Mak ayah mohon elakkan sakat dan takutkan anak-anak ya! Bimbang kesan tidak sihat pada emosi dan psikologi hingga mereka dewasa kelak.
Perbuatan menyakat dan menakutkan anak memang nampak kelakar dan menyeronokkan pada mak ayah, namun ketahuilah kesannya pada anak-anak.
Mak Ayah Mohon Elakkan Sakat, Takutkan Anak!
Kongsi Puan Wawa Shauqi, jangan suka takutkan anak.
“Pergilah situ. Nanti momok (hantu) ambil!”
Memang mudah disiplinkan anak dengan takut-takutkan mereka ni. Kelakar pun ada. Tapi ketahuilah, kesan jangka masa panjangnya lebih buruk.
Kesan Tidak Sihat Pada Emosi Hingga Dewasa
Kita mungkin fikir, sepanjang anak dewasa, ketakutan tu akan hilang. Hakikatnya, ia ibarat highway yang kita dah bina pada otak anak.
Yang tak bestnya, tanpa kita sedar, highway yang dibina itu menghubungkan cabang jalan yang banyak.
Contohnya, bila kita takutkan anak dengan hantu. Ketakutan tersebut boleh pergi ke beberapa cabang :
– takut gelap
– takutkan orang berwajah luar biasa
– takut perempuan yang berambut panjang
– takutkan bila tengok kotoran pada dinding yang ada bentuk macam ‘hantu’
Apa yang menyedihkan, ia takkan hilang begitu sahaja. Memori ketakutan tersebut akan terbawa sampai ke anak besar.
Dan ia akan menjadi punca mudahnya anak-anak trigger, fobia dan anxiety apabila dewasa.
Kesan Cerita Seram
Kesan yang sama juga berlaku bila kita biasakan anak tengok cerita seram dan ganas.
Seorang psikologis dalam rancangan dokumentari di Netflix (Brain Explained) ada berkongsi.
Waktu kecilnya, dia terjebak tonton cerita Jaws. Memori trauma yang dia dapat dalam filem tu, menyebabkan dia diserang panik setiap kali berada dalam air, terutamanya laut.
Ads
Baru-baru ni juga ada seorang ibu yang berkongsi dengan saya. Seorang anaknya yang baru berusia 3 tahun menangis sambil menggigil bila masuk ke stesen minyak. Disebabkan terlalu takut dengan inflatable maskot yang melambai-lambai depan stesen minyak.
Rupanya si kakak selalu menakutkan adik dengan patung dalam siri cerita Squid Game.
Kasihan Anak Menanggung Ketakutan
Kelakar bila bayangkan. Benda macam itu pun boleh takut. Tapi tidak bagi yang menanggung ketakutan.
Saya sendiri pernah melalui episod panik nak buka ensiklopedia. Nafas jadi laju dan dada berdebar-debar bila nak buka buku gambar dinosaur, gambar hutan, dan sebagainya.
Padahal saya dah masuk sekolah menengah waktu tu. Pelik bagi orang lain.
Tapi itulah cara otak saya proses benda yang pernah ditakut-takutkan pada saya masa kecil.
Jadi ibu ayah mithali sekalian.
Mohon elakkan sakat dan takutkan anak-anak. Walaupun pada kita, senang nak disiplinkan anak. Dan lucu tengok mereka menangis.
Sedangkan, kesan jangka masa panjangnya sangat tidak sihat dari segi emosi dan psikologi anak.
Mingguan Wanita : Banyak lagi perkara yang boleh dibuat kelakar daripada menakutkan anak-anak dengan hantu atau benda-benda yang menyeramkan. Fikirkan kesannya pada anak-anak, kasihan mereka.
Bila bercerita tentang mak-mak dulu, banyak betul pantang larang yang mereka amalkan. Jangan hairanlah bila tengok mereka tetap sihat dan kuat walaupun berusia lebih 70 tahun. Berbanding dengan sekarang, memang jauh berbeza rasanya. Kalau ada pun mungkin sesetengahnya.
Jangan marah. Mungkin ini pandangan daripada penulis. Tengok saja kalau bab-bab berpantang, mak-mak dulu cukup menjaga pantang selepas bersalin. Minum air tu ambil masa bertahun barulah minum tapi mak-mak sekarang dua bulan dah mula minum ais. Ada juga dalam pantang dah minum pun. Tak tahulah itu, atas badan masing-masing kan.
Kesannya akan datang kita tak tahu. Boleh kita tengok cara kehidupan mak-mak dulu pun jauh berbeza dengan sekarang. Cuba kita teliti apa yang dikongsikan oleh Puan Nor Azniza ini tentang mak-mak dulu dengan mak sekarang. Ada betul apa yang dikatakan itu.
Kurang Sakit
Fakta:
Orang dulu. banyak penyakit berjangkit, parasit seperti kecacingan dan kurang zat makanan (miskin atau kurang pengetahuan bab makanan sihat dan juga kurang sumber). Mungkin masa itu, bantuan perubatan sangat-sangat limited.
Jadi yang hidup adalah yang kuat.
Mereka yang lemah ramai yang mati.
Statistik kanak-kanak bawah umur 5 tahun mati dan cacat dalam era bawah 60an adalah tinggi. Statistik kat pejabat kesihatan ada.
Orang Sekarang
Adalah juga penyakit di atas.
Tapi disebbkan oleh ilmu pengetahuan masyarakat tentang kesihatan meningkat, penjagaan kesihatan dan teknologi perubatan lebih baik. Mereka yang lemah juga dapat diselamatkan melainkan sudah perjanjiannya ajalnya tiba.
Penyakit baru zaman moden yang sukar di tangani sekarang adalah “penyakit terlebih makan dan tekanan hidup” membawa kepada obesiti, kencing manis dan darah tinggi yang berakhir dengan pelbagai komplikasi kesihatan yang lain.
Suri rumah sekarang Vs Suri rumah dulu
Suri rumah sekarang terkurung di rumah dan kurang aktiviti jika tiada sokongan suami.
Manakala suri rumah dulu sentiasa mengikut dan membantu aktiviti mencari rezeki sang suami.
Menghantar makanan ke kebun dan makan bersama sama.
Menolong suami di sawah dan kebun.
Mereka juga banyak aktiviti masyarakat dan tidak sunyi.
Banyak perkara yang boleh explore. menangkap seranga, memanjat pokok, terjun sungai, menangkap ikan di sungai dan mcm-macam lagi.
Maka mereka kurang memberontak dan meyemak rumah dan menganggu ibu mereka melakukan pekerjaan seharian kecuali baby yang sentiasa dikendong ibunya.
Anak-anak Sekarang
Hidup mereka terkurung..
Tidak banyak aktiviti yang boleh explore. Bosan dan mula kreatif di rumah.
Cuma menganggu ibu, menyemakkan rumah dan pelbagai onar yg kreatif.
Zaman dulu dan sekarang. manakan sama.
Anak 10 orang dulu manakan sama dengan ibu beranak 2, 3 dan 4 masa sekarang.
Sebab saya pernah melalui menjadi anak dulu-dulu.
Saya berdikari. tidak menyusahkan ibu saya dan hasilnya saya yang sekarang.
Flexible, tidak mudah terganggu emosi.
Lebih relasks dan mudah bawa diri walau ke mana saya berada.
Terima kasih kedua ibu bapa saya kerana tidak berpindah ke bandar, kekal di kampung dan memberi memori indah kepada saya.
Zaman berubah, maka nasihat mesti mengikut zaman. Usah dikait lagi dengan kehidupan dulu yang berubah 360 darjah sekarang ini.
MW: Memang betul, kenangan masa kecil dulu, walaupun seorang diri redah dah ke rumah kawan, alhamdulillah masih selamat, berbanding sekarang, nak main depan rumah pun takut sebab ada mata yang memerhati.
Tahun ini Syawal rakyat Malaysia istimewa, sebab solat sunat Aidilfitri akan dilakukan di rumah masing-masing. Tak lengkap solat sunat Aildilfitri tanpa membaca teks khutbah Raya.
Ustaz Khairul Anuar Basri mudahkan imam interim untuk laksanakan khutbah Adilfitri di rumah masing-masing. Disertakan ini teks khutbah paling basic untuk dibacakan. Bagaimana pun kena ada 5 rukun asas yang mesti dibaca dalam Bahasa Arab.
Khutbah Aidilfitri ni macam khutbah hari Jumaat biasa saja. Tambah best, saya akan bagi yang paling basic saja untuk dibuat dan khutbah ini sah.
Basic maknanya meliputi 5 rukun yang asas (semua rukun mesti diucapkan dalam Bahasa Arab). Saya tandakan rukun dengan simbol *
Khutbah pertama.
* Ucap “Alhamdulillah”.
* Baca selawat “Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.
* Pesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Ittaqullah” (Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah).
* Baca 1 potong ayat Al-Quran; “Inna a’thoinakal kausar. Fasolli lirabbika wanhar. Inna syaniaka huwal abtar”.
Sekian khutbah pertama. Kemudian duduk la sekejap.
Khutbah kedua.
* Ucap “Alhamdulillah”.
* Baca selawat “Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.
* Pesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Ittaqullah” (Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah).
* Baca 1 potong ayat Al-Quran; ”.”Qul huwallahu Ahad. Allahus somad. Lam yalid walam yulad. Walam yakullahu kufuwan ahad”.
* Baca doa untuk seluruh orang Islam; “Allahummaghfir lil muslimina wal muslimat”
Bila satu keluarga berkumpul terutama waktu cuti, atau ketika malam hari, mak pun mulalah fikir macam-macam idea masakan mudah dan cepat disediakan. Hidangan snek tentunya buat anak-anak suka.
Sekelip mata, licin snek yang dihidang depan mata. Tapi mak-mak pun kena tahu jenis snek macam mana yang sedap lagi sihat untuk anak-anak nikmati. Ini idea yang Mingguan Wanita kongsikan untuk mak-mak cuba.
‘Carrot Chips’ Mudah Sedia
Lobak merah atau carrot ini boleh dijadikan sajian sihat untuk keluarga. Anak-anak yang susah makan sayur, mak-mak boleh cuba masak lobak merah dengan cara ini.
Mak-mak cuma perlukan lobak merah, minyak zaitun dan sedikit garam. Bersihkan dahulu kulit lobak, gunakan ‘peeler’ senang untuk hiris lobak memanjang.
Kemudian, gaul dengan garam dan renjis minyak zaitun. Bakar lobak yang sudah dihiris dan diperasakan itu pada suhu 250 darjah selsius selama 20 minit. Siap. Boleh dinikmati dengan anak-anak semasa menonton televisyen.
Kacang Goreng Homemade Mudah Buat
Kudapan jenis kekacang pun anak-anak suka makan. Sambil tengok TV atau bermain, tak sedar kekacang yang dihidang anak nikmati dengan enak. Menarik resepi yang dikongsikan, E-cah Katman ini.
Caranya, sediakan kacang tanah besar, bawang putih dihiris, halia dihiris, serbuk nasi goreng, air secukupnya dan garam. Panaskan air berisi garam dalam periuk. Dah mendidih masukkan kacang, bawang putih dan halia. Biar hingga sejuk.
Kemudian, toskan air dan goreng dalam minyak yang banyak hingga garing dengan bawang dan halia tadi. Bila dah siap goreng, taburkan serbuk nasi goreng. Gaul rata. Mudahkan.
Pilihan Mak-mak Snek Bijirin Sedap Lagi Sihat, Snekku – Grain 5
Untuk mak-mak yang mengejar masa tapi nak sediakan snek sedap lagi sihat untuk anak-anak, tak perlu bersusah. Boleh hidangkan mereka dengan empat perisa enak, iaitu kacang pea, paprika pedas, kentang dan tomato.
Snek unik ini diperasakan dengan gabungan beras, beras perang, beras merah, jagung dan oat, menjadikannya snek multibijirin yang rangup.
Pastinya ia memenuhi selera anak-anak, malah snek ini lebih sihat berbanding snek lain yang ada di pasaran. Mak-ayah pun boleh nikmati bersama-sama sambil menghabiskan masa kualiti bersama keluarga.
Snek multibijirin ini sudah tersedia di dalam snek yang mudah di dapati di pasaraya berdekatan anda mahupun pembelian secara online.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...