Kebanyakan orang fikir dalam pengasuhan anak perkara yang perlu dititik beratkan adalah, memandikan bayi, memberi susu dan menidurkan. Sebenarnya perkembangan bayi perlu dirangsang dengan permainan atau aktiviti yang betul agar menghasilkan bayi yang positif dan tenang.
Justeru, mak ayah mahupun pengasuh bayi perlu menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik untuk bayi mereka. Pakar Pengajar Persijilan Kemahiran Malaysia, Penjagaan & Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Norazura Ismail berkongsi beberapa aktiviti yang mak ayah boleh jalankan bersama bayinya semasa di rumah ataupun di TASKA.
Aktiviti rangsangan ini perlu dilakukan mengikut perkembangan usia bayi itu sendiri. Dibahagikan mengikut perkembangan usia bayi
√ Merenyuk kertas atau plastik/kertas
√ Beri main lembut@soft toys yang mempunyai bunyi yang boleh dipegang oleh bayi.
√ Dengarkan muzik atau nyanyian kepada bayi (rhymes)
√ Letak bayi di depan cermin yang besar
√ Berbual mesra dengan bayi
√ Letakkan pelbagai mainan lembut di hadapan bayi supaya bayi boleh pegang, rasa dan capai.
√ Buat sesuatu sebagai galakan untuk bayi meniarap. Anda boleh gunakan bahan yang menarik sebagai dorongan kepada bayi.
√ Baringkan bayi, Kemudian pegang tangan bayi. Perlahan-lahan tarik tangan bayi dari keadaan baring kepada duduk sambil mengacah bayi. lakukan berulang kali. jangan lupa, mesti ada komunikasi dengan bayi anda.
√ Tunjukkan kepada bayi gambar objek yang besar dan berwarna warni. Misalnya, tunjukkan gambar binatang. Sambil tunjukkan gambar, beritahu bayi tentang gambar tersebut. lakukan aktiviti ini berulang.
√ Letak sesuatu objek di hadapan bayi. beri galakan supaya bayi merangkak ke hadapan untuk mencapai objek tersebut.
√ Beri peluang kepada bayi yang baru hendak belajar duduk, bersandar pada anda atau pada bantal. Bercakap-cakaplah dengan bayi.
√ Main ‘genggam-gami” (Genggam dan buka jari berulang kali) atau main ‘cak ba’ dengan bayi.
√ Mari bawa bayi bersiar-siar di halaman rumah atau taman mini di TASKA.
√ Beri bayi mainan yang mudah dibasuh. Bayi memang suka memasukkan mainan ke dalam mulut untuk meneroka. Oleh itu, pastikan mainan di basuh dan mempunyai ciri-ciri yang selamat.
√ Beri bayi pelbagai mainan yang berlainan untuk dirasa, disentuh , dipegang atau disusun.
√ Dengarkan muzik yang ceria dan rancak.
√ Beri buku-buku bergambar yang berwarna warni.
√ Berbual dan bercakap dengan bayi menggunakan bahasa yang betul.
√ Beri bayi mainan pelbagai yang boleh diketuk, dibaling, dipicit dan sebagainya.
√ Sediakan persekitaran yang bersih dan selamat untuk bayi merangkak, menjulur dan duduk.
√ Letakkan pelbagai jens bahan permainan yang bersih dan selamat di persekitaran tadi.
√ Sediakan objek yang kecil yang boleh dikutip atau dikumpul oleh bayi.
√ Biar bayi mendengar namanya dipanggil berulang kali.
√ Menyanyi bersama dengan bayi.
√ Sediakan alat sokongan seperti kerusi untuk bayi cuba belajar berdiri.
√ Menyanyi dan membuat pergerakan bersama bayi.
√ Bawa bayi bermain bersama-sama bayi lain yang hampir sebaya.
√ Bawa bayi belajar berjalan dengan memegang kedua-dua tangannya.
√ Beri bayi peluang untuk cuba menyuap sendiri makanan ke mulutnya.
√ Galakkan bayi berjalan atau berlari di persekitaran yang selamat.
√ Beri bayi main dengan bola yang boleh dikutip dan dibaling.
√ Bawa bayi berjalam-jalan sambil melihat keindahan alam.
√ Selain menjalankan pelbagai aktiviti untuk bayi, asuhan dan jagaan yang baik dan sempurna turut membantu perkembangan bayi yang positif.
Sumber/Foto: Blog Pn Norazura Ismail