Mak Ayah Tahun Satu Jangan Risau, Guru Kelas Akan Hubungi Sebelum Sesi Persekolahan

Share

Kegembiraan pelajar tahun satu bagi 2021 tergugat apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri diumumkan.

Persekolahan yang sepatutnya dijadualkan bermula di sekolah pada 20 Januari akhirnya bertukar kepada pengajaran dan pembelajaran di rumah sahaja (PdPR).

Manusia hanya merancang, selebihnya Allah yang menentukan apabila berlaku peningkatan kes Covid-19 yang begitu mendadak. Sekaligus langkah ini dirasakan langkah yang terbaik untuk keselamatan bersama.

Buat mak ayah tahun satu jangan risau, guru kelas akan hubungi anda sebelum sesi persekolahan bermula. Biarpun kelas bermula di rumah sahaja secara online, semoga segalanya berjalan lancer. Insyallah.

Mak Ayah Tahun Satu Jangan Risau

Ibu bapa murid tahun satu sesi 2021 akan dihubungi oleh guru kelas masing-masing sebelum sesi persekolahan bermula 20 Januari ini.

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin berkata, walaupun tidak bersemuka di sekolah, guru kelas bertanggungjawab menyelia dan berhubung dengan ibu bapa bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Baca Juga Di sini:

Bila Anak Sekolah Tahun Satu, Perkara Ini Yang Mak-mak Akan Telan

Ada Sebab Saintifik Perlu Bawa ANAK BERCUTI, Walaupun Hanya SETAHUN SEKALI

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Guru Kelas Akan Hubungi Sebelum Sesi Persekolahan

“Kita mempunyai senarai semua murid tahun satu yang akan masuk ke sekolah dan akan ditempatkan di mana.

“Guru terbabit akan berhubung dengan ibu bapa untuk memaklumkan mengenai kelas anak masing-masing sekaligus membolehkan PdPR dilakukan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu mengenai isu buku teks, beliau berkata, proses pemulangan dan pengambilannya akan dimaklumkan oleh pihak sekolah dalam masa terdekat.

“Kita sedar penggunaan buku teks adalah penting untuk pembelajaran di rumah jadi pihak sekolah akan maklumkan,”

katanya.

MW: Harapnya anak-anak mak,ayah dapat ke sekolah secepat mungkin dan mengikuti pembelajaran secara normal seperti mana sebelum ini. Belajar di rumah sesungguhnya bukan hanya menuntut pengorbanan guru, malahan mak ayah serta anak.

Sumber: myMetro

Published by
Nur Syazwani Mehat