Mak, Bersyukurlah Ada Menantu Sudi Jadi Isteri Sebab Anak Kita Bukan Sempurna Sangat!

Share

Bila berkahwin, perkara yang sering diperkatakan adalah hubungan antara ipar duai dan mentua. Mungkin ada menantu yang kehadirannya dalam keluarga, buatkan kita rasa tergugat.

Ada menantu dengan rasa tergugat, adakah kerana sikapnya yang baik, kerjaya yang hebat atau sebagainya. Bila keadaan ini, mulalah ada rasa sikap dengki dan iri hati.

Patutnya bersyukur sebab ada menantu atau ipar yang terima kelebihan dan kekurangan adik beradik kita. Sebab adik beradik atau anak kita kita pun tak sempurna sangat.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: ‘Mertua Duduk Dengan Anak Menantu, Mulut Kena Jaga.’ Jangan Cerita Hal Menantu Pada Orang!

Suami Tolong Urus Anak, Mudahkan Tugas Isteri, Mak Mentua Janganlah Cepat Meroyan!

Info Lebih Menarik DI SINI

Ada Menantu, Terimalah Baik Buruknya

Adik beradik, mentua, ipar duai jangan masuk campur hal keluarga adik beradik anak beranak lain. Didik hati tu ikhlas. Jangan nak dengki.

Bukan orang luar tahu susah perit, jerih, makan hati, berendam air mata, ikat perut untuk capai apa yang mereka cuba nikmati.

Manusia hanya nampak yang senang-senang, gembira orang lain. Tapi tak tahu apa yang dah mereka lalui untuk sampai tahap tu.

Jangan suka sangat jadi sampai menyampai jadi duri. Apa dia post up kat status semua nak ditunjuknye ke mak, dari situlah mentua dan menantu boleh jadi salah faham. Tengok diam-diam sudah, bukan dengki iri hati, tabur minyak bagi api lagi membara.

Jangan Sibuk Rumahtangga Orang

Biar la mereka ada keluarga kehidupan sendiri jangan masuk campur. Selak hal rumahtangga sendiri cukup sempurna tak? Jangan pernah sibuk dengan hal rumahtangga orang.

Lagi satu, kalau anak lelaki jarang balik jenguk mak disebabkan kekangan kerja mesti menantu yang dipersalahkan. Dikatakan suami takut bini, bini queen control laki, bini hasut suami, semua salah menantu.

Kita tuduh ipar kita control adik / abang kita, jika itu tidak benar, sudah menjadi satu fitnah wahai saudaraku dan dosa fitnah itu sangat besar, takut kita tak tertanggung di sana kelak.

Wahai ibu-ibu sekalian, memang syurga anak lelaki di tapak kaki kamu, tapi jangan sampai kamu sendiri yang menghantar anak lelaki kamu ke neraka.

Sedarlah, anak lelaki kamu ada tanggungjawab, ada mulut yang nak disuap, ada hati dan jiwa yang nak dididik, tak jenguk bukan bermakna dia melupakan kamu, tak jenguk bukan bermakna dia meninggalkan kamu, cubalah fahami anak-anak kita dari sudut yang positif, jangan mudah terasa hati, jangan mudah bersangka buruk, jangan sampai membuatkan anak menjadi anak derhaka dengan tidak sengaja.

Jadi Mak Yang Baik

Kalau kita ibu yang baik, kalau kita ibu yang beriman, sentiasalah doakan kebahagiaan anak-anak kita, jangan dihina menantu, dia anak orang, dia dididik dengan cara lain.

Syukurlah jika menantu sudi menjadi isteri anak-anak kita, sudi menjadi ibu kepada cucu-cucu kita, sudi menerima anak kita sebagai suaminya, kerana anak kita pun bukannya sempurna sangat.

Adik beradik, ipar duai, jiran tetangga, anak beranak, jangan suka menjadi batu api. Andai kata anak lelaki menceraikan isterinya disebabkan mulut kita, adakah kita sanggup menanggung dosa seumur hidup disebabkan perbuatan kita itu?

Jaga isteri kita dulu sebelum kita nak mengata isteri orang, didik isteri kita dulu sebelum kita nak tegur isteri orang, jaga rumahtangga kita dulu sebelum kita nak ketuk rumahtangga orang, yang paling penting, didik hati kita dulu supaya tidak bersangka buruk dengan orang.

Mingguan Wanita : Kita rasa diri dah sempurna tapi di mata orang kita pun banyak kelemahan.

Sumber: Nur Artika Zulkipli

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora