Mak Ayah Tak Lahirkan Anak Perempuan Untuk Diseksa Fizikal Dan Jiwa

Kasihan bila baca kisah anak perempuan mahupun isteri yang diseksa, dipukul hanya disebabkan sifat baran yang ada dalam diri seorang lelaki. Tanpa belas, sesuka hati mendera emosi dan fizikal insan yang pernah mereka sayang.

Bila mana ada kes-kes pukul isterilah, pukul tunanglah tentulah hati seorang wanita akan sama terjentik. Merasai sakitnya dibuli, didera macam lah wanita yang dikasihi itu tak ada harga diri.

Banyak benarnya apa yang dikongsikan Puan Marliya Ramli ini. Para suami atau bakal suami, kena hadamkan betul-betul bab yang satu ini. Mak ayah kita tak lahirkan anak perempuannya untuk diseksa fizikal malahan jiwa dan raganya.

Kifarah : Andai Si Dia Naik Tangan, Jangan Bertahan Diseksa

1 – Tak kira atas sebab apa. Kalau tangan naik ke muka sebelum kawen segera tinggalkan saja. Jangan bertahan kerana wanita bukan alat permainan.

2 – Fitrah arjuna adalah memimpin dan melindungi. Jika dia pukul dan gemar menyeksa, jangan setia kerana cinta.

IKLAN

3 – Hidup bukan soal cinta semata-mata. Ada elemen lain dalam rumahtangga. Pada hari dia berkasar, dia bukan lagi pelindung yang wajar.

4 – Tak kira arjuna itu hensem, kaya atau femes gila. Ingat fakta bahawa pembuli wanita akhirnya bakal mencipta kecewa. Jaga-jaga jangan bertahan dengan sia-sia. #apeni

5 – Awasi di awal kenal. Ada juga spesis tak guna tangan tapi gemar membuli emosi. Kasarnya bukan pada fizikal tapi kata-kata lidahnya. Jangan tunggu. Lari jauh-jauh tinggalkan saja.

IKLAN

6 – Memanglah kita tidak layak bersuamikan sehebat khalifah agama. Tapi… Usah bersuamikan arjuna yang kasar mengheret seksa seperti neraka.

7 – Rekodkan setiap pergaduhan berserta tarikh dan bukti. Segera buat laporan. Negara ada undang-undang. Pastikan seseorang yang terdekat tahu apa yang berlaku.

8 – Berhati-hati kawan. Ibu bapa tak lahirkan kita untuk diseksa hati dan jiwa. Arjuna yang buli wanita tidak sepatutnya memiliki sesiapa.

IKLAN

9 – Hentikan berkasar, membuli emosi dan juga fizikal wanita. Kita ada ibu, kakak dan adik perempuan. Pada saat kita melukakan anak gadis orang, KIFARAH mungkin berulang.

Salam sayang

Sumber/Foto : Marliya Ramli

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI