Mak Ayah, Siapa Lebih Garang?

Share

Cabaran mendidik anak-anak pada zaman sekarang teramat besar. Lebih-lebih lagi dengan teknologi yang serba canggih ini.

Jangan ingat, dengan mengawal anak-anak untuk berada di rumah sepanjang masa, mereka ‘terselamat’ daripada segala perkara negatif yang kita rasa hanya berada di luar rumah saja.

Gadjet

Mak ayah zaman sekarang kena tahu, di dalam bilik pun macam hal boleh jadi selagi di tangan ada telefon bimbit atau gajet yang membolehkan mereka melayari internet! Kalau tak, takkan terjadi kes anak lari dari rumah ikut teman lelaki yang dikenali di laman sembang online

sedangkan sepanjang masa berkurung dalam bilik!

Tanyakan kepada mak ayah, pasti rata-rata bersetuju, terlalu sukar untuk mendidik anak-anak zaman sekarang. Sebab itu, ada masanya perlu bersikap tegas dan garang dengan anak-anak. Tak bermakna kalau kita garang, kita tak sayang anak.

Tapi ini semua dilakukan demi untuk mendidik dan membimbing anak-anak di landasan yang betul. Pukul anak, bukan nak menyakiti, tapi untuk bagi pengajaran. Marah anak bukan benci, tapi nak menasihati!

Siapa Lebih Garang?

Siapa lebih garang dalam mendidik anak-anak? Selalunya orang cakap, ayah yang lebih garang. Kalau depan ayah, anak tak berani nak membantah. Baru berdehem, anak dah kecut. Berbeza kalau dengan mak. 10 kali suruh solat pun belum tentu angkat punggung! Namun ada juga si ibu yang lebih garang dalam mendidik berbanding si ayah yang lebih ‘cool’ dan tenang.

Walau bagaimana pun, ada juga ibu bapa yang tidak bersetuju mendidik anak dengan sifat garang kerana kata mereka zaman sudah berubah. Nak didik anak-anak perlu gunakan pendekatan psikologi, lebih berkesan kata mereka. Dah tak relevan corak corak didikan garang dan tegas dengan anak-anak sekarang. Betul ke?

Ikuti kupasan lanjut berkenaan topik “Ibu Atau Ayah, Siapa Yang Garang” di dalam Mingguan Wanita Talkshow di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 esok, jam 11 pagi hingga 12 tengah hari bersama hos Siti Elizad, Erra Fazira dan Norman Hakim, serta tetamu-tetamu istimewa yang akan diundang ke studio.

Sekiranya ingin berkongsi pengalaman, pendapat atau persoalan berhubung topik ini, bolehlah menghubungi talian Teman Wanita Anda di 03 89389647 atau komen terus di ruangan komen yang disediakan. Jangan lupa temu janji kita esok ye!

#mingguanwanitatalkshow
#mingguanwanita
#temansetiapwanita
#AstroPrima105
#AstroPrimahd121

Published by
Nurul Azwa