
Mak Ayah Perlu Berpendirian
Biarlah Anak Jadi Rakyat Yang Taat
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Harta Sepencarian Boleh Dituntut Dalam 3 Keadaan Ini, Begini Caranya

Isi Kandungan
TogglePeguam Syarie, Roslina Sabiyah & Co berkongsi info untuk para isteri hadamkan kemas-kemas. Cara menuntut harta sepencarian apabila berdepan dengan tiga situasi ini dalam rumah tangga.
Iaitu, akibat penceraian, berpoligami dan apabila berlakunya kematian. Setiap situasi ini berbeza prosesnya. Panduan ini mudah untuk para isteri ambil tahu dan simpan dalam nota kalian.
Harta Sepencarian (HS), Tuntut Dalam 3 Keadaan Ini
Proses ini boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja. Boleh dituntut dalam 3 keadaan. Setiap keadaan prosesnya berbeza. Ok saya cuba terangkan secara paling ringkas :
Pertama : Harta Sepencarian yang dituntut akibat perceraian
- pihak yang akan jadi plaintif dan defendan adalah pasangan suami isteri yang bercerai sahaja tanpa melibatkan orang lain.
- jika terbukti memang harta tersebut diperolehi dalam tempoh perkahwinan, harta tersebut memang boleh diisytihar sebagai HS.
- isu yang timbul hanyalah melibatkan berapa bahagian setiap orang akan dapat. Contohnya, jika ada bukti sumbangan akan dapat 50%, jika tiada bukti sumbangan (surirumah/sumbangan tak langsung) akan dapat juga 30%. Portion HS tu Mahkamah yang akan tentukan selepas mendengar keterangan kedua-dua belah pihak.
- kalau terbukti, harta tu diperolehi sebelum perkahwinan dan tiada bukti sumbangan untuk mengembangkan harta tersebut oleh pasangan yang menuntut, maka pasangan tersebut tidak berhak ke atas harta sepencarian tersebut.
Kedua : Harta Sepencarian yang dituntut akibat poligami
- biasanya yang tuntut HS adalah isteri pertama dan suami akan jadi defendan.
- boleh dituntut semasa suami failkan permohonan poligami di mahkamah ataupun pada bila-bila masa sahaja selepas isteri pertama mengetahui yang suaminya berkahwin poligami.
- hanya boleh tuntut terhadap harta yang diperolehi semasa dalam tempoh perkahwinan dengan isteri pertama tersebut.
- Mahkamah akan tentukan portion HS berdasarkan keterangan dan bukti-bukti oleh kedua-kedua belah pihak
Ketiga : HS yang dituntut akibat kematian
- proses ini yang paling rumit sekali.
- hanya pasangan kepada si mati sahaja yang boleh menuntut (anak, ibubapa, adik-beradik kepada si mati tak boleh tuntut harta sepencarian).
- balu tersebut perlu memohon sijil faraid di mahkamah syariah terlebih dahulu untuk memastikan siapa waris-waris si mati kerana harta tersebut dah jadi harta pusaka.
- balu si mati akan jadi plaintif dan semua waris-waris faraid si mati akan dinamakan sebagai defendan.
- permohonan faraid dan harta sepencarian tersebut perlu diserahkan kepada semua waris-waris si mati supaya proses permohonan pusaka akan jadi telus dan waris-waris maklum dengan permohonan tersebut.
- waris-waris dipanggil ke mahkamah bukannya untuk dapatkan kebenaran mereka sebab balu tu memang akan dapat juga hak ke atas harta sepencarian tu melainkan prosedur tersebut hanyalah untuk memaklumkan kepada waris-waris supaya tidak timbul isu di kemudian hari.
- jadi jangan pelik jika ada balu yang saman mak ayah mertua atau adik-beradik si mati di mahkamah. Itu hanyalah prosedur biasa dalam permohonan faraid dan harta sepencarian selepas kematian.
- Biasanya balu boleh dapat portion 50% daripada harta yang dituntut dan baki 50% lagi barulah akan difaraid kepada semua waris-waris si mati termasuklah balu tu pun akan dapat bahagian faraidnya juga.
Salah faham tentang permohonan faraid dan harta sepencarian :
1) Faraid tak akan dapat secara automatik. Perlu dapatkan pengesahan waris-waris dari Mahkamah Syariah supaya tidak ada waris-waris yang sepatutnya berhak tetapi ditinggalkan. Memang banyak berlaku penyembunyian waris. Kalau ada unsur penipuan, sijil faraid tersebut boleh dimohon untuk dibatalkan.
2) Begitu juga harta sepencarian tidak akan dapat secara automatik. KECUALI, jika pembahagian harta pusaka adalah secara muafakat. Waris-waris setuju nak tolak bahagian harta sepencarian dulu kepada balu maka tak perlulah sampai kena mohon ke mahkamah. Tapi kalau ada pertikaian dan tak ada persetujuan, balu tersebut perlu failkan permohonan untuk dapatkan PERINTAH mahkamah terhadap bahagian harta sepencarian.

