Tidak dinafikan, melihat anak dicucuk setiap hari untuk mengetahui paras jaundis membuatkan hati mak, ayah susah hati. Maklumlah anak masih kecil dan belum mengerti apa-apa dicucuk berkali.

Tetapi ianya bukan alasan untuk mak ayah berikhtiar dengan cara melampaui batas. Mak ayah jangan amalkan petua pelik iya, semata-mata nak cepat turunkan jaundis bayi.

Ikuti perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari ini dan ketahui apakah punca sebenar jaundis kerap berlaku pada bayi baru lahir.

Mak Ayah Jangan Amalkan Petua Pelik

Ya Allah. Ramai lagi rupanya yang duduk amalkan petua pelik-pelik ini. Sudah tahun 2021 pun masih ada yang sanggup biar bayi kena rendam dalam air cincau semata-mata nak cepat turunkan paras kuning (jaundice).

Bangga pulak itu. Siap diviralkan. Jangan macam itu mak-mak semua.
Boleh hendak berikhtiar tapi janganlah sampai kita main guna saja kaedah yang mengarut. Salah tu.

Okay macam ini. Bayi kekuningan ni memang kerap terjadi sebab kebanyakannya adalah fisiologi biasa (physiological jaundice) untuk bayi.

Baca Juga Di sini:

Ika Nabella Minta Doakan Anaknya Sihat, Didiagnosis Sebagai ‘Bayi Oren’

Niat Jemur Elak Demam Kuning, Bayi 7 Hari PUTUS Tangan Digigit Anjing!

Ads

Ada Nampak Yang Negatif Ke, Bila Nurse Datang Rumah Ibu Lepas Bersalin

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Semata-mata Nak Cepat Turunkan Jaundis

Dalam badan manusia, Tuhan sudah tetapkan bila sel darah merah tamat tempoh, ia akan terurai dan sebahagiannya membentuk bilirubin.

Bilirubin ini akan diproses di hati sebelum dibuang keluar dari badan melalui najis dan air kencing.

Apa yang berlaku pada bayi yang baru lahir, organ hati dia itu baru nak warming up. Sudah boleh function, tapi slow saja lagi.

Ads

Itu yang kadang-kadang sebahagian bilirubin masih belum diproses dan berkumpul terlalu banyak dalam darah. Akhirnya timbul di kulit hingga nampak kuning.

Memang ada kajian menunjukkan, seramai 50 peratus bayi matang dan 80 peratus bayi pramatang boleh dapat kuning jaundice ini.

Penting Pantauan Melalui Ujian Darah

Tapi tak bermakna, semuanya perlukan rawatan. Kebanyakannya akan reda balik dalam masa 2 minggu. Yang penting ialah pantauan melalui ujian darah supaya rawatan yang tepat dapat diberikan segera bila perlu.

Dalam masa sama, tugas kita mak ayah pastikan si comel tu kerap disusukan supaya bayi akan lebih kerap kencing dan berak.

Gagal menyusukan bayi secukupnya hanya akan buatkan tubuh dia terdehidrasi dan paras jaundice semakin menaik.

Ads

Jangan Biarkan Level Bilirubin Tinggi

Paling menakutkan kalau tak dipantau. Kita mungkin tak sedar yang level bilirubin sudah jadi sangat tinggi hingga akhirnya menyerang otak (kernicterus). Tak pasal-pasal budak itu sawan dan cacat otak kekal.

Tolong #share info ni dengan kawan-kawan kita yang lain ye. Bila si comel tu mengalami kekuningan, paling penting ialah pastikan dia dipantau dan diberikan susu secukupnya.

Bukan ajar petua yang mengarut dan buatkan mak mak semua jadi makin stres.

Dr Ahmad Luqman Bukhari

#notaDrALB

MW: Buat mak-mak yang baru melahirkan bayi dan anak terkena jaundis, kerapkan menyusu bayi. Berpada-padalah nak berikhtiar sekalipun, bimbang keadaan bertambah buruk dan memudaratkan kesihatan bayi.

Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI