Kekeluargaan

Mak Ayah, Bila Mereka Sudah Tiada Lagi Di Dunia Ini, Hilanglah Sumber Doa Mustajab

Share

Mak ayah, bila mereka sudah tiada lagi di dunia ini, hilanglah sumber doa mustajab. Doa mustajab, itulah doa terbaik mak ayah untuk anak-anak. Sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak.

Mak Ayah, Bila Mereka Sudah Tiada Lagi Di Dunia Ini

Tanpa mak dan ayah, siapalah kita. Tanpa mereka kita tak akan ada di dunia ini. Jangan sesekali sombong atau hilang hormat pada mak ayah. Kejayaan kita hari ini adalah doa mustajab daripada mereka yang tidak pernah putus untuk melihat kita gembira dan berjaya.

Ikuti perkongsian daripada Khairul Anuar Basri ini. Sehebat mana kita, tanpa mak ayah dan doa mustajabnya kita tak akan hidup senang. Jangan sesekali derhaka, sayangilah mereka.

Kita ada seorang saja ayah dan seorang ibu. Kalau ada orang yang tak ada ayah sebab dia tak tahu siapa ayah dia pun, dia mesti ada seorang saja ibu.

Pergilah ke mana-mana masa kita hidup ni, kita akan bawa nama ayah kita bersama-sama kita. Bila kita mati, imam yang baca talkin akan sebut nama kita dan ibu kita.

Besar dan hebatnya pengaruh ayah dan ibu pada hidup kita. Tanpa mereka berdua, tak adalah kita.

Tak ada orang yang boleh sayang kita lebih daripada ayah dan ibu kita sayang kita. Walau kita pernah jumpa orang yang sayang kita lebih daripada mereka berdua, hakikatnya tak akan ada orang yang boleh sayang kita macam ayah dan ibu kita sayang kita.

Kita wajib sayang ayah dan ibu kita. Ini perintah Allah dalam Al-Quran. 6 kali Allah sebut suruh kita sayang dan buat baik dekat ayah dan ibu kita.

Masa mereka hidup, kita sayang mereka dengan cara taat dan berbuat baik kepada mereka. Tak boleh mengherdik mereka, meninggi suara dengan mereka, jangan sesekali kata ‘uh’ atau ‘ah’ pun pada mereka, merendah diri dengan mereka dan mesti cakap hanya dengan perkataan yang mulia saja dengan mereka.

Hilanglah Sumber Doa Mustajab

Bila mereka meninggal, kita juga mesti sayang mereka dengan cara kita buat amalan kebaikan demi mereka, cuba kita hubungkan silaturahim dengan kawan-kawan baik mereka dan kita berdoa mohon Allah ampunkan dosa mereka.

Rasulullah SAW sebut, ada ketikanya di dalam syurga, darjat ayah dan ibu ditinggikan oleh Allah sampai mereka pun jadi pelik. Lalu mereka bertanya kepada Allah, kenapa jadi begitu?

Allah SWT beritahu, darjat ayah dan ibu diangkat di dalam syurga setiap kali ada doa minta ampun untuk mereka daripada anak-anak. Jadi jangan jemu berdoa untuk mereka kebaikan di dunia dan keampunan di akhirat.

Jika ayah dan ibu kita masih hidup, selalulah minta mereka doakan kita. Ingat, sekali mereka dah mati, maka tamatlah riwayat sebuah sumber doa yang mustajab.

Sayangilah mak ayah selagi mereka masih ada. Doakan kebaikan mereka dunia akhirat.

Sumber: Khairul Anuar Basri

Baca artikel lain juga: Doa Ibu Bapa Ibu Segala Keberkatan Rezeki

Sebagai Ibu Bapa, Kami Sentiasa Doakan Yang Terbaik Untuk Anak, Menantu” Yusof Haslam

Anak Nakal Ibu Bapa Perlu Tegas, Hukum Dengan Hukuman Setimpal Bila Buat Salah Bukan Bela

 

“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.

 

 

 

 

 

Published by
Has