sifat ingin tahu anak

Anak-anak kecil yang sedang membesar memang memiliki sifat ‘ingin tahu’ yang tinggi. Anak-anak peringkat umur ini memang macam-macam perkara yang ingin ditanyakan kepada mak ayah sehinggakan tak terjawab pertanyaan mereka. Adakalanya dek kerana soalan yang terlalu kreatif dan diluar kotak, kita sebagai mak ayah pun boleh jadi buntu nak memikirkan jawapannya.

Sebenarnya, anak-anak yang yang suka bertanya ini adalah anak yang bijak. Pertanyaan yang diajukan membantu perkembangan sel-sel otaknya berhubung dan berfikir lebih jauh. Sebagai mak ayah, kita haruslah bersabar dalam melayan setiap pertanyaan anak-anak. Luangkan lebih masa bersama mereka terutamanya pada waktu kecil kerana masa yang ada bersama mereka amatlah terhad.

Perkongsian pandangan oleh saudara Amir Syahir ini sesuatu yang menarik untuk mak ayah fikir-fikirkan.

Pagi tadi aku dan keluarga keluar pekena roti canai. Di tepi meja makan kami ada seorang ayah dan seorang anak lelaki yang sedang makan nasi lemak. Anak itu mungkin berusia dalam lingkungan 4 tahun.

Meja makan yang berjarak agak dekat membuatkan aku terdengar perbualan antara ayah dan anak tersebut.

“Ayah, ayah, kenapa kena kacau dulu sebelum minum?”

“Takkan nak minum terus. Tawar la nanti”. Si ayah menjawab acuh tak acuh sambil mata menghala ke arah telefon pintar.

Si anak bertanya lagi, “Ayah, kenapa orang tu pusing-pusing tangan macam tu nak buat roti canai?”

Si ayah berdegus lalu menjawab. “Makan je lah. Cepat. Nanti ayah tinggal.”

Si anak terus terdiam lalu menyuap nasi lemak ke dalam mulut. Di fikirannya mesti masih tertanya-tanya persoalan yang diajukannya tadi.

***
Jawab Pertanyaan Anak Dengan Sabar

Rugi tau tak kalau kau tak pandai melayan pertanyaan anak dengan baik. Rugi kalau kau tak pandai bermain dengan anak. Rugi kalau kau tak cuba luangkan masa dengan anak.

Ads

Anak umur 3-5 tahun macam tu memang sifat ingin tahu dia tinggi. Tengok semua benda dia akan tanya.

Jangan hapuskan sifat “curiosty”, “ingin tahu” anak-anak. Asah minda anak supaya belajar sesuatu dengan soalan dia. Barulah otak dia berkembang sikit. Cubalah jawab pertanyaan anak dengan penuh sabar.

Ini tidak, anak tanya sikit pun terus tak bagi tanya. Yang lagi dahsyat, ada yang tinggikan suara, marah anak. Bukan dia buat salah yang kau nak marah tu. Kalau kau tak reti jawab, Google je la. Telefon pintar bukan kemain canggih. Rugi tak reti guna.

Ads

Tempoh Anak Rapat Sampai Umur 12 Tahun

Anak dekat dan rapat dengan kita sampai umur 12 tahun je biasanya. Dah masuk Sekolah Menengah dah rapat dengan kawan-kawan dia dah. Ada yang dah tinggal di asrama umur 12 tahun.

Masa tu kau tanya dia sepatah dia pun jawab kau sepatah lah. Dah kau ajar dan tak layan dia masa kecil dengan baik. Kau jangan marahkan dia jika dia bersikap kurang ajar masa tu. Kau yang selalu mematahkan semangat ingin tahu dia.

Telefon pintar telah ambil masa kau. Janganlah biarkan telefon pintar ambil masa kau dengan keluarga kau.

Ads

Hari Minggu, Utamakan Keluarga

Hari minggu bawalah keluarga kau jalan-jalan. Berkelah di tepi pantai atau lepak dekat air terjun ke. Luang masa berkualiti dengan keluarga. Dah hari bekerja kau sibuk je manjang. Hari minggu, utamakan keluarga.

Sekali sekala bawa la keluarga kau makan kat luar. Tanya isteri dan anak-anak apa yang dorang nak makan. Ini tak, kau makan sedap-sedap dengan kawan, isteri dan anak kat rumah kau pernah tanya makan apa.

Hargailah keluarga kau selagi mereka masih setia di sisi. Jangan bila mereka pergi, baru kau menyesali. Pada saat dan ketika itu semuanya sudah tidak berguna lagi. Kah!

Sumber: Amir Syahir

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI