Bila anak buat silap atau kesalahan, lebih-lebih bila berada di luar rumah, janganlah terus marah. Itu bukan cara nak didik anak tapi ia boleh membuka aib anak itu sendiri.
Kadang-kadang, kita sendiri dapat melihat ada mak ayah yang tidak segan silu memarahi anak depan khalayak ramai, dek kenakalannya. Sampaiakn kita sendiri rasa kasihan pada anak itu.
Bukan begitu cara nak didik anak dengan marah depan orang ramai. Jaga air mukanya sebab dia pun ada perasaan walaupun umru baru setahun jagung.
Anak-anak tengah membesar, apa saja yang yang dia buat, kadang kalanya menguji kesabaran. Marah atau nak didik boleh saja di rumah bukannya di tempat awam. Jaga perasaan anak dan maruah diri kita sebagai mak ayah ye!
Menarik perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini. Anak lasak tak perlu dimarah, makinlah dia lakukan untuk tunjuk protes.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mak Ayah Dulu Marah Paling TERBAIK, Guna Bahasa Tubuh Didik Anak Patuh, Hormat
Cara Kita Layan IBU, Begitulah LAYANAN Anak Pada Kita Nanti, Jagalah Hatinya!
Info Lebih Menarik DI SINI
“Siap kau balik nanti!”
Ada seorang bapa ini datang bawa anak sulung dia ke klinik kerana tak berapa sihat. Anak dia yang bongsu ikut sekali. Semasa si sulung sedang diperiksa, si bongsu ni sentuh barang dalam bilik konsultasi.
Si bapa pun larang. Namun, si bongsu ni tetap main-main, sampailah ada barang yang dia sentuh tu jatuh ke lantai. Budak tu jadi panik. Si bapa tu pula tiba-tiba naik berang. Tengking si bongsu tu sampai timbul urat di leher.
Saya beritahu si bapa tak perlulah marah sampai begitu barang yang jatuh tu pun bukan barang yang sensitif atau berharga sangat. Barang biasa je. Jatuh begitu, tak rosak.
Si bapa macam tak dengar apa saya kata. Dia tarik tangan anak dia. Lepas tu tampar-tampar tangan anak dia. Kuat juga. Menangis budak tu. Tak tergamak saya tengok. Sampaikan saya terpaksa bersuara.
Saya kata kalau nak marah anak, mohon jangan di hadapan orang. Tak elok begitu.
“Siap kau balik nanti!” kata dia, seolah-olah belum selesai lagi urusan dengan anaknya itu.
Kadang-kadang saya tertanya-tanya. Ibubapa yang beriya-iya marah dan naik tangan pada anak di khalayak ramai ni apa tujuan mereka. Nak mendidik anak, atau nak tunjuk pada orang bahawa dia tegas?
Jika nak mendidik, tak usahlah marah anak sebegitu kasar di depan orang. Anak, walaupun dia masih kecil, mereka tetap ada harga diri dan maruah. Dia tak suka direndah-rendahkan di hadapan orang.
Ada dua perkara boleh berlaku jika kita selalu memarahi mereka di khalayak umum.
Bukan kata tak boleh marah atau hukum anak. Boleh! Namun biarlah ada adabnya. Biarlah berkadar dengan kesalahannya. Jangan pula kita marah dan hukum anak untuk tunjuk pada orang yang kita ni jenis tak beri muka pada kesalahan.
Ada! Ada ibu bapa yang macam tu. Jenis yang rasa orang akan pandang teruk pada mereka jika anak mereka buat kesalahan. Takut sangat orang kata mereka tak pandai jaga anak. Jadi mereka akan tunjuk pada orang yang mereka tegas pada anak-anak.
Percayalah, jika kita jaga aib anak-anak kita dengan baik, maka insya Allah anak-anak pun akan jaga aib kita dengan baik. Ia sesuatu yang resiprokal (timbal balik).
Nak marah anak, marahlah. Memang bagus untuk kita tegur kalau dia buat salah. Cuma pastikan kita marah itu dalam keadaan niat utamanya untuk mendidik. Bukan untuk lepas geram atau bukan untuk jaga air muka kita dan bukan untuk puaskan hati orang sekeliling.
Sebaliknya, kalau kita nampak ada anak orang lain lasak sikit, tak perlu beriya buat muka dan mengata. Andai kata ibu bapa dia biarkan sahaja anaknya melasak, kita boleh pergi nasihat pada kanak-kanak itu. Tak usah pergi marah pula.
Semoga anak-anak kita jadi lebih baik daripada kita.
Anak Adalah Amanah
Mingguan Wanita : Begitulah anak nak membesar. Lasaknya kadang-kadang boleh uji kesabaran mak ayah. Bertabahlah.
Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita