Anak-anak dalam lingkungan dua hingga empat tahun memang sukar nak difahami. Datang mood baik, memanglah mak,ayah ikutkan saja perangai mereka. Tetapi kalau melampau mulalah mak,ayah rasa nak melenting dengan sikap anak kecil yang kerap meragam.

Pantang tak dituruti pasti anak mengamuk. Disebabkan marah dan tak faham psikologi anak-anak, kita selamba saja cop anak itu degil. Padahal kita yang tak fahami jiwa anak-anak yang makin membesar. Ikuti perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari ini baik-baik:

Kita yang tak berapa faham psikologi anak, lepas itu selamba saja cakap budak itu degil.

Saya dulu hampir jadi macam tu jugak.

Kadang itu nak suruh anak saya pergi pakai pakaian lepas mandi saja pun tapi tak selesai-selesai sebab dia asyik meragam.

Ada saja benda tak kena.

Mulanya pening kepala jugak kenapalah susah sangat dia ni nak dengar cakap. Rupanya saya ni yang bermasalah sebab saya tak nampak fitrah anak kecil yang sebenar.

IKLAN

Kalau ikutkan lingkungan umur setahun setengah hingga 4 tahun ni, tengah dalam fasa Ego-centric lagi. Anak kita tu duduk rasa dialah decision maker yang paling bijak. Paling genius.

Adakalanya kalau dia rasa dipaksa-paksa, memang dia akan meragam dan tak nak buat benda tu.

Baca Sini:

Marah Dan Tengking BUKAN Cara Nak Ajar Anak. Nanti Makin Degil Perangainya

IKLAN

Didik Anak Degil, Rotan Memang Kena Ada Kat Rumah!

Mak, Ayah Pelu Lebih Kreatif

Sebab tu kita mak ayahlah kena jadi lebih hebat dan kreatif. Ini saya nak kongsi tip paling mudah untuk kita berdepan kerenah macam tu.

1. Kita buatkan si kecil tu rasa seolah-olah dia yang berkuasa untuk buat keputusan, dengan cara kita berikan dia pilihan. Contohnya kita tanya dia, “Adik nak pakai baju merah ni ke atau baju biru tu?”

2. Sebenarnya kita dah tentukan pilihan tu daripada awal. Jadi tak apalah kalau dia pilih pakaian yang mana pun sebab tujuan asal kita memang nak dia pakai baju.

IKLAN

3. Yang tak bagusnya bila kita asyik memaksa saja. Lagi tak best bila sampai ke tahap tinggikan suara. Itu yang buatkan anak memberontak.

4.  Namun bila kita sudah berjaya tawan hati si kecil dengan cara yang betul, jangan terkejut kalau makin lama dia makin kurang meragam.

Tolong #kongsikan tips penting ni dengan mak ayah yang lain jugak ye. Mak ayah yang bijak dia tahu apa nak buat untuk jadikan anak lebih tenang dan tak mudah meragam.

Ahmad Luqman Bukhari.
Nak tips lagi, jemput follow FB ni dan join channel telegram saya kat sini > t.me/notaALB .

MW: Berdepan dengan anak-anak perlu kena caranya, kalau tak mak,ayah yang berangin hadap karenah anak-anak yang “meragam” 24 jam. 

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI