Mak Ayah Jangan Panik, Gegata Biasanya Akan Hilang Dalam 24 Jam

Share

Ruam atau tompok-tompok merah yang juga dikenali sebagai gegata menyebabkan anak-anak rasa gatal dan menggaru tanpa henti. Keadaan ini sudah tentu akan membuatkan mak,ayah panik.

Sebaiknya mak,ayah bertenang dan jangan panik, kalau alahan yang tidak serius. Alahan biasanya akan hilang dalam masa 24 jam sahaja. Ikuti perkongsian, Dr Ahmad Luqman Bukhari ini dan fahami sebaiknya:

Terperanjat Betul Bila Tahu Ada Yang Mengadu Anak Dia Terkena Penyakit Jilatan Jin

Hari ni saya hendak cerita sedikit pasal penyakit ini. Saya perasan ada mak, ayah yang naik cemas sebab belum pernah jumpa situasi macam ini.

Ada seorang mak ini beritahu dia pernah alami keadaan berdebar yang sangat teruk sampaikan rasa sesak nafas dan hendak pitam bila tiba-tiba saja ternampak kulit anaknya yang berusia baru 8 bulan tumbuh tompok-tompok merah penuh dekat bahagian muka, dada, perut dan bahagian belakang badan dalam masa cuma beberapa minit.

Tak berhenti budak itu tergaru-garu kegatalan.

Waktu itu sebenarnya dia baru saja lepas suapkan budak itu telur dan itulah first time dia suapkan makanan tersebut dekat si kecil itu.

“Gelabah betul rasa masa tu. Takut sangat jadi apa-apa dekat dia. Kami bergegas berlari ke luar rumah, cepat-cepat naik kereta dan menuju terus ke hospital.”

Mujurlah masa dekat hospital, doktor terus berikan suntikan ubat. Tak lama kemudian ruam dan gatal tu semua mula beransur hilang.

Baca Juga Di Sini:

Bukan Sebab Hamil, Gara-gara Rawat Gegata, Feeya Iskandar Kena Duduk Wad CCU

Anak Gatal-gatal Kulit Buat Mak-Mak Risau Sampai Tak Boleh Keluar Rumah

Tanda Alahan

Sebenarnya tanda merah dan ruam tu adalah tanda alahan atau kita sebut alergik. Ada jugak yang panggil gegata atau kelopak garam. Tapi yang paling “legend” siap gelarkan benda ini penyakit jilatan jin. Aduh!

Alahan ni disebabkan tubuh si kecil tu bereaksi dengan sesuatu bahan alah (allergen) lalu stimulate penghasilan histamine.

Histamine itulah punca yang buatkan gejala alahan ini timbul.

Urticaria (ruam kemerahan yang leper) yang timbul pada kulit tu antara gejala yang paling biasa berlaku. Gatal dia itu sudah macam bila badan naik miang atau merenyam.

Biasanya urticaria ini akan hilang sendiri dalam masa 24 jam, namun jika ada antara tanda-tanda yang saya sebutkan ini turut berlaku, wajib segera dapatkan pemeriksaan sebab tiu mungkin disebabkan oleh alergik yang serius (anaphylaxis):

  • Pesakit mula jadi semput.
  • Susah hendak bernafas dan menelan sebab terasa seolah-olah ada sesuatu tersumbat dekat salur pernafasan.
  • Pernafasan berbunyi (wheezing).
  • Bahagian tubuh seperti bibir, lidah atau kedua belah mata jadi bengkak.
  • Muntah dan cirit birit.
  • Pengsan. Mungkin disebabkan tekanan darah sangat rendah (hypotension).
  • Kalau berlaku pada baby, dia mungkin akan merengek atau menangis sampaikan tak boleh hendak dipujuk atau pun nampak mengantuk sangat yang luar dari kebiasaan.

Kes alergik teruk begini biasanya akan segera dikejarkan ke zon merah di bahagian kecemasan kerana ia memerlukan rawatan segera.

Sebenarnya paling bagus, kena cuba kenal pasti apakah penyebab alahan tu berlaku pada anak kita supaya kita dapat elakkan masalah sama terjadi lagi lain kali.

Tolong share ilmu penting ini dengan pasangan masing-masing ya. Tak pun save je info ini kat dalam phone siap-siap supaya mudah bila kalian nak rujuk balik nanti.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Jemput follow FB ni dan set ‘See First’ sekali supaya mak ayah tak terlepas artikel penting yang saya tulis nanti. Join sekali channel telegram t.me/notaALB sebab kat dalam tu pun ada banyak info kesihatan anak kita yang penting-penting.

#notaDrALB

MW: Semoga perkongsian ini buatkan mak, ayah lebih peka jika anak-anak berdepan dengan alergik. Jangan cemas, rujuk kepada yang pakar agar masalah kesihatan dapat diselesaikan segera. Sentiasa lindungi anak ya mak-mak dengan klik saja di sini

Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari

Published by
Nur Syazwani Mehat