Jika mak ayah mempunyai anak yang lahir pada tahun 2012 & 2013 iaitu berumur 5 dan 6 tahun sekarang, jangan lupa untuk mendaftar anak Darjah 1 secara online pada Mac nanti. Ini kerana pendaftaran dibuka awal 2 tahun sebelum persekolahan. Ia bagi menentukan dan memudahkan urusan penempatan di sekolah pilihan masing-masing.
Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM ini bertujuan bagi memudahkan mak ayah untuk memohon sekolah buat anak mereka yang akan mula masuk darjah 1. Kini, tidak perlu lagi susah-susah pergi ke sekolah, mengambil borang dan mengisinya secara manual untuk memohon.
Mak ayah hanya perlu mendaftarkan nama anak secara online dan kemudiannya memilih sekolah yang anda rasakan sesuai buatnya. Namun, masih ada beberapa lagi tindakan susulan yang perlu dilakukan untuk memastikan pendaftaran berjalan sehingga selesai.
Berikut antara perkongsian oleh Maryam Jamilah sebagai rujukan;
Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2012 (berumur 6 tahun pada 2018), yang lahir pada 2013 (berumur 5 tahun pada 2018) atau yang lahir pada 1.1.2014 (berumur 4 tahun pada 1.1.2018) wajib ambil tahu.
Ini sebagai peringatan untuk diri sendiri yang terlepas pendaftaran online tahun 1 Amna pada tahun lepas ketika Amna berumur 5 tahun.
Macam biasa ayat ini keluar “alah tahun depan kan ada” sedangkan tahun depan (tahun ini 2018) saya perlu berebut untuk daftar dan tak boleh lupa atau Amna tak bersekolah.
1) Anda adalah penduduk Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak masih menggunakan borang pendaftaran manual.
2) Alert dengan website di mana pendaftaran secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2018 https://public.moe.gov.my
3) Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi boleh mula siapkan dokumen dari hari ini.
4) Dokumen yang diperlukan:
– Sijil lahir anak (salinan + asal)
– Kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
– Surat nikah / cerai (salinan + asal)
– Bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
– Sampul surat standard dan setem
– Laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
5) Alert dengan tarikh semakan status permohonan. Jika berjaya, boleh proceed no 3 dan 4. Jika tidak, perlu buat rayuan segera.
Post ini akan dikemaskini apabila status pendaftaran telah dibuka nanti. Semoga semua anak-anak dapat belajar dengan riang dan gembira.
Semoga bermanfaat kongsikan juga pada mak ayah yang lain.
Sumber:Maryam Jamilah