Perkongsian Liyana Raya, Occupational Therapist & Clinical Manager di Impian Theraphy Center tentang ketakutan mak ayah berhadapan tangisan dan amukan anak yang ada masalah tingkah laku ini bagus untuk diambil pedoman.
Rupanya ada cara bagaimana nak berhadapan dengan anak-anak yang cukup istimewa ini. Baca dan hadamkan betul-betul apa kata Ahli Terapi Cara Kerja ini.
Meh sini saya nak cakap sesuatu. Saya ni, setiap minggu jumpa kes yang pelbagai. Macam saya cakaplah, kes-kes yang dirujuk kepada saya semakin meningkat saban tahun.
Semakin meningkat dan nampak gaya macam susah nak turun. Dalam 2 hari bercuti Sabtu dan Ahad tu, sesi saya boleh up to 9 sessions per day (which is satu session adalah satu jam. Kalau 9 sessions=9 jam! Ni nak berhenti untuk solat pun terpaksa minta kebenaran parents dulu tau!)
Dulu masa anak 2 larat lagi nak handle sampai 9 sesi satu hari, anak 3 boleh lagi 8 sesi. Ni dah masuk anak 4, maksimum sesi saya boleh ambil dalam dua hari cuti tu adalah 7 sesi saja sehari. Dalam dua hari,14 sesi! Dah tua,memang tak daya mana la kan…
Nak katanya. Dalam sehari, saya jumpa 7-9 budak yang punya macam-macam isu! Baik dari budak autism nya, ADHD nya, ADD, Dyslexia sehinggalah kanak-kanak yang ada developmental delay sahaja.
Boleh imagine tak satu hari tu saya tengok berapa banyak budak punya perangai? Pernah saya handle playgroup, satu hari up to 30 kids saya boleh jumpa! Cuba bayangkan.
Kalau saya tak diberi kesabaran dan ketabahan serta ilmu yang tinggi untuk treat anak-anak ini, memang dah lama saya pengsan!
You name it. Apa saja behavior anak-anak yang saya tak jumpa?
Kena gigit- dah
Kena tendang- dah
Kena tumbuk- dah
Kena tampar – dah
Kena muntah- dah
Kena kencing- dah
Kena berak- dah
Kena kahak- dah
Kena air liur dan ludah- dah
Kena hentak kepala- dah
Menjerit- dah
Menghentak badan- dah
Behavior yang sweet, yang comel, yang macam kerenah semua dah jumpa. Balik rumah, handle lagi behavior anak-anak sendiri yang semakin ramai setiap 2 tahun sekali. So nak katanya….
Kalau setakat anak anda menjerit mengamuk pun anda rasa susah nak handle, rasa rimas, rasa tak boleh nak dengar diorang menjerit. Can you imagine how do I deal and handle those kids tanpa jemu selama nak dekat 11 tahun ni?
Gambar itu bukan satu penderaan. Ini adalah satu contoh kanak-kanak yang picky eater, tidak boleh bercakap, sudah besar tapi masih memasukkan benda yang tak boleh makan ke dalam mulut.
Benda yang boleh dimakan dipilih-pilih pula, tak nak makan. Penggunaan lollipop adalah untuk mewujudkan sticky texture pada mulut.
Untuk membolehkan anak ini mengeluarkan lidahnya untuk menjilat (bagi meningkatkan fungsi oral motornya) dan seterusnya membantunya untuk pronouce words dan bercakap.
Tapi ini baru first step! Itupun dia dah melawan dan meronta. Kes seperti ini, saya memerlukan seorang lagi team mate untuk memegangnya sambil saya ‘memaksa’nya untuk tidak menggunakan tangan untuk mengelap mulut sebaliknya menggunakan lidahnya sahaja.
Tapi the struggle… tak payah cakaplah. Nampak tak betapa dalam saya nak mencapai target saya untuk membolehkan anak ini mengeluarkan lidahnya sahaja.
Saya perlu kelihatan seolah-olah bertindak kejam dengan memegang tangannya sambil memberikan rangsangan berterusan ke mulutnya menggunakan lollipop hanya untuk 10 saat sahaja! 10 saat itu adalah saat yang paling genting!
