Mak Boleh Buat Urutan Mudah, Lenakan Anak Susah Tidur

Share

Susah hati mak bila anak alami masalah susah tidur malam. Lagi-lagi mak ayah yang bekerja, berjaga tengah malam mahu letih keesokan hari. Anak pula, meragam tengah malam susah lelapkan mata.

Macam-macam cara mak ayah buat, nak bagi anak tidur. Pasang ayat Al-Quran dalam telefon, dukung anak sampai terlena sendiri atas bahu, tapi anak tetap juga bangun setiap malam. Ini mengganggu rutin harian mak ayah.

Menurut National Sleep Foundation, waktu tidur anak-anak ini berbeza:

0 hingga 2 bulan : perlukan waktu tidur 12 hingga 18 jam sehari (termasuk hari siang)
3 hingga 11 bulan : memerlukan tidur selama 14 hingga 15 jam sehari. (9 hingga 12 jam tidur waktu malam, 30 minit hingga 2 jam tidur di siang hari)
Setahun hingga 3 tahun : perlukan tidur sebanyak 12 hingga 14 jam. (Waktu tidur siang semakin berkurang)
3 hingga 5 tahun :

memerlukan 11 hingga 13 jam waktu tidur di malam hari.
10 hingga 17 tahun : perlukan 8 hingga 9 jam waktu tidur.

Anak yang berdepan masalah tidur malam ini, ada cara macam mana nak tenangkan mereka. Salah satunya melalui urutan mudah yang mak ayah pun boleh buat sendiri di rumah.

 

 

Jika Susah Lena Disebabkan Kembung

Gejala kembung perut ini, mudah saja dialami anak kecil dan ia menyebabkan gangguan tidur malam. Perasaan tak selesa itulah buat bayi menangis berpanjangan. Ibu, cubalah dukung bayi anda dengan posisi meniarap dan letakkan tangan pada perut anak kecil yang sedang tak selesa dan mengeras itu.

Urut perlahan pada bahagian perutnya yang tak selesa. Gunakan minyak yang selesa. Boleh juga anda pangku si kecil, goyangkan kaki mak sehingga anak tertidur.

Akibat Terlalu Banyak Ransangan Pada Persekitaran

Kadangkala, rangsangan yang terlalu kuat di persekitaran membuatkan anak kecil meragam waktu tidurnya. Jika televisyen terpasang, perlahankan bunyi suara dan gelapkan lampu yang terang. Dodoi anak kecil anda dan lakukan urutan ringan pada jari jemari kaki dan tapak kaki sehingga anak terlena.

Mak boleh juga pasang minyak aromaterapi dalam bilik yang memberi suasana selesa dan menenangkan pada si kecil. Sekali gus membantunya tidur dengan lebih selesa.

Kerana Demam

Sebaik memberikan ubat demam kepada anak mengikut preskripsi doktor, mak boleh cuba lakukan urutan lembut pada tubuh anak. Tujuannya untuk melegakan letih lesu yang anak sedang alami. Boleh juga lakukan urutan lembut pada jari jemari kaki dan tapak kaki anak dengan minyak yang selesa.

Atur Pola Tidur Anak

Setiap anak ada jadual tidurnya, yang mana kebiasaan ini boleh dibentuk mengikut kesesuaian anak kecil. Biasanya mereka tidur lebih nyenyak selepas makan dan mandi.

Mak juga boleh lakukan urutan tubuh secara lembut pada bayi. Sapukan minyak yang selesa agar anak lebih tenang dan lena waktu tidurnya. Ciptalah pola tidur anak sejak kecil. Seiring dengan perkembangannya, anak akan memilih sendiri cara tidurnya.

 

 

Audelia Naturals Mudah Di Bawa Ke Mana Saja

Setiap urutan yang mak berikan akan jadi lebih selesa jika menggunakan minyak yang sesuai untuk bayi sehingga anak kecil. Audelia Naturals, minyak bayi yang mempunyai kelebihan untuk bantu anak tidur selesa.

Rangkaian produk penjagaan bayi ini di datangkan dengan set khas dengan pelbagai kegunaan khusus. Setiapnya mempunyai kelebihan tersendiri:

Baby Shield – minyak untuk perlindungan bayi, mengurangkan keradangan dan juga melembabkan kulit (set MRK)
Happy Belly – membantu memberi kelegaan, terutamanya untuk bahagian perut anak.
Bedtime – memberi persekitaran yang menenangkan, bak aromaterapi untuk keselesaan tidur malam anak (set MRK)
Sniffles – aroma yang segar dan dingin memberi kelegaan pernafasan kepada anak (set MRK)
Buzz Free –

meredakan kesan gigitan serangga pada kulit anak.
Go Germs Buster – semburan yang membantu membasmi bakteria di persekitaran si kecil yang mudah dijangkiti.
Apt Oil – menarik selera anak melalui bauan aroma terapi.
Top To Toe – mengurangkan iritasi ringan pada kulit,melegakan kulit yang terdedah pada matahari dan mengekalkan kelembapan kulit si kecil.

Paling penting, setiap rangkaian penjagaan bayi ini didatangkan dalam bungkusan yang kecil, ringan dan mudah di bawa ke mana saja. Tentunya mak-mak boleh selit saja dalam tas tangan dan gunakan bila-bila masa diperlukan.

 

 

Audelia Naturals juga memperkenalkan Mummy Rescue Kit yang mengandungi 4 produk penjagaan bayi iaitu Baby Shield, Happy Belly, Bedtime dan Sniffles. Bolehlah mak ayah simpan di rumah dan guna apabila diperlukan si kecil.

Published by
Netty Ah Hiyer