Mak ayah biasakanlah bagi anak makan kismis setiap hari sebagai snek makanan ringan untuk kudapan harian. Dengan kismis, anak-anak akan dapat tenaga yang seimbang dan menyihatkan badan. Berbanding berikan anak-anak seperti jajan, keropok atau gula-gula yang tidak berkhasiat sekaligus mampu menjadikan otak lembap.
Kismis adalah makanan yang diperbuat daripada buah anggur yang telah dikeringkan.Kismis mengandungi karbohidrat, lemak, protein, vitamin B1, B2, B3, B5, B6, dan B9, kolin, vitamin C, vitamin E, vitamin K, kalsium, zat besi, magnesium, fosfor, potassium, sodium, dan sebagainya.
Kismis sebenarnya berasal daripada buah anggur yang menjalani proses penyahidratan sama ada menggunakan matahari atau menggunakan ketuhar. Akibat proses penyahidratan tersebut saiz kismis menjadi lebih kecil dari saiz anggur yang sebenar.
Berikut antara Khasiat Kismis:
1.Meningkatkan Daya Pemikiran Otak
Gula ringkas dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.
Dalam Islam, kismis sudah lama disaran untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius.
Ads
2.Kaya Antioksida
Kajian mendapati fenol yang terdapat dalam kismis adalah antara sumber yang membolehkan ia dikategorikan sebagai antioksida. Antioksida melindungi tubuh daripada radikal bebas selain menjaga kesihatan kulit supaya cantik berseri.
3.Gigi Sihat Dan Kuat
Selalunya bahan manis akan menyebabkan gigi rosak,tetapi tidak pada kismis. Ia langsung tidak menyebabkan berlakunya kaviti dan penyakit gusi, bahkan akan menyebabkan gigi menjadi sihat dan kuat kerana mengandungi ia mengandungi asid oleanolik. Asid ini sangat efektif dalam membunuh bakteria.
Penelitian Christine D.Wu dari Universiti Illinois, Chicago, Amerika Syarikat mendapati kismis mengandungi antioksidan yang dapat melawan bakteria penyebab kerosakan gigi dan gusi.
Ads
4.Mengurangkan Sembelit
Serat yang tinggi dalam kismis adalah sangat bermanfaat untuk pencernaan berjalan dengan lancar. Satu cawan kismis mengandungi kira-kira 10g serat yang boleh membantu anda mengeluarkan bahan-bahan toksik yang berbahaya dengan membersihkan usus dan melawaskan pembuangan air.
5.Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi
Kajian juga mendapati kismis yang kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
6.Menguatkan Tulang
Selain itu juga, kismis mengandungi fiber dan asid tartaric. Ia juga baik untuk kesihatan tulang dalam badan anda.
Ads
Punyalah banyak khasiat kismis ni, jadi mak ayah perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.Sebaliknya jadikan kismis ini sebagai makanan ringan, snek yang sihat untuk anak-anak.
Mak ayah boleh bekalkan kismis ketika ke sekolah atau boleh jadi lebih kreatif dengan mencampurkan ia dalam pelbagai hidangan lain bubur, sup,yogurt atau sayur-sayuran yang biasa dimakan oleh anak-anak.Namun jika anak-anak, sangat tidak suka dengan rasa kismis yang manis ini, sekurang-kurangnya ‘Wajibkan’ diambil secara sedikit, dalam bilangan nombor ganjil 3,5 atau 7 biji setiap hari.
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jangan keji ibu lain keras dalam mendidik anak, kita semua ada battle sendiri yang perlu hadap setiap hari. Hanya Allah yang tahu. Sesungguhnya setiap orang miliki cara yang tersendiri dalam mendidik anak.
Jika ingin diikutkan hati, mahu saja mak-mak di luar sana menjadi ibu yang lemah lembut, penyayang dan penyabar. Tetapi sebagai manusia biasa, mak-mak semuanya tak cukup kuat bila sesekali sikap anak melampaui batas atau menguji kesabaran. Maklumlah iman hanya senipis kulit bawang.
Sebenarnya bukan mudah untuk menjadi seorang ibu yang sempurna, namun percayalah usaha kita untuk menjadi ibu atau mak yang terbaik tentu saja disukai Allah.
Ikuti perkongsian Puan Intan Dzulkefli ini dan fahami apa yang cuba dia sampaikan:
Jangan Keji Cara Didikan Ibu Lain
Bab parenting atau homeschooling memang saya tak pandai langsung. Jujur.
Buku parenting Ustazah Fatimah Syarha masih saya selalu ulang baca hingga sekarang pun – setiap kali saya mahu bermuhasabah diri.
Namun saya bersyukur, kejahilan itu menjadikan saya ‘no more judgement’ terhadap ibu-ibu yang lain.
Sama ada seorang ibu itu jenis tegas atau bertolak ansur, keras nada suaranya mahupun lembut, saya percaya, kita semua ada ‘battle’ kita masing-masing setiap hari, yang ‘seriously’ hanya kita dan Allah sahaja yang tahu apa dia.
Ada masa kita scroll media sosial, tengok pelbagai tips parenting, pelbagai isu dan pendapat tentang skill parenting seorang ibu. Sedikit sebanyak mesti akan terdetik dalam hati, “am I doing good enough for my kids?”
Seperti saya sendiri. Antara cinta dan cita-cita, antara tugas sebagai ibu dan bekerja sendiri dari rumah. Nak kejar target personal, nak jalankan segala plan, join kelas dan lain-lain.
Jujur kadang ada masa saya jadi ‘nelayan’ juga. Semua ke laut. Mood, plan, disiplin semua habis ke laut dalam.
Ada hari, saya dengar suara ibu meninggikan suara menegur anak-anak di blok belakang rumah, saya cuma mampu doakan supaya Allah berkati rumahtangga mereka.
Dan saya harap apabila tiba masa saya pula naik angin dengan anak-anak, ada sesiapa terdengar petiran suara saya, tolonglah doakan saya juga. I need your du’a not your judgement.
Jangan Keji Sebaliknya Doakan
Doa. Doakan orang tanpa pengetahuannya itu adalah satu kebaikan. (Melainkan kalau kes jenayah itu lainlah, memang kena report.)
Ada hari kita sebagai ibu, mood seharian okay. Ada hari pelbagai hal terjadi. Masalah itu, masalah ini, kesihatan tak okay dan lain-lain. Anak-anak pun begitu juga. Mereka pun manusia, ada hati, perasaan, emosi yang sama upside down.
“It’s okay… You are doing good, mama. No body’s going to judge you except Allah, and He is watching your effort and struggle,”
Kita bukan dalam pertandingan. It’s okay kalau parenting kita tak ‘perfect’ macam dalam buku parenting tapi anak-anak tetap perutnya teralas, mereka peluk, cium, minta maaf dan senyum dengan kita sebelum mereka masuk tidur.
Setiap Ibu Ada Battle Masing-Masing
Kadang pula ada hari yang kita sibuk dengan hal pelbagai, sampai tak sedar anak-anak pun sudah tidur. Dan selepas itu kita pun cium dahi dan pipi mereka dengan linangan air mata sambil terasa banyaknya kekurangan kita sebagai ibu, kan?
Rasa diri tak ‘perfect’ macam orang lain. But have faith and keep going. Jangan demotivated diri sendiri. Let go and move on.
Setiap hari kita struggle untuk jadi penyabar, pemaaf, niat lurus, hati ikhlas.. Tak apa, minta doa banyak-banyak, moga Allah Beri kita petunjuk hidayah.
Saya ingat pesan Ustazah Norhafizah Musa, kalau anak-anak lain macam pe’elnya, kita sebagai ibu kena solat taubat dan minta ampun kepada Allah. Mungkin banyak dosa kita pun jadi block yang menyukarkan didikan dan nasihat kita pada anak-anak.
“Astaghfirullahal adzhim.. Aku tak tahu cara didik anak yang sebetulnya, Ya Allah, ajarlah daku.”
Sampai sekarang pun jujur ada masa saya masih membebel, naik angin juga. Jiran pun rasanya dengar suara memetir. Ya Allah..
Betulkan Niat Untuk Mendidik Anak
Tapi alhamdulillah lately, selalu ada pit stop, macam ada suara kecil mengingatkan “nak marah, nak cubit anak, niat biar kerana nak mendidik anak, nak Allah redha kita sekeluarga.” bukan sebab ego, marah sebagai makhluk yang lebih superior dari anak kecil itu.
Ibu-ibu.
It’s okay kalau kita tak selembut mak-mak lain.
And it’s okay kalau kita tak sabar macam mak-mak lain.
Masing-masing ada personaliti dan cara masing-masing. Yang penting, kita tahu, matlamat kita semua sama, nak didik anak-anak kita jadi anak-anak yang soleh, solehah lillahitaala, insyallah.
Teruskan berdoa, improve diri dari sehari ke sehari. Sebab apa jua yang kita lakukan, dengan anak-anak kita. Pengakhirannya kita cuma nakkan redha Allah. Kan?
So chill mommies. Allah sedang lihat effort dan struggle kita. Insyallah. You are doing good. Allahu musta’an.
MW: Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi buat mak-mak untuk menjadi ibu yang hebat. Tidak perlu mengejar kesempurnaan dalam mendidik anak sebaliknya ikutlah kemampuan dan acuan sendiri. Insyallah.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Pernah tak ibu bapa terfikir apa yang hendak dibuat jika tiba-tiba anak tercekik?
Tercekik adalah satu keadaan di mana saluran pernafasan tersekat atau tertutup disebabkan oleh sesuatu objek. Ini menyebabkan bekalan oksigen terhalang ke paru-paru dan seterusnya ke otak.
Masalah tercekik boleh berlaku kepada semua peringkat umur. Kejadian tercekik sering berlaku pada kanak-kanak dan ia merupakan salah satu penyebab kematian di kalangan kanak-kanak
Jangan panik!
Ikuti perkongsian Doktor Telinga, Hidung & Tekak, Dr. Ezairy M. Sallih berkaitan langkah-langkah yang patut dilakukan jika anak tercekik secara tiba-tiba.
Sedang anda menonton televisyen, anak anda tiba-tiba saja terbatuk-batuk. Beliau dilihat sedang termengah-mengah. Susah nak bernafas.
Apakah langkah anda pada saat itu?
Ingat, anak anda mungkin sedang tercekik. Beliau sedang bertarung dengan nyawa!
Pastikan Anda Lakukan Langkah Ini Untuk BAYI Anda:
Minta bantuan kecemasan
Tiarapkan bayi di atas lengan.Letakkan kepala sedikit di bawah. Tepuk belakang dada di antara tulang belikat sebanyak lima kali
Letakkan bayi menelentang. Periksa mulut bayi. Keluarkan benda asing jika kelihatan
Jika keadaan masih sama, letak dua jari di tengah-tengah dada. Lakukan tekanan sebanyak lima kali.
Foto kredit Facebook Dr Ezairy M.Sallih
Untuk KANAK-KANAK BERUSIA LEBIH SETAHUN, sekiranya gagal setelah melakukan tepukan lima kali di belakang, lakukan tekanan di bawah diafragm ‘Heimlich Manouvre’.
Cara melakukan Heimlich Manouvre:
Berdiri di belakang mangsa.
Letak kedua-dua tangan di pinggang mangsa dan tekan abdomen ke arah dalam dan atas.
Keluarkan benda asing jika kelihatