
Bagus betul ibu ini, persediaan travel kit anak-anak bila mak ayah nak berjalan jauh itu dibuat dengan cukup rapi dan teliti. Sampai boleh jadi panduan untuk mak ayah yang lain pula.
MW tertarik betul dengan perkongsian ibu anak tiga, Hazirah Maulana ini. Rasa rugi bila tak kongsi dengan pembaca.
Tulisnya, “Esok dady dah start cuti panjang. Nak bawa anak anak berjalan. Ni la item paling penting bila tiap kali travel.”
Anak Demam Panas Masa Travel, Tapi Satu Travel Kit Pun Tak Sedia
Kata ibu ini lagi, “Pernah pengalaman time travel, anak demam panas tapi satu pun tak prepare. Sejak tu terus belajar dari pengalaman.”
“Bukan apa, kadang kadang kita ni tak boleh nak elak dan tak expect anak tetibe demam, batuk, selsema dan sebagainya.”
“Nak nak kalau insiden tu berlaku tengah-tengah malam, atau pun time kita pergi travel jauh-jauh. Nak cari ubat-ubat ni, bukan boleh main beli je, especially bayi.”
“Kalau ada yang nak tengok checklist boleh refer gambar. Ada description untuk setiap gambar.”
“Boleh share untuk panduan ibu-ibu nak nak tengah musim musim cuti-cuti ni.”
Senarai Lengkap Travel Kit Anak-anak, Persediaan Awal Tu Penting!






Ni item penting sangat. Jerslin oil ni minyak serbaguna. sangat membantu kalau anak ada terkena sebarang gigitan serangga, luka luka atau apa sahaja.
Kalau anak demam saya just sapukan jerslin oil ni di kepala, ketiak dan badan. Demam anak anak cepat kebah.
Kalau luka plak, dia akan jadi cepat kering.



Anak anak kerap terkena sakit kat kulit. Kalau agak agak dah start tu saya akan titikkan pada besen mandian dan mandikan anak-anak guna antiseptic ni.



Persediaan Ubat-ubatan Anak


Balm tasneem CF rub membantu melegakan demam, batuk dan selsema anak-anak.

Saya suka sangat sebab mudah. Anak-anak selalu bila selsema diorang akan guna sendiri. Just tekan button dan siap ada lagu-lagu lagi.


Sleep time: membantu mood tidur
CF Rub: membantu melegakan batuk, selesema
T Rub : melegakan kembung perut dan sembelit
Calm time: membantu anak-anak bila dia sedang meragam
2) Minyak zaitun untuk sapu pada rambut anak-anak.

Brown rice powder untuk Damia. Just bancuh je dengn air dan boleh terus makan.

Berus gigi
Shampoo
Sabun mandi

Sumber/Foto : Hazirah Maulana
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI