Masa kecil, apa-apa anak mesti akan cari mak ayahnya. Nak itu dan ini sampai naik rimas layan anak. Kadang-kadang angin juga bila semua tak kena pada anak.
Janganlah rimas layan anak sebab masa kecil inilah kita ada dengannya. Bila dia dah membesar dan ada kehidupan sendiri, barulah rasa kesepian dan sunyi tanpa mereka di sisi. Masa tu mulalah ingat kenakalan, kedegilan dan tingkahlaku dia masa kecil.
Ingatlah, suatu hari anak-anak ini membesar dan tidak selamanya kecil. Jadi janganlah rimas layan anak dan layanlah anak sebaiknya seperti yang dikongsikan oleh Dr Fhais Mohd Salim ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Nak Anak Bijak & Cergas, Mak Ayah JANGAN TENGKING Anak, Ada Bezanya Marah, Tegas
Anak MENANGIS Untuk Dapatkan Sesuatu, BIARKAN! Mak Ayah Jangan LAYAN, Ajar Dia Adab, Disiplin
Dalam perkongsian video tiktok oleh Dr Fhais Mohd Salim mungkin cukup terkesan buat mak ayah, lebih-lebih lagi mengingatkan anak yang sedang nak membesar. Kita rasa malas nak layan dan geram dengan peel masing-masing.
Sedangkan kita kena tahu, suka atau tidak satu hari nanti anak kita akan tinggalkan kita jua.Tak kiralah tinggalkan kita hidup atau mati, mereka tetap akan pergi jauh.
Krna ingat, anak-anak membesar dengan sangat cepat. Pejam celik tengok dah besar. Sebab itulah, mak ayah kena rajin pangku sementara mereka masih mahu di pangku.
Dukunglah, jalan-jalan selagi mereka masih lagi mahu didukung, Biarlah badan dipanjat-panjat sementara mereka masih lagi mahu bermain dengan kita.
Jangan mengeluh susu mahal kerana saat anak masih menyusu lebih mahal. Peluklah anak masa sambut balik kerja dengan penuh riang sementara mereka teruja melihat muka kita.
Mak ayah jangan sesekali rimas anak tidur dalam pelukan kita kerana suatu hari nanti peluk pun dia dah malu.
Usah berkira bila anak meminta belikan sesuatu sementara dia masih bergantung pada kita. Mandikan dia selagi mereka masih suka bermain dengan air dan sabun.
Keluar jalan-jalan selagi anak masih belum rasa jemu dan malu keluar dengan kita. Sebabnya suatu hari nanti anak dah tak perlukan kita lagi.
Pasti masa ini kita pula akan rasa lebih perlukan anak berada bersama kita. Anak tak call sehari kita dah tertanya-tanya, “Apa yang anak aku buat sekarang ini ye”
Pasti satu persatu memori pangku, mandi, susu, dukung dan jalan-jalan akan keluar di minda.
Mingguan Wanita : Betul sangat, tak perlu anak besar tapi anak umur 5 tahun pun dah rimas bila kita cium dia….sedih.
Sumber: @fhaissalim (tiktok)
@fhaissalim Suka atau tidak, masa akan berlalu.. #parenting ♬ All of Me – John Legend
.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita