkan berat badan dengan pantas semasa berpantang ini. Dan ingat, walau semoden mana pun kita, perawatan cara tradisi sebegini janganlah pula dilupakan ya. Dengan kata mudahnya, selagi ianya baik untuk tubuh mak-mak tak salah untuk mencuba.
Selain bertangas basah dan kering, mak-mak juga boleh mencuba cara bersalai tradisi ini. Nanti rasa seronok keluar peluh yang banyak masa berpantang.
Sumber/Foto : Nurul Diyana Kamaludin