Sebagai mak ayah, kita pasti akan ikut kehendak anak-anak. Dengan kata lain, tak kisah anak nak itu atau ini, semuanya dituruti. Sayang anak katakan.
Memang setiap mak ayah sayang akan anak, zuriat keturunan. Namun, jangan terlalu ikut kehendak, bimbang esok-esok terlalu bergantung pada orang tua. Lebih teruk lagi bila anak jadi ‘tuan’ pada mak ayahnya.
Sebab itu, bila anak inginkan sesuatu, tidak salah ikut kehendak tapi janganlah keterlaluan. Ada hadnya.
Inilah yang dikongsikan oleh Aminah Mat Yusoff supaya mak ayah tidak terlalu ikut kehendak anak, boleh amalkan tip-tip ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ajar Anak Adab Di MEJA MAKAN, Elak Layan Mak Macam BIBIK, Jangan Biasakan!
Ajar Anak Lelaki Cara Dulu, Hidup Susah Bukan Beri Kemewahan, Baru Jiwa Kental
Info Lebih Menarik DI SINI
Sebelum anak menjadi “TUAN” kepada ibu ayah, amalkan tip ini.
Sediakan batas dan had yang perlu anak patuhi. Malang nasib ibu ayah jika hidup mereka dikawal oleh anak-anak.
Ibu ayah terpaksa hidup susah, menderita, kepenatan kerana memenuhi kehendak anak yang berlebihan. Hakikat yang perlu kita faham, bila anak menjadi raja. Pasti ibu ayah dianggap seperti hamba. Minta di jauhkan.
Bijaklah melayan karenah anak, semoga mereka membesar bagai juara. Membela kita, menjaga kita dan hadiahkan syurga buat kita.
Apa ibu ayah buat, cakap, lazimi dalam kehidupan, itulah contoh dan disiplin yang akan anak-anak ikut.
Nak anak pandai menghormati, ibu ayah mesti saling menghormati dan hadam dengan tanggungjawab.
Kalau nak anak sopan dan beradab, ibu ayah mesti kawal segala sifat mazmumah, kata-kata kesat dan perbuatan mencarut.
Ada ibu ayah cakap, “Kami manusia, bukan malaikat, pasti buat silap. Kadang-kadang bergaduh depan anak. Marah isteri, pukul isteri. Isteri pula lawan cakap suami.
Betul, semua orang buat silap. Tetapi sebaik-baik kesilapan adalah ungkapan maaf. Bergaduh depan anak, bermaafan pun depan anak.
Kena ada tapi ada batas, bukan macam gangster cari gaduh. Kelak anak pun jadi macam gangster dan suka buli kawan. Kurangkan jerit pada anak, ia menyebabkan ibu ayah stres. Suara yang perlahan dengan intonasi yang bermakna itu lebih anak-anak faham dan respect.
Dekati Al-Qur’an, ajar anak hidupkan Sunnah Nabi. Cara makan, minum, tidur dan segala rutin harian yang diajar oleh Rasulullah SAW.
Lazimi bacaan ma’thurat pagi petang sejak anak masih kecil. Anak akan membesar sebagai seorang yang berjiwa kental, berani, rohani yang terisi, cenderung melakukan kebaikan. Paling penting melaksanakan solat tanpa disuruh.
Kebanyaknya skill dan kemahiran kepada anak, bukan sekadar teori. Anak yang tidak miliki kemahiran dalam ikhtiar hidup akan selamanya bergantung harap pada ibu ayah.
Biar anak belajar hidup susah, merasai betapa sukarnya untuk dapatkan sesuap nasi. Ia akan mendidik mereka supaya lebih pandai menghargai dan berusaha untuk hidup berdikari. Kemewahan hidup yang tiada batasan hanya merosakkan. Menjadikan anak manja, sombong, ego, tiada hati perut dan melawan cakap ibu ayah
Sabar, tidak pernah merasa penat dan sentiasa istiqamah mendidik anak-anak itulah kunci kepada ibu ayah yang berjaya.
MW: Moga ia bermanfaat untuk mak ayah.
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita