Mak beli seluar kesihatan RM800, anak personal “benang seluar ini diperbuat daripada panadol ke.
“Saya macam bingung kejap apabila diberitahu seluar untuk kesihatan. Benang seluar ini diperbuat daripada panadol ke?
Mak Beli “Seluar Kesihatan” RM800
“Hasil duit mak ini meniaga laksa tepi jalan, bukan senang nak dapat RM800 dan bagi saya teramat mahal untuk sehelai seluar yang saya tengok macam seluar ‘tight’ sahaja,” kata Musytaq Ashari yang kecewa apabila ibunya membuat pembelian seluar kesihatan pada harga tidak munasabah.
Menurutnya yang kecewa dengan harga tidak munasabah tersebut, syarikat pengeluar seluar kesihatan ini yang bertindak seperti pemasaran pelbagai aras (MLM) uga mensyaratkan untuk mencari tiga orang lain untuk masuk.
Menurutnya, ibunya membeli seluar berkenaan menerusi pemasaran pelbagai aras (MLM) selepas dimaklumkan mengenai manfaatnya.
Anak Kecewa Bukan Senang Kumpul Duit
Perkara itu dikongsikan, Musytaq Ashari menerusi hantaran di X sehingga ia tular baru-baru ini.
“Rasa nak marah bila dengar mak beli seluar ‘kesihatan’ berharga RM800 sehelai. Kawan dia promosikan suruh beli dan sertai kumpulan kemudian kena cari tiga orang lagi untuk masuk.
Ads
“Setahu saya, ini MLM dan maklumkan yang ia tak munasabah. Saya macam bingung kejap apabila diberitahu seluar untuk kesihatan. Benang seluar ini diperbuat daripada panadol ke?
“Hasil duit mak ini meniaga laksa tepi jalan, bukan senang nak dapat RM800 dan bagi saya teramat mahal untuk sehelai seluar yang saya tengok macam seluar ‘tight’ sahaja,” katanya.
Mengulas lanjut, Musytaq berkata, walaupun sudah dimaklumkan bahawa ia adalah sistem MLM, namun ibunya tetap bertegas tentang manfaat produk berkenaan.
“Ibu cuma balas, kita boleh cari duit poket dengan ini.
Ads
“Orang-orang tua mereka boleh la mahu tipu,” ujarnya.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
6 hari terperangkap dalam kontena dari Bangladesh, kanak-kanak ditemui lembik tak bermaya. Gara-gara tertidur di dalam kontena, seorang kanak-kanak dari Bangladesh tidak menyangka akan menempuh perjalanan sejauh ini.
Tanpa makan dan minum dipercayai enam hari, dirinya sudah lembik saat diselamatkan oleh anggota Polis Bantuan Pelabuhan.
Memetik laporan Berita Harian, seorang kanak-kanak lelaki warga Bangladesh ditemui dalam kontena yang baru tiba di Pelabuhan Barat (Westport), Pelabuhan Klang, malam semalam.
Kapal berkenaan dilaporkan berlepas dari sebuah pelabuhan di Bangladesh pada 13 Januari lalu.
Beginilah keadaannya ketika diselamatkan
Video mengenai penemuan kanak-kanak ini dikesan tular di media sosial selepas terkunci dalam kontena berkenaan selama lebih kurang enam hari.
Kandungan video berdurasi 56 saat itu memaparkan kanak-kanak berkenaan dalam keadaan lemah tidak bermaya keluar dari kontena sebaik pintunya dibuka oleh anggota Polis Bantuan Pelabuhan.
Berdasarkan maklumat sumber, seorang daripada kakitangan pelabuhan dikatakan terdengar bunyi ketukan dari dalam kontena itu.
Dipercayai siasatan awal kanak-kanak itu dipercayai tertidur di dalam kontena dan tidak menyedari ia diangkut ke dalam kapal dan berlepas dari pelabuhan.
Kanak-kanak terbabit kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan turut menjalani proses dokumentasi.
Sumber turut memaklumkan bahawa kanak-kanak itu akan dihantar pulang ke negara asal menggunakan kapal sama Sabtu ini.
Tak sangka rupanya ubat batuk yang dalm peti dan lagi bagus tak ada kesan mengantuk bagai macam makan ubat beli. Nak tahu macam mana nak buat, ikut petua yang dikongsikan Puan Rusmida Rusdi ini…
Sakit tekak campur batuk memang perit. Nak nak korang mesti nak jimat. Nah ambik ni. Fuhhh berangin lega tekak.
Guna bahan kat #dapur saja…
Bahan-bahan:
halia muda belia – 1 ketol
gula – 1 cawan tea
serbuk cengkih – secubit
madu – 1 sudu besar
lemon – 1/2 bijik
air – 1 cawan tea
Pssst *cawan tea* tu cawan yang korang minum tea pepagi tu. Jangan pi tambah serbuk tea pulak. Haru!
Buang kulit halia, potong nipis dan tumbuk hancur.
Masukkan halia, gula, air, madu, secubit serbuk cengkih dan lemon. Eh! kira masuk semua bahan la senang.
Biar sampai mendidih. Warna pun dah cun. Tutup api, pastu biar kan sejuk jap.
Boleh bentukkan guna hujung sudu.
Tabur powder gula last sekali.
Tadaaaa. Simpan la mane-mane tempat yang mudah ingat. Koh koh ambik je takyah cari farmasi dah jenis biji pun kita boleh buat sendiri, senang dan bolehlah buat stock dalm peti. Waktu batuk, terus capai!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Jangan malu dik, sedar diri cepat sebelum jadi hamba kereta” ikut kemampuan bukan kemahuan! Biar kaya, nampak tak bergaya. Bukan, biar papa, asal bergaya.
Ada duit sikit belajarlah menabung jangan pula berhutang dengan memilih membeli kereta berjenama luar negara. Eloklah memilih mengikut kemampuan bukan trend atau kemahuan diri. Takut nanti terjerat dengan hutang yang tinggi.
Buat adik-adik terutama yang bergelar eksekutif muda wanita sudah pasti anda juga mahu bergaya dengan kereta jenama luar negara, tak salah jika hendak beli tapi tolonglah selidik dulu adakah kita mampu membayar komitmen bulanan. Usah menyesal di kemudian hari ya adik-adik.
“Jangan Malu Dik, Sedar Diri Cepat Sebelum Jadi Hamba Kereta”
Bagi panduan anda untuk memiliki kereta agar berpadanan dengan pendapatan yang diperolehi, pakar ini berkongsi nasihat tentang tabungan kereta.
Menerusi perkongsian di Facebook Azizul Azli Ahmad ternyata apa yang dijelaskan memberi manfaat kepada mereka yang mahu memiliki kenderaan megikut kemampuan.
Malah menerusi satu soalan daripada warganet Azizul Azli Ahmad memberi panduan jelas untuk wanita tersebut mempertimbangkan jenis kereta yang layak dimiliki.
Pilihan Kereta Jenama Luar Negara Terletak Di Tangan Anda
“#TabungKereta
Jika gaji sekitar RM3000, kereta yang sihat hanya sekitar RM36,000 sahaja. Rule of thumb adalah RM3000 x 12 = RM36,000.
Bila kita jual nasi lemak sahaja, biasanya bank nak lihat dokumen kewangan kita. Aliran tunai kita dan macam mana kita nak buktikan bank kita ada RM3000 setiap bulan.
Bank biasanya akan ambil 40% sahaja dari pendapatan perniagaan ini.
Boleh jadi RM1200 sahaja hitung pendapatan di mata bank. Kereta yang sesuai buat kita adalah kereta bawah RM20,000 sahaja. Carilah Axia atau Saga terpakai. Jangan malu dik.
Jika masih berkenan City dan Vios juga, jangan beli yang baru. Carilah yang tahun 2000-2005 yang bawah harga RM20,000 sahaja.
Jika teringin juga nak yang baru, mulalah menabung sebulan RM3000 sebulan sehingga 30 bulan. Selepas 2 tahun 6 bulan kita boleh beli Honda City baru yang harga RM90,000 sahaja.
“Habis nak makan apa bang?”
Suami kita kan nelayan, mesti banyak makan ikan.
Hidup Tak Selalunya Indah
Hidup ini tak selalunya indah dik. Hari ini orang suka nasik lemak kita, tahun depan belum tentu. Hari ini masih banyak ikan di laut, tahun depan ikan mungkin dah tercemar laut.
Paling penting hidup ini bukannya gaji, tetapi kena sedar diri kita siapa cepat cepat sebelum jadi hamba kereta.”
Apa yang dikongsi oleh Azizul Azli Ahmad sebenarnya adalah realiti kehidupan hari ini. Benarlah katanya, “Kereta Hanya Alat Mudahkan Hidup” semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
“Pilih Yang Mampu Jangan Keliru” Warganet
Menerusi ruangan komen warganet banyak memberikan pandangan. Ternyata ramai yang menasihati agar memilih kereta yang hendak dibeli mengikut kemampuan sendiri.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...