Mak Ayah Jangan DEWASAKAN Anak Sebelum Waktunya, Biarlah Dia Lalui Zaman Riang Kanak-Kanak

Share

Bila anak-anak masih kecil, mak ayah tak sabar nak tengok anak cepat membesar. Kalau boleh nak dewasakan anak dengan cara berpakaian dan memakai alat solek lagi supaya nampak anak seakan dewasa.

Ini juga berpunca daripada peranan mak ayah itu sendiri. Maklumlah banyak sangat melihat trend anak yang menggayakan fesyen orang dewasa yang memang tak sesuai langsung dengan peringkat umur anak itu sendiri.

Usahlah mak ayah terpengaruh dengan keadaan ini sehingga sanggup dewasakan anak sebelum waktunya.

Rupanya, bila mak ayah dewasakan anak sebelum waktunya, ia dikaitkan dengan Sindrom ‘Hurried-Child’ seperti yang dikatakan oleh Puan Noor Afidah Abu Bakar,Co-founder and Principal Consultant, Parent Connect Consultancy dalam perkongsiannya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Anak Tantrum Jangan DiSuruh Diam, Mak Ayah Yang Kena Kunci Mulut Dulu

Anak Nombor 2 Paling Banyak Buat Mak, Ayah Mengucap! Tapi Kalau Tiada Jadi Bosan

Info Lebih Menarik DI SINI

 

Dewasakan Anak, HatI-Hati Jangan Terpengaruh

Sindrom ‘Hurr1ed-child’ yang dikenalpasti oleh Dr. David Elkind yang pernah saya kongsikan tahun lalu bukan hanya melibatkan tekanan akademik yang terlalu awal di luar kemampuan perkembangan semulajadi anak-anak kecil, sindrom ini juga merebak ke dalam pelbagai aspek kehidupan seorang kanak-kanak masa kini.

Jika kita mengikuti perkembangan semasa tentang kanak-kanak di seluruh dunia, salah satu isu besar yang mendapat kecaman pelbagai pihak adalah ‘trend’ memaksa kanak-kanak untuk berpakaian seperti orang dewasa.

Terdapat 2 kemungkinan keadaan ini berlaku:

1) Dengan berfesyen yang sedemikian, secara tidak langsung mereka juga diharapkan agar berkelakuan seperti orang dewasa. Harus diingat kanak-kanak bukan ‘mini adults’. Perkembangan fizikal, sosial, emosi, intelektual dan spiritual mereka belum capai ke tahap orang dewasa. Mereka seumpama ‘work in progress’ yang masih perlu dipupuk dan dibaja.
2) Dengan berfesyen yang sedemikian, didapati ada kanak-kanak yang memaksa diri mereka sendiri untuk berkelakuan seperti orang dewasa. Mereka bertutur menggunakan perkataan orang dewasa yang ada kalanya tidak manis disebut, mereka menonton rancangan tv dan mendengar lagu-lagu yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Mereka cenderung untuk meniru orang dewasa kerana ia bersesuaian dengan imej yang dipaksakan ke atas mereka.

Jika ini berlaku, rugilah kanak-kanak yang ‘hurried’ atau digesa-gesakan ini kerana mereka terlepas zaman riang kanak-kanak yang tidak mungkin akan berulang kembali.

Apabila mereka dewasa nanti, zaman inilah yang akan dikenang dengan ungkapan “Seronoknya menjadi kanak-kanak”. Jika mereka dipaksa melalui zaman kanak-kanak mereka dengan menjadi orang dewasa, kenangan ‘good old days’ itu tidak ada.

Trend ini bukan hanya melibatkan kanak-kanak yang dipaksa berpakaian seksi, berdandan dan mengenakan mekap yang tidak sesuai usia, ada juga yang ‘dipaksa’ berfesyen menutup ‘aurat’ sebelum tiba usia kerana comel.

Baby tidak perlu bertudung. Trend anak perempuan dipaksa berpakaian sedondon ibu dengan fesyen fishtail, peplum, jubah beropol dan sebagainya kerana ia menghasilkan imej yang layak-Insta (Insta worthy) juga adalah sebahagian dari sindrom ‘Hurr1ed Child’ ini.

Kanak-kanak menjadi tua sebelum waktunya kerana memenuhi impian ibubapa yang terpedaya dengan tipu daya peniaga dan pengiklan yang suka mengambil kesempatan ke atas kealpaan kita yang tidak memahami perkembangan kanak-kanak.

Berpada-pada dan berhatI-hatilah.

Mingguan Wanita : Jangan jadikan anak-anak tua sebelum usianya. Biarlah dia bermain dan berseronok dengan zaman kanak-kanaknya supaya ada kenangan bila dia dewasa nanti.

Sumber: Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora