Mak Bersalin Caeser, Pantanglah Ais Ketul Setahun, Kalau Tak Nak Seksa Hilangkan Perut Buncit

Share

Pantang ais ketul setahun? Mudah ke mak-mak nak buat. Lagipun, bukan semua isteri nak bersalin caeser, tapi kalau jalan keluar tak nampak atau ada komplikasi lain, caeser terpaksa juga dilakukan.

Satu masalah wanita yang bersalin ceaser ialah nak mantain perut jangan sampai buncit.

Memanglah bahagian ‘bawah’ tak terjejas teruk, tapi rahim tetap mengembang. Sebab tu kena extra pantang dari wanita yang bersalin normal.

Lebih susah cara berpantang sebenarnya sebab tak boleh pakai bengkung bagai. Kalau nak pakai pun lepas 2 minggu. Itu pun mild saja.

Selain pantang makan laksa, benda yang gatal, minum ais pun satu kepantangan yang memang wanita bersalin ceaser kena elak.

Berpantang Cara Bersalin Ceaser

Sesetengahnya berpantang 44 hari, ada yang dilanjutkan sampai 100 hari. Tapi kalau nak benar-benar berkesan, berpantanglah dari minum ais ketul sampai setahun.

Ada yang berani minum ais ketul tu lepas habis pantang. Akibatnya, perut buncit jadi buncit sampai susah nak dilembutkan apatah lagi dikempiskan. Walau buat bermacam senaman, kesan buncit tetap akan ketara.

Yang langgar pantang ni, cuba pegang dekat tempat ceaser tu.. akan ada rasa satu jaluran keras di bahagian dalamnya. Tak Lembut. Nak lembutkan balik memang ambil masa silap-silap makan tahun.

Minum Air Dari Peti Sejuk Bukan Peti Beku

Ais tu memang sejuk dan penghilang dahaga, tapi bila masuk ke badan kita ia ‘panas’ sebenarnya.

Jadi, kalau nak perut kembali kempis, selain senaman dan jaga makan, hindarilah ais ketul itu.

Kalau teringin sangat pun. Simpan air dalam peti sejuk dan minum yang sejuk tanpa dicampur dengan ais ketul.

Published by
Netty Ah Hiyer