Bagi memastikan isu keruntuhan akhlak dapat dibendung, peranan ibu bapa penting. Malah menurut Pensyarah Kanan, Perunding Psikologi Klinikal, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor, Dr Kartini Ilias juga ibu bapa merupakan tunggak kepada anak-anak dan agen yang penting dalam membendung masalah sosial dan membentuk sahsiah dalam diri anak-anak. Ikuti 4 tip yang diberikan Dr Kartini untuk panduan ibu bapa dalam mendidik anak-anak daripada terlibat dalam masalah sosial.
1) Luangkan Masa Dengan Anak-Anak
Dalam kesibukan urusan harian dan pekerjaan ibu bapa perlu mencari inisiatif untuk meluangakan masa bersama anak-anak. Secara tidak langsung akan membuatkan mereka merasakan lebih dihargai dan disayangi. Cuba luangkan masa untuk makan malam bersama dan bercerita antara satu sama lain.
2) Disiplin
Ibu bapa juga haruslah mendisiplinkan anak mereka. Ini kerana bagi membuatkan anak mereka sentiasa berkelakuan dengan baik. Tetapkan peraturan untuk semua ahli keluarga patuhi. Perlu ada ketegasan sekiranya ahli keluarga melanggar peraturan yang ditetapkan. Tidak semestinya hukuman, tetai menggunakan Teknik lain seperti “reinforcement”
secara positif dan negative.Ibu bapa juga perlu mengawasi pergerakan anak mereka. Ini kerana kita dapat menegur anak kita sekiranya mereka melakukan perkara yang tidak betul. Ibu bapa perlu tahu siapa kawan anak-anak. Apa laman web yang selalu mereka layari, permainan dan aplikasi yang mereka gunakan. Perlu ambil tahu.
3) Didikan Agama
Ibu bapa haruslah memberi didikan agama yang cukup kepada anak-anak.Ini dapat membuatkan anak mereka akan dapat membezakan yang mana baik dan buruk. Seperti contoh, agama islam, telah menggariskan mengenai batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan bagi mengelakkan berlakunya hubungan bebas dan yang tidak sihat. begitu juga dengan panduan mengenai aurat bagi lelaki dan juga perempuan untuk menjaga hak dan kehormatan individu daripada dicabuli dan dirosakkan.
4) Role Model Terbaik
Bak kata pepatah, seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Begitu juga kita ibu bapa, sekiranya kita tidak menunujukkan contoh dan teladan yang baik, mana mungkin anak-anak kita bisa berkelakuan baik. Ianya lahir dari kita ibu bapa.
Ibu bapa juga perlu mempunyai ilmu yang cukup. Merekalah guru yang terbaik untuk mengajar anak-anak mengenai Pendidikan seksual, oleh itu, mereka perlu pastikan mereka perlu mempunyai ilmu dan juga skil untuk menyampaikan ilmu seksualiti tersebut. Jangan marah ketika anak-anak bertanya mengenai seksual.