Mak Ayah Ini 11 Amalan Menarik Rezeki, Salah Satunya Senyumlah Pada Orang Yang Ditemui

Share

Tak susah sebenarnya nak menjemput rezeki ini. Tapi anda kenalah lakukan amalan-amalan yang membolehkan rezeki datang kepada anda. 11 tip yang dikongsikan oleh Puan Nor Mahsuri Mhd Nordin ini insyaAllah membantu.

1. Letakkanlah sedikit makanan dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing-kucing yang datang agar mereka tidak kelaparan.

2. Sisihkan sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kepada anak yatim & orang miskin.

3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.

4. Letakkanlah di bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya, genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.

5. Jika kamu hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang2 yang memerlukannya (orang tua, sakit, kanak-kanak dan lain-lain).

6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).

7. Belilah mushaf (Al-Quran) letakkan di salah satu madjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.

8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.

9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk & bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.

10. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepadamu dari menghinamu, menyebarkan fitnah & menzalimimu.

11. Setkan pada handphone kamu, penggera peringatan pada masa-masa tertentu untuk anda baca surah Al-Fatihah @ Al-Ikhlas untuk disedekahkan kepada kedua ibubapa kita, samada masih hidup atau telah meninggal dunia.

Kirimkan mesej ini ke semua kenalan. Siapa tahu ada yang mahu mengamalkan. Moga kita pun akan diberi pahala kerananya.

Sumber/Foto: Nor Mahsuri Mhd Nordin via Mingguan Wanita

 

Published by
Netty Ah Hiyer