Setiap anak perangainya tak sama. Masing-masing ada peel tersendiri. Ada pendiam tak banyak cakap, mengada-ngada dan tak kurang juga yang degil dan tak dengar kata. Boleh naik darah mak-amk dengan setiap anak-anak.
Sebab itu, bila anak kecil, mak-mak nak sangat anak cepat membesar. Kadang-kadang, perangai anak inilah buat mak ayah hilang sabar.
Sedar tak sedar, bila anak membesar, baru terasa cepat betul masa berlalu. Mulalah pening kepala. Cara didikan untuk anak yang besar, lain pula ceritanya. Jadi, masa anak masih kecil, biarlah dia bermain dan bersuka ria, cuma hadkan agar tidak berlebihan.
Malah, masa anak kecil, mak ayah jangan cepat menilai dan merasakan anak yang lemah atau tak dengar kata ini tidak boleh membesar dengan berjaya. Kita tak tahu perancangan Allah lebih baik.
Tak perlu pilih kasih antara anak. Berilah mereka kasih sayang sama rata. Jangan juga terlalu mengharapkan anak bersikpa kedewasaan sedangkan dia masih lagi anak kecil yang perlu dimanja dan di didik sebaiknya.
Biarkan anak-anak melalui fasa kanak-kanak dengan jayanya. Jangan bandingkan anak yang baik dengan degil, banyak cakap dan kuat sepahkan barang sebagai anak yang membebankan bila dewasa kelak.
Kita tak tahu, anak inilah yang banyak berjaya pada mak ayah nanti, seperti yang dikatakan oleh Wawa Shauqi. Segalanya ‘boleh jadi’ yang lebih baik lagi.
Anak Yang Degil Dan Tak Dengar Kata Ini Paling Berjasa
Boleh jadi, anak yang kita kata DEGIL tu, rupanya mereka ada kualiti untuk jadi bakal dewasa yang bermotivasi tinggi dan gigih.
Boleh jadi, anak yang BUAT TAK DENGAR BILA KITA PANGGIL tu adalah seorang yang sangat fokus menyudahkan kerja yang dia target.
Boleh jadi, anak kita yang TAK MAKAN SAMAN tu adalah bakal dewasa yang kuat tekad dan kuat daya tahannya.
Boleh jadi, anak yang kita sangka TAK BERADAB tu rupanya seorang yang berani untuk mencuba.
Boleh jadi, nak yang buat kita rimas sebab SUKA BERTANYA tu rupanya seorang pemikir.
Boleh jadi anak yang KUAT MERAJUK ini TINGGI EMPATINYA dan bakal memakmurkan hidup manusia lain.
Boleh jadi anak yang KUAT MENYEPAH TU sangat kreatif dan bakal menyumbang kepada kecanggihan masa depan.
Ads
Potensi Tinggi Bila Dewasa
Boleh jadi sifat buruk yang kita anggap pada ank tu rupanya kualiti paling mahal, dan paling diperlukan untuk dia jadi bakal dewasa yang berpotensi tinggi untuk berjaya.
Cuma kita yang tak memahami fasa seorang kanak-kanak. Sehingga tergopoh nak melihat mereka bersikap macam orang dewasa.
Apa kata, kita berhenti bersikap tak logik dan berharap mereka bertindak seperti dewasa.
Dan mula memahami keperluan mereka untuk membesar jadi dewasa yang hebat.
Ada anak perempuan atau lelaki sama saja, dua-dua adalah kurniaan dari Allah SWT dan masing-masing ada kelebihan. Dan bab nak mendidik pun tetap sama, jangan tunggu dewasa baru tekankan anak-anak dengan ilmu agama.
Tetapi seperti yang saudara Abu Hurairah Asifabincangkan, mendidik anak perempuan, kita akan terpaksa mengorbankan perasaan.
Jaga Dan Didik Anak Perempuan
Anak perempuan, apalagi anak yang pertama, ia ‘panas’ dengan ibunya. Pada anak perempuan yang pertama, ada saja yang tak kena.
Tapi, walau sayang macamana ia pada ayah, kasih ibunya tetap yang pertama. Rahsia mungkin dia bagitahu kita, tapi segala cerita dan peristiwa tetap ibu yang akan tahu segalanya.
Maka, dengan anak perempuan,
KITA PERLU BANYAK MERAIKAN.
Bagaimana?
Raikan dengan kata-kata, belaian dan pemberian.
Hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalannya. Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan. Pada sesetengah keadaan, berilah hadiah.
Perempuan makhluk perasaan.
Pendekatan meraikan lebih berkesan bila berdepan perasaan. Ia menyentuh dan berkesan.
Bayangkan Bila Anak Jadi Isteri
Saya hanya membayangkan suatu hari nanti dia akan bakal menjadi seorang Isteri. Jika isteri itu sifat utamanya ketaatan, maka pendidikan untuk dia taat pada Ibu yang pertama, dan ayah yang kedua, bermula dari kami berdua. Ketaatan pada perintah yang baik.
Taat anak perempuan kita pada ibu dan ayah, pasti dia juga akan patuh dan taat pada Suaminya pula.
Paling penting, anak perempuan kena di biasakan untuk berada di rumah. Bukan bermakna tak boleh keluar, tapi biasakan dia suka berada di rumah. Rumah adalah gelanggang wanita. Ruang yang kecil tapi besar peranannya.
Bela lembu 10 ekor lagi mudah daripada seorang anak perempuan.
Kelebihan Ada Tiga Anak Perempuan
Susah?
Sebab tu siapa yang ada 3 orang anak perempuan, Allah dah siap-siap bina Syurga untuk ibu dan ayahnya. Janji menjaga mereka sekuatnya, dapatlah nanti habuan disana.
Nak dapat anak perempuan yang baik, lelaki itu mesti baik pada ibunya, mesti baik pada isterinya, dan insyaAllah,
DIA AKAN DAPAT ANAK PEREMPUAN TERBAIK DALAM HIDUPNYA.
InsyaAllah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pilunya hati hanya 3 hari Azmi sempat bergelar bapa. Tiada siapa yang dapat membaca takdir yang tertulis.
Penyanyi yang juga vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat dan isterinya Nazirah Muhammad terpaksa harungi kesedihan dan menerima suratan takdir selepas perginya cahaya mata sulung mereka.
Azmi dan Nazirah Muhammad sudah berkahwin selama 10 tahun, tiga hari lalu mereka cukup gembira selepas menimang cahaya mata pertama.
Pilunya Hati Hanya 3 Hari Azmi Sempat Bergelar Bapa
Pasangan ini hanya sempat bergelar ibu dan ayah selama tiga hari selepas anak sulungnya, Khairul Afnan, disahkan meninggal dunia sebentar tadi.
Berita duka itu dikongsikan sendiri Azmi menerusi hantaran di Instagram miliknya.
“Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga ya,” tulisnya yang reda dengan pemergian anakanda tercinta.
Difahamkan, Afnan berdepan dengan masalah fungsi otak selepas doktor mengesyaki otak bayi itu tidak berfungsi kerana dia tidak bergerak.
Sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September lalu, Afnan dipakaikan alat bantuan pernafasan dan sepatutnya menjalani ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), namun doktor tidak sempat berbuat demikian.
Allah Lebih Sayangkan Afnan
Namun takdir menentukan segala-galanya. Allah lebih sayangkan Afnan. Semoga Azmi dan isteri tabah mengharungi ujian dari yang Maha Esa.
Pengalaman Luar Biasa Saat Kali Pertama Dengar Suara Afnan
Mengimbas kembali hantaran selepas lahirnya Afnan sebelum ini, Azmi berkongsi di Instagram tentang pengalaman luar biasa saat kali pertama mendengar suara Afnan yang baru sahaja menjengah dunia.
“Apa pun anugerah atau kejayaan yang pernah saya terima sebelum ini tidaklah terlalu menyentuh hati.Itu hanyalah sekadar warna yang indah dalam kehidupan saya.
“Namun, pengalaman semalam benar-benar luar biasa. Takkan mungkin saya lupakan.
“Airmata kesyukuran meluncur keluar saat kali pertama mendengar suara Afnan yang baru sahaja dikeluarkan dari perut ibunya.
“Saya dapat sentuh Afnan dalam keadaan badannya masih basah melekit. Ya Allah, terima kasih atas anugerah ini.
“Moga Afnan membesar menjadi anak yang soleh. Sentiasa menghambakan diri pada Allah, menyangi dan mencintai Rasulullah, sentiasa dalam kebaikan di Dunia dan Akhirat” luah Azmi.
Bila bayi kena sawan tangis, mak ayahlah paling susah hati. Sawan tangis merupakan keadaan bayi yang menangis lebih dari tiga jam sehari, sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu selama tiga minggu atau lebih.
Sawan tangis akan baik sendiri apabila umur bayi mencecah usia tiga hingga empat bulan. Mungkin senang untuk kita memperkatakan tetapi sebenarnya amat sukar untuk kita hadapi sendiri bayi yang menangis tanpa henti.
Pelbagai komplikasi boleh terjadi akibat daripada colic dan kesan buruk ini lebih tertumpu kepada ibu bapa serta keluarga dan bukannya kepada bayi tersebut. Nak tahu macam mana situasinya, ikuti cerita dari Puan Intan Rohaizat ini…
Satu petang, aku santai borak-borak dengan kawan. Ada satu ceritanya yang buat aku tersentap. Dia cerita pasal jirannya yang baru dapat anak, memang pasangan muda yang dua-dua jenis happy go lucky.
Selepas dapat baby, hidup pasangan yang romantic dan bahagia ini berubah 360 darjah. Orang lain dapat baby happy tapi pasangan ini asyik bergaduh. Si isteri sampai terjerit-jerit. Kawan aku ni pun rasa tak sedap hati sebab baby diaorang asyik nangis.
Bila dirisik, barulah tahu baby pasangan ini kena sawan tangis. Siang malam melalak sampai laki bini ni stress. Dek kerana dah tak tertanggung, si isteri pun meluah perasaan kepada kawan aku.
Katanya dia pernah hampir bunuh anaknya masa stress memuncak. Sebab semak dan serabut sangat dengar suara anak yang melalak, si ibu tekap muka baby dengan bantal. Mujur dia tersedar…Tengok tu syaitan merasuk sampai ibu hilang pertimbangan.
Itu kisah pengajaran yang kita kena ambil iktibar. Sawan tangis ini kena dirawat segera kalau tidak memang ibu boleh meroyan dalam pantang. Silap-silap rumah tangga boleh barai kerana laki bini asyik bergaduh penat jaga anak yang asyik menangis.
Kredit foto : tesco-baby.com
Bayi Menangis Tanpa Sebab
Emak ayah memang buntu bila bayi menangis tak henti-henti. Bayi yang kena sawan tangis akan menangis tanpa sebab pada waktu-waktu tertentu. Biasanya bayi akan menangis sampai berjam-jam.
Dalam istilah perubatan sawan tangis dikenali sebagai colic.Sawan tangis akan baik sendiri apabila umur bayi mencecah usia tiga hingga empat bulan. Sawan tangis memberi kesan yang besar kepada ibu, ayah dan ahli keluarga. Ibu boleh menjadi sangat tertekan, murung dan hubungan suami isteri jadi tegang.
Paling ditakuti ibu boleh bertindak luar kawalan kerana sangat tertekan menjaga bayi yang kuat menangis. Ibu-ibu yang emosinya tidak stabil boleh mencederakan bayi.
5 Cara Atasi Bayi Kena Sawan Tangis
Kita kena ambil serius masalah ini. Jika bayi kena sawan tangis ibu dan ayah kena segera bertindak. Sebenarnya tiada rawatan khusus yang dapat membantu merawat masalah sawan tangis. Berikut beberapa cara untuk membantu mengurangkan bayi menangis.
1. Ada doktor yang advice ibu kurangkan makanan tenusu, gandum dan kekacang untuk mengatasi sawan tangis.
2. Letak minyak telon pada perut baby, kemudian pakaikan bedung supaya perut bayi tidak kembung. Pakaikan juga bayi sarung kaki untuk elak masuk angin.
3. Mandikan bayi dengan air suam.
4. Susukan bayi dengan kerap supaya baby tidak lapar dan meragam
5. Tukar lampin dengan kerap supaya bayi selesa.
Bayi Menangis Kerana Gangguan Makhluk Halus
Selain itu, ada juga pendapat yang mengatakan sawan tangis disebabkan gangguan makhluk halus. Kita boleh cuba rawat anak dengan ustaz yang amalkan perubatan Islam.
Kredit foto : clickinmoms.com
5 Cara Elak Gangguan
1. Pastikan rumah mendapat pencahayaan yang baik. Jangan biar rumah yang ada bayi gelap dan tidak masuk cahaya matahari.
2. Buka tingkap pada waktu siang untuk aliran udara yang baik.
3. Bapa amalkan azan bayi setiap hari untuk elak gangguan.
4. Baca ayat Qursi dan Fatihah, tiupkan pada ubun-ubun bayi.
5. Kalau masuk rumah, bagi salam supaya makhluk halus tidak tumpang kita masuk rumah.
Video : Belajar Bahasa Bayi Untuk Mudahkan Mak Ayah Faham Apa Kehendak Anak
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...