Itulah saat di mana saya minta anak ini bertahan sekejap untuk otaknya belajar menerima rangsangan tersebut, memproses dan memberikan response yang sebetulnya terhadap rawatan ini!
Bukan mudah! Tangan kiri saya sudah lama develop Carpal Tunnel Syndrome. Kebas dan sakit itu sudah lali. Tapi demi semua anak yang saya jumpa, saya harus merawat mereka dengan seboleh dan sedaya upaya saya tanpa mengenal bangsa, agama dan status mereka untuk mencapi objektif rawatan saya!
Bukan mudah.
Pendek kata… ibu dan ayah, janganlah mengalah dengan amukan anak. Bila masa anda harus mengalah?
Apabila anak sudah boleh meminta sesuatu yang diamukkannya dengan baik. Jika sekiranya anak masih menendang, mengamuk dan menangis bila dia tak dapat apa yang diingini, bertegaslah dengan diri anda.
Katakan pada diri anda yang anda sebenarnya ingin anak faham bahawa jika mereka inginkan sesuatu, mereka harus meminta dengan baik.
Jika tidak dapat setelah meminta, mereka juga harus belajar untuk menerima hakikat yang tidak semua benda yang mereka inginkan akan mereka dapat. Bertabahlah.
Tak perlu marah, tak perlu melawan balik. Tak perlu juga anda suruh mereka diam. Biarkan mereka melepaskan perasaan mereka. Menjerit dan mengamuklah sampai ke sudah.
Tak perlu layan. Layan hanya jika mereka benar-benar sudah memahami. Beri mereka masa dalam 30 minit amukan itu, untuk mereka berfikir dan seterusnya mewujudkan memori bahawa ibu dan ayahku ini ada ketegasan. Ada batasan dalam meminta minta.
Kebanyakan kes yang saya jumpa sekarang, banyaknya ibu dan ayah seolah olah merelakan anak mereka untuk menendang dan memukul ibu dan ayah sendiri dan tingkah laku itu pula dipujuk-pujuk dan disayang-sayang.
Oh please,this is something yang saya paling pantang tengok! Terus menerus saya akan tegur waktu itu juga.
Baru-baru ini juga anak kedua saya menendang adiknya yang berusia 3 tahun. Di depan mata saya sendiri. Saya terkejut melihat perilakunya itu. Saya pun apa lagi… saya ambil kakinya lalu saya cakap kalau nak tendang,tendang meja kayu ni.
Nah! Tendang! Tendang kerusi ni! Tendang! Sambil saya bawakan kakinya menendang meja dan kerusi tersebut. Dalam pada itu saya ‘mind the words that i used’.
Saya katakan padanya: “Insyirah anak yang baik. Anak yang baik tak tendang orang tau! Sejak bila mama ajar insyirah tendang ni? Nak tendang sangat kan? Tendang kerusi dan meja boleh. Tendang orang tak boleh!”
Saya geram lalu saya biarkan dia menangis. Malamnya saya tak tidur dengannya dan esoknya dia kelihatan seolah olah memahami itu adalah kesalahan terbesar baginya.
Adalah dalam beberapa tindakannya itu menunjukkan yang dia faham betapa marahnya saya dengan tingkah lakunya itu.
Selepas itu baru saya bincang elok-elok dan berdramalah kami di pagi hari sebelum dia ke tadika. Setel. Now she knows that benda salah memang salah. Tetap kena hukum.
Hakikat seorang budak, mereka tetap akan melakukan kesilapan. Kesilapan ini adalah untuk kita alert dan ajar mereka untuk bertindak dengan betul di kemudian hari.
Ilmu macam mana nak handle? Kena cari dan gali. Marah dan tegas hanya sekali. Tapi lembut dan tegas itu boleh berkali kali.
Sekian saja nak coret pasal bab tingkah laku ni. Sebab hari ni saja saya handle kes tingkahlaku dari pagi sampai petang. Pagi kes tingkah laku disebabkan masalah sensory processing disorder seperti di bawah.
Petangnya masalah manipulative behavior. Apa ingat saya buat semua ni tanpa ilmu dan pembacaan? Teori banyak. Antara rajin dan tidak untuk mencari dan apply saja. Trial and error work d best.
Sumber/Foto : Liyana Raya