Kontroversi dan pertelingkahan boleh dielakkan dengan adanya ilmu. Biar tahu jangan keliru.
Semoga bermanfaat.
Sumber/Foto : Roslina Sabiyah & Co
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Jadi ‘BLUR’ Di Mahkamah Bila Hakim Tanya ‘Apa Puan Nak?’

Isi Kandungan
ToggleSekarang ini, mana-mana suami yang hendak berpoligami, perlu libatkan sekali isteri pertama hadir di mahkamah untuk prosiding kebenaran.
Peruntukan macam ini seharusnya memberi kelebihan kepada isteri pertama untuk dapatkan haknya di depan hakim sebelum kelulusan berpoligami.
Namun, tak semua isteri tahu akan haknya dan menuntutnya ketika berhadapan dengan hakim di mahkamah. Kongsi Peguam Syarie, Perunding Keluarga, Pusaka, Hibah & Wasiat, Khairul Fahmi Ramli ada isteri yang jadi ‘blur’ langsung tidak tahu mahu menuntut haknya. Malah, mengikut saja apa yang suami mahu beristeri lagi itu arahkan.
Hadamkan perkongsian ini, semoga lebih ramai isteri pertama tahu akan hak yang boleh mereka tuntut di hadapan hakim apabila suami mahu berpoligami.
Baca : ‘Isteri Pun Perlu Hadir Ke Mahkamah..’ Peruntukan Baru Dalam Permohonan Poligami Suami
Isteri ‘blur’ di Mahkamah bila Hakim tanya ‘Apa puan nak?’
Minggu lepas, saya menghadiri satu kes di Mahkamah Tinggi Syariah. Saya tak mahu sebut dimana. Tapi, saya nak kongsi kisah yang saya terpaksa lihat dan dengar dari tepi sahaja, sebab bukan kes klien saya.
Ada satu pasangan suami isteri yang dipanggil dihadapan Hakim. Kes Permohonan Poligami yang difailkan oleh suaminya.
Waktu kes mereka dipanggil oleh pembantu Hakim, saya berada di tepi. Di meja Peguam Syarie. Kes mereka tidak diwakil oleh mana-mana pihak.
Yang jadikan saya stress kat tepi tu adalah, keadaan wanita yang saya rasa isteri pertama lelaki tersebut, macam tak tahu apa-apa bila dihadapan Hakim.
Saya tahu, dia mungkin setuju untuk benarkan suaminya berpoligami. Dan saya pun tak kisah bab tu. Saya suka kalau laki yang nak poligami buat cara betul.
Yang saya tak suka dan kesian adalah, wanita yang pergi ke Mahkamah tapi dia macam ‘blur’ dan tak tahu nak mintak apa haknya.
Hakim pun siap bagi ‘hint’ lagi, ‘Puan tak nak declare apa-apa ke macam rumah puan sekarang?’
‘Takpalah tuan, dia dah sedia rumah kat saya’. Haihhhhh. Saya kat tepi masa tu, perati jer suaminya senyum lebar. Hakim pun tanya kalau-kalau suami pesan jangan cakap apa-apa depan Hakim.
Sengih-sengih ja puan ni.
Aduhai.
Saya kat tepi tu, berbulu ja tengok. ‘Kenapalah puan ni tak follow saya’, ujar saya dalam hati.
Apa yang perlu isteri buat bila terima permohonan poligami?
Kalau anda mungkin marah itu biasa. Kalau anda mungkin setuju dan tak marah pun itu biasa. Tapi, tolong jangan tak pergi ke Mahkamah bila dipanggil.
Bila dihadapan Hakim, Hakim hanya nak tahu, jika anda setuju poligami ini, apa hak yang anda nak direkodkan. Ini kuasa Hakim. Mintak direkodkan Nafkah Diri anda ikut keperluan yang anda perlu.
Kedua, mintak direkodkan Nafkah Anak untuk anak-anak anda. Rekod ikut keperluan, bukan ikut ala kadar. Kalau Nafkah Anak dan Nafkah Isteri pun suami takat nak bagi ala kadar, baik tak payah la poligami.
Apa yang paling penting untuk rekod lagi?
Pada saya yang paling penting adalah rekodkan tentang Harta Sepencarian. Anda kena tahu, kes Harta Sepencarian adalah kes yang rumit di Mahkamah jika satu pasangan bercerai dan nak buat tuntutan tersebut.
Biasanya perbicaraan kes Harta Sepencarian ini makan tahun dan perlukan segala macam bukti untuk perbicaraan. Tapi, bagi isteri yang dapat Tuntutan Poligami, anda diberi keistimewaan untuk mintak Hakim ‘declare’ sebagai perintah, apa sahaja Harta yang suami anda ada sekarang sebagai Harta Sepencarian tanpa perlu bicara.
Bahkan, anda boleh mintak diisytiharkan ‘1/2’ atau separuh bahagian milik anda walaupun suami yang beli 100%. Orang lain nak dapat 1/3 bahagian pun sukar jika bicara kes Harta Sepencarian.
Kenapa penting rekod Harta Sepencarian ini?
Sebagai isteri, anda kena tahu, meskipun suami beli 100% rumah dan sediakan untuk anda, mungkin benar itu adalah Harta Sepencarian. Tapi, jika tidak ada Perintah, andai berlaku kematian suami, Rumah itu tetap dikira pusaka dan perlu dibahagi secara Faraid.
Melainkan anda dapat Perintah Harta sepencarian. Nak dapat perintah 1/2 bahagian, anda perlu ada bukti yang anda juga ada sumbangan langsung terhadap pembelian rumah tersebut.
Apa jadi kalau suami mati, dan tak rekod Harta Sepencarian?
Rumah dan segala harta itu akan dibahagi secara Faraid. Kalau anda ada anak, bahagian faraid anda adalah 1/8. Namun, jika suami anda berpoligami, mungkin dua isteri, bahagian anda akan jadi 1/16.
Itu belum kira jika suami ada 3 atau 4 isteri. Lagi kecil bahagian pusaka anda. Dan tak semena-mena, anda terpaksa naik turun Mahkamah hanya untuk ‘declare’ Harta Sepencarian dan berlawan dengan semua ahli waris.

Itu kalau mati. Kalau anda diceraikan sewaktu hidup, selepas cerai anda nak kena lantik peguam bagi failkan Harta Sepencarian. Itu pun jika Harta itu masih ada. Kalau rumah sudah dijual sebelum cerai, jenuhlah anda naik turun Mahkamah.
Kalau Tuan Fahmi di tempat isteri, apa yang tuan akan buat?
Jangan tak pergi langsung. Lagi rugi. Suami boleh ‘kuak bebas’ depan Hakim. Kalau saya kat tempat isteri pertama tu, saya mungkin tak marah kalau suami saya mampu dan berkemampuan untuk poligami.
Tapi, saya akan mintak rekod Nafkah diri sebagai isteri RM1000 sebulan at least, Nafkah Anak seorang RM600 at least seorang setiap bulan, RM300 untuk baju raya dan RM400 untuk perbelanjaan awal persekolahan.
Harta Sepencarian confirm, semua harta yang suami beli, saya nak mintak Mahkamah ‘declare’ 1/2. Kalau ada yang saya keluarkan duit lebih, saya nak mintak 2/3 bahagian.
Lagi satu, saya nak mintak suami sediakan Hibah Takaful RM1 juta sebagai simpanan dan tinggalan jika berlaku kematian. At least, hak saya selamat selepas kematian suami. Dan bolehlah saya nak survive dengan baik dan selamatkan Harta pusaka arwah.
Kesimpulan,
Saya sangat berharap, perkongsian saya ini sampai kepada lebih ramai wanita. Jangan pergi ke Mahkamah dalam keadaan yang anda tak tahu apa-apa.
Rugi. Tersangat rugi.
p/s : Ada ke isteri-isteri diluar sana yang suaminya belum sediakan Hibah Takaful kepada dia? Rugi. Anda tak nampak kenapa pentingnya kena ada Hibah Takaful ni macam mana saya nampak.
Tugas saya hanya bagi anda faham. Selebihnya, tindakan anda.
Sumber/Foto : Fahmi Ramli, Peguam Syarie & AIA Life Planner
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kasihnya Seorang Ibu, Sanggup Belajar Memandu Demi Sekolahkan Anak OKU

Dilahirkan normal seperti bayi-bayi lain, sekali pandang tiada cacat cela pada fizikal Abdul Fattaah Abdul Ghulam, 29 yang berasal dari Klang, Selangor ini. Namun ketika usia lima bulan, ibu dan ayahnya merasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena pada anak kelima mereka. Fatah dirujuk kepada doktor pakar untuk mengetahui tahap pendengarannya dan ternyata ada sesuatu kelainan yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar pada fizikalnya. Ketika itulah, Fatah disahkan oleh doktor sebagai OKU pendengaran.
Fatah membesar seperti kanak-kanak normal yang lain, malah sejak umurnya tiga tahun dia diberikan pendedahan tentang dunia luar oleh ibunya. Walaupun terpaksa memandu jauh untuk memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada Fatah, itu semua bukan satu halangan untuk ibunya memberikan yang terbaik buat anak tersayang.

“Sejak berusia lima bulan saya disahkan oleh doktor yang saya adalah OKU pendengaran. Alhamdullilah ibu dan ayah adalah orang yang banyak membantu saya menjadi seperti hari ini. Saya masih ingat lagi emak terpaksa belajar memandu untuk membawa saya ke sekolah yang terletak di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Ketika itu kami sekeluarga tinggal di Klang. Memang besar pengorbanannya. Setiap hari mak terpaksa berulang alik tanpa jemu sebab mak tidak mahu saya ketinggalan dalam pelajaran. Mak memang nak saya dapat pendidikan yang sewajarnya walaupun saya tidak dapat mendengar seperti kanak-kanak lain.
“Keluarga saya dahulu berpindah randah kerana ayah sering tukar tempat kerja. Jadi saya memang belajar di banyak sekolah. Walaupun kerap berpindah, mak tetap berusaha mencari sekolah yang sesuai untuk pastikan saya dapat belajar. Syukur berkat usaha mak yang tak pernah putus asa, saya berjaya memperolehi segulung diploma Seni Lukis Batik. Institusi pendidikan tertinggi yang pernah saya ikuti ialah Politeknik dan Institut Kraf Negara,” cerita Fatah memulakan bicara.
Lakukan Pelbagai Pekerjaan
Kekurangan yang ada pada diri tidak pernah dijadikan alasan untuk terus bermurung dan mengenang nasib yang tidak sama seperti insan lain. Bahkan dengan kekurangan itulah menjadi pemangkin semangat untuk dia terus berusaha memajukan hidup meski diri tidak sesempurna orang lain. Pelbagai pekerjaan pernah dilakukan Fatah untuk mendapatkan rezeki yang halal bagi meneruskan kehidupan. Fatah yang merupakan jurugambar bebas, turut aktif sebagai tenaga pengajar bebas untuk pendidikan seni lukisan terutama lukisan komik di sekolah-sekolah sekitar Lembah Klang. Rajinnya Fatah, jika ada kelapangan, dia turut menjadi pemandu Grab Car bagi menambah pendapatan keluarga kecilnya.
“Saya bekerja di Akademik Saiful Nang sebagai tenaga pengajar tahun 2015 hingga kini. Sambil bekerja, saya mengambil peluang untuk belajar seni Fotografi. Sekarang saya bekerja sebagai juru foto bebas secara sambilan. Selain itu saya juga bekerja sebagai pengajar bebas dalam seni lukisan terutama lukisan komik. Saya pernah dipanggil untuk memberikan kursus lukisan dan komik kepada murid-murid Masalah Pendengaran seramai 20 orang di SK Presint 9, Putrajaya suatu masa dahulu.
“Sekarang saya masih mengajar di Akademi Saiful Nang pada hari Sabtu atau bila-bila masa dipanggil. Di samping itu, saya juga bergerak bebas sebagai seorang juru foto perkahwinan dan majlis jika diperlukan. Pada hari biasa, saya turut bekerja sebagai pemandu Grab untuk menambah pendapatan keluarga,” ujar Fatah yang pernah muncul di kaca televisyen tempatan untuk berkongsi pengalaman sebagai Pemandu GrabPekak.

Tahun 2015 juga Fatah telah menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan hati yang juga merupakan OKU pendengaran. Hasil perkongsian hidup bersama, Fatah dan isterinya, Raja Quratul Ainn Raja Mohd Shah, 28 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia dua tahun.
“Saya telah berkahwin pada tahun 2015. Isteri saya juga seorang OKU pendengaran. Kami telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki berusia 2 tahun dan diberi nama Abdul Qayyum Wafiy. Alhamdulillah, anak saya tidak mewarisi kekurangan seperti saya dan isteri, anak saya normal seperti kanak-kanak lain,” ujarnya penuh kesyukuran.
Keluarga Pendorong Utama
Dalam kejayaan setiap individu, orang terdekat sememangnya memainkan peranan yang besar. Dalam hal Fatah, emak, ayah dan isteri adalah orang terpenting selain ahli keluarga lain yang banyak memberi sokongan dan dorongan untuk dia terus berjaya dalam kehidupan.

“Emak dan ayah tentunya penggerak dan inspirasi untuk saya berjaya dalam hidup. Mereka sangat menitik beratkan tentang pendidikan. Mereka selalu berdoa untuk kejayaan saya. Adik-beradik juga sangat mengambil berat dan memberi sepenuh sokongan. Selepas berkahwin, isteri banyak membantu dalam kerjaya saya pada hari ini.” katanya lagi.
Minat Bidang Seni Lukisan
Sejak kecil Fatah memang sudah menunjukkan minat dalam seni lukisan dan berbakat dalam ilustrasi komik. Bermula dengan menconteng dinding, sedikit demi sedikit Fatah mengasah bakatnya dengan bantuan daripada kakak tersayang.

“Sejak kecil saya suka lukis komik. Kakak saya dulu selalu beli komik. Pada mulanya suka conteng dinding tapi kakak ambil tangan saya dan letak atas kertas. Walaupun saya tak pandai membaca lagi ketika itu, tapi kerana nak tahu apa maksud ayat dari komik tersebut, saya mula rajin belajar untuk kenal huruf. Sejak dah pandai membaca dan faham cerita dari komik yang dibaca, saya dah tak conteng dinding lagi. Saya akan cari kertas dan lukis apa yang ingin saya luahkan atas kertas lukisan,” ceritanya tentang minat dalam bidang seni lukisan komik.
Ingin terus menimba ilmu dalam bidang fotografi yang juga menjadi minatnya, antara aktiviti masa lapang Fatah adalah mengajak isteri, anak dan rakan-rakan terdekat untuk terus berkarya dalam bergambar. Menurutnya dia sering dibantu oleh isteri dan rakannya untuk menjadi model bagi setiap sesi fotografi yang diadakan. Cintanya dalam bidang ini membuatkan Fatah turut menyimpan impian untuk membuka studio atau syarikat fotografinya sendiri suatu hari nanti.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI