Mak Ayah Suka Bertengkar Depan Anak, Bila Besar Anak Cenderung Pemarah!

Mak ayah sila ingat satu perkara. Anak-anak terutama yang masih kecil, akan mudah ‘menyerap’ perbuatan orang di sekeliling terutama mak ayah dan ahli keluarga. Contoh mudah, kalau nak anak rajin mengaji al-Quran, mak ayah pun kenalah sering mengaji di rumah. Begitu juga sikap negatif.

Mak Ayah Suka Bertengkar Depan Anak, Bila Besar Anak Cenderung Pemarah!

 Mak Ayah Jadi Idola Anak

Sedar atau pun tidak, anak-anak sering kali menjadikan mak ayah idola mereka saat mereka membesar. Tak hairanlah bila dengar kata-kata seperti; “saya nak jadi bomba macam abah saya bila besar nanti”. Sebabnya anak akan melihat mak ayah sebagai insan hebat dalam hidup mereka. Jadi mak ayah, sila jaga kelakuan anda terutama bila berdepan dengan anak-anak ye.

Baca lagi di sini:

Mak Mentua Boleh Caring Tentang Anak Lelakinya, TAPI Jangan Ambil Tanggungjawab Isteri!

IKLAN

https://www.instagram.com/mingguanwanita/P

Apa Juga Masalah Mak Ayah, Jangan Tunjuk Anak

Adatlah dalam rumah tangga bila suami isteri bergaduh. TAPI tolong jangan di depan anak-anak. SANGAT DILARANG menggunakan kata-kata kesat bila bertengkar. Hati tengah hot, kadangkala mak ayah ‘terlupa’ nak jaga tutur kata.

Kesannya, ia boleh memudaratkan kesihatan mental anak-anak.  Mungkin bagi anak kata-kata itu ‘okay’ dan tak salah untuk dia tuturkan. Sebab itu, bila dengar gaya anak bercakap pun, boleh gambarkan macam mana orang tua mereka berkomunikasi dengan mereka. Anak memang jenis cepat meniru.

Seeloknya, apa juga masalah suami isteri, jangan tunjuk depan anak. Kalau rasa tak tahan sangat nak luahkan rasa marah, masuk bilik dan kunci. Atau masuk kereta, bertengkarlah dalam kereta puas-puas. Tapi sekali lagi, tolong jangan di depan anak-anak.

Terpengaruh Silap Mak Ayah

Begitu juga dengan kelakuan agresif seperti sifat baran. Anak-anak boleh terpengaruh dengan sikap itu bila asyik dipaparkan di depan matanya saban hari. Silap sikit, pecahkan barang, suami tengking isteri,  mengeluarkan kata-kata kesat dan sebagainya.

Apa juga sikap negatif orang tua, anak-anak tonton dan dengar sejak kecil, akan memberi kesan dan terpahat di ingatannya. Ingatan buruk ini sering kali memengaruhi perkembangan mental si anak nanti. Takut nanti mereka membesar menjadi baran dan pemarah!

Selain itu, anak-anak bergantung kepada orang tua untuk mendapatkan rasa nyaman dan aman. Jika sering melihat orang tuanya bertengkar, anak-anak mungkin akan rasa tak selamat dan takut. Ia boleh menjejaskan emosi si anak. Mereka akan memendam rasa tak puas hati itu dalam diri dan membesar dengan perasaan itu. Bahaya tau!

Jadi, jangan pandang mudah. Kalau nak bertengkar, TOLONG JAUH daripada anak-anak ye…

Antara Kesannya Pada Anak:

  1. Anak rasa stres dengan suasana di rumah yang tak harmoni.
  2. Anak sengaja buat perangai sebab inginkan perhatian.
  3. Sukar berkomunikasi dengan orang lain, mungkin rasa malu sekiranya orang tahu keadaan keluarganya.