Mak Ayah Sila Contohi Kesabaran Chef Wan Jaga Ibunya, Cik Ani Yang Dah Lanjut Usia

Share

Betapa tinggi sekalipun kedudukan seorang anak di mata dunia, anak yang hebat dan baik takkan sekalipun melupakan jasa orang tuanya. Inilah yang dilakukan oleh chef bertaraf antarabangsa, Chef Wan dalam melayani ibunya, Cik Ani yang semakin lanjut usia.

Walau kejayaan Chef Wan tinggi melangit, hatinya sentiasa runduk ke bumi apabila perlu melunaskan amanah menjaga ibunya, Cik Ani. Kadangkala geli hati juga lihat gelagat, Chef Wan dan ibunya ini. Namun, di sebalik rasa yang mencuit perasaan itu, ada banyak ciri-ciri baik yang patut anak-anak lain contohi.

Cik Ani Sakit Kaki..

Kisahnya bermula apabila ibunya tiba-tiba tertidur tanpa sedar di atas kerusi. “Ya Allah baru saja saya turun bersiap nak pi supermarket nak bawa Cik Ani, she has gone to planet Mars and Jupiter

!”

Siap lagi kaki naik ke atas which i have never seen this happened before. She said sakit kaki so she raised her leg up sekejap and suddenly went to Lala Land la pulak.”

Benarlah seperti apa yang dikatakan Chef Wan, dalam usia melepasi 80 tahun, sesetengah individu akan melalui satu tahap kembali ke alam kanak-kanaknya. Dan apabila ini berlaku, anak-anak kenalah tetap jaga ibu dengan kasih sayang.

At 87 yrs old they all will get back to their baby like stage. I can see how all this behaviour begin to developed and take its stage.”

“A lot of children who took care of their old parent i have seen myself sangat kasar behaviour mereka kepada kedua ibu bapa mereka. Some of their own siblings datang tengok emak or nenek 2 mereka pun tidak langsung.”

Yang menjaga pun ada yang tidak ikhlas macam terpaksa saja. Dan rasa kedatangan ibu bapa mereka yang sakit ini macam menyusahkan hidup mereka mahu pun anak-anak. Apa tah lagi menantu masing-masing

.”

Sebenarnya Allah Beri Peluang Pahala Untuk Ke Syurga

Kasihan Allah memberi kita peluang pahala untuk ke syurga dengan mudah kita tolak kerana sifat-sifat masing-masing yang mementingkan diri sendiri.

Macam mana ibu dan bapa kita ini sabar menjaga kita semasa kecil penuh kasih sayang, macam tu lah juga nanti Allah akan kembalikan ibu bapa kita itu kepada kita di hari tua at that same stage too.

Sebab itulah Chef Wan sentiasa meletakkan hatinya agar sabar melayan kerenah ibu. Dekati ibu dengan perbualan humor yang membuatkan sentiasa gembira dan bahagia.

“I always tell myself to try to be very patience with my mother. Joke with her to make her laugh and stay happy and comfortable. Her days are numbered. If there anything i feel so blessed that she is still with me and Allah is challenging me and testing me everyday. Sabar Wan…sabar Wan suara di belakang telinga saya ini membisik kepada saya.”

Begitu lah betapa seorang anak begitu cepat melupakan jasa-jasa seorang ibu mahu pun cucu-cucu ke atas seorang nenek mereka.

Jangan Sampai Menyesal Meratapi Sekujur Tubuh Yang Dah Pergi

Ohhh i see this even within my own family circle pun

.”

Esok bila terkujur jenazah my mother ini yang pasti ramai akan menyesal dan meratapi her departure pun. Masa ini its too late untuk menitis air mata itu semua pun.

“As for me even as sad as i can be at least deep in my heart saya senyum dan redha kerana sepanjang ibu masih hidup saya sudah puas berbakti kepadanya.”

I am sure Allah juga tahu dan akan gambar kan semula all the wonderful things and times i had with my mothers while others will be haunted by seribu satu kesalan pun.”

By that time its too late as it has become a thing of a past!

Sumber/Foto : Instagram Chef Wan

Published by
Netty Ah Hiyer