Hebatnya seorang ibu, boleh jadi superwoman dan supersabar dalam menguruskan rumahtangga. Lengkap keduanya ini, jadikan ia ibu dan isteri yang cukup sempurna.
Namun, jadi superwoman dan supersabar ini belum tentu cukup sempurna di mata anak-anak. Apa yang dimaksudkan superwoman dan supersabar ini. Siti Suryani Yaakop ada kongsikan tentang perkara ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bangun Malam & Doa, Amalan Seorang IBU Jadi ASBAB Kejayaan Anak, Hebatnya!
Tak Perlu Bersaing Untuk Jadi Hebat. Itulah Pengorbanan Isteri Menjadi IBU
Info Lebih Menarik DI SINI
Kita boleh jadi 2 jenis ibu.
Jenis pertama.
Ibu yang buat semua benda sendirian macam dia pakai bateri Energizer dan tangan dia ada lapan.
Walaupun jenis yang bekerja, mampu balik rumah dan masak setiap hari. Rumah bersih tanpa secalit habuk. Baju sentiasa berlipat dan tersusun dengan sempurna. Malah spender pun siap iron.
Tandas licin berkilat sampai tetamu tersilap ingat itu bilik tidur. Siap mampu sambut suami balik dengan badan dah wangi. Muka lengkap make up sambil senyum penuh manis dengan jus oren di tangan menanti depan muka pintu.
Anak pula dijaga elok macam dalam drama TV. Mandi sambil gosok badan dengan buih.
Suap makan, supplement. Ajar mengaji. Tengok homework. Bacakan bedtime story.
Tak pernah tertinggal sehari pun.
Boleh. Selagi kita tak rasa benda tu penat melampau dan kita memang suka buat. Letih pun tak kisah. Apalagi rasa nak marah.
Ataupun kita boleh jadi ibu jenis lagi satu.
Jenis kedua.
Jenis yang tarik nafas panjang-panjang sebelum mengeluarkan dentuman petir dari kerongkongan yang penuh lahar kemarahan. Walau ada ketikanya kadang terbabas juga.
Ibu yang menganggap semak itu seni, bersepah itu lumrah. Seorang ibu yang berfikir tangisan anak itu biasa, high pitching dia itu indah. Ibu yang rasa kekalutan ini kejap je, tak lama lagi akan berubah.
Tak larat masak, beli. Bila tak larat kemas, biar dulu. Tak larat basuh baju, hantar dobi dan tak larat tengok homework, buat nanti-nanti.
Selagi larat, buat.
Tak larat, rehat.
Dan paling mudah, begini. Ada masa kita boleh jadi ibu SuperWoman. Ada masa kita kena jadi ibu SuperSabar. Bertindak mengikut keadaan.
Kederat kita tak sama setiap hari. Apatah lagi kederat kita dengan kederat orang lain. Hidup kita dengan hidup orang lain. Cabaran kita dengan cabaran orang lain.
Sebab di akhirnya, anak-anak bukanlah perlukan ibu yang serba sempurna. Dia cuma nak ibu yang stabil mentalnya. Dan banyak ketika dia cuma rasa cukup dah kalau ada kita untuk dia.
Mak gembira.
Anak bahagia.
Bapak tak sakit kepala.
#kaknis
Mingguan Wanita : Mampukah kita jadi dua jenis ibu seperti itu. Hebat kan!
Sumber: Siti Suryani Yaakop
Baca Artikel Lain Lagi DI SINI: Mak Adalah IBU TERBAIK & Sempurna Walaupun Penat, Letih Layan Karenah Anak
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita