Mak Ayah Nak ‘Meluah’ Dalam Grup WhatsApp Sekolah Anak, Fahamkan Cara Dan Adabnya!

Share

Cuba belek handphone mak ayah, dalam banyak-banyak grup whatsapp mesti ada terselit satu dua grup whatsapp dengan cikgu atau sekolah anak-anak. itu medan cikgu berkongsi maklumat tentang aktiviti sekolah, pembelajaran atau hal-hal berbangkit yang cikgu risau maklumat tak sampai dekat mak ayah.

Bilangan ahli bukan sedikit, jika anak muridnya 40 orang, itulah jumlah mak ayah yang ada dalam grup itu. Kadang lebih pun. Macam-macam kisah boleh jadi dalam grup whatsapp ni.

Cerita tak puas hati pasal cikgu atau sekolah pun boleh diluahkan secara terbuka dalam grup. Belum hal anak bercuti, barang anak hilang yang mak ayah mahu adukan pada guru. Dalam hal ini ada adab dan aturannya. Fahamkan perkongsian Dr Sakinah Sulong

ini.

Grup WhatsApp Cikgu- Parents

(POSTING KHAS UNTUK IBUBAPA)

Pagi-pagi dah check whatsapp, setelah handphone charged semalaman. Berdesup messages, macam-macam hal dan isu ada. Kena scroll cari yang paling penting untuk dijawab. Memang trend sekarang pakai whatsapp nak komunikasi hal-hal kerja mahupun urusan famili.

Tapi I need to talk about whatsapp sekolah anak.
Sesiapa yg ada anak sekolah, hatta tadika akan ada group whatsapp.
Satu anak, sekurang-kurangnya satu group whatsapp.
Belum campur group PIBG or ko kurikulum or group sekolah agama lagi tu.

Terfikir jugak, kalau mak saya dulu, who was a teacher dgn 14 anak, jenuh rasanya kalau whatsapp wujud zaman tu! ??????????????

Sure tak sempat nak blue tick ?

Apa yang saya nampak memang ada kebaikan ada group sebegini. Sekurang-kurangnya ibubapa dan guru boleh brkomunikasi tanpa bertemu muka. Sebarang maklumat pun boleh disampaikan dengan segera seperti jadual cuti, yuran sekolah atau sebarang pengumuman mengejut dari pihak sekolah.

Tapi,

Tapi..nampaknya ibubapa pun suka juga buat pengumuman mengejut. Pagi-pagi mesti ada mesej yang inform anak tak datang sekolah. Memanglah cikgu perlu diberitahu tapi ada caranya.

“Cikgu, anak saya cuti ye hari ni.”

Aik, macam tu ke cara kita brkomunikasi? Cara kita cakap tu, macam sekolah tu kita yang punya, padahal kita sepatutnya memberitahu apa sebab anak terhalang ke sekolah. Sakitkah? Demam ke? Or ibubapa yang ada hal? Cuti anak ni bukan kita yang suka-suka create sendiri.

Kalau segan di group, boleh pm cikgu.

Kalau petang-petang pulak, ada ibubapa yang tak sabar-sabar mengadu “cikgu, songkok Ali asyik hilanglah. Cikgu tolong cari ye”

“Cikgu, kenapa barang alat tulis anak saya asyik hilang je, cikgu tolong pantau”
Dan seribu macam isu yang tidak urgent.

Sedangkan guru pun penat mengajar belum habis. Mereka pun ada keluarga yang perlu diberi perhatian selepas waktu sekolah. Ada cikgu pernah mengadu, tudung di kepala belum tanggal, dah kena mnjawab isu yang ibubapa tanya di group. Kesiannya..

We as parents la kena tunjuk sifat hormat guru, pada bekas guru kita mahupun guru anak-anak kita sekarang. Biar jadi contoh untuk anak-anak. Tunjukkan cara berkomunikasi yang baik dan cara menghargai jasa cikgu. Bukan dengan memberi hadiah mahal-mahal seperti telekung Siti K (nak bagi apa salahnya) cukuplah bagi cekodok yang kita masakkan atau anak kita tolong bawa buku ke bilik guru.


Sure cikgu pun sayang, barulah ilmu tu dapat keberkatan! ??

Kita risau anak kita tak dapat straight A,
Tapi kita tak pernah check markah anak dalam beradab dengan cikgu. Kita cuma hantar anak ke sekolah untuk lahirkan ‘robot’ yang pandai tapi pincang akhlaknya.

Nak ubah generasi akan datang?
Ubah lah kita, generasi sekarang

Sumber/Foto: Sakinah Sulong via Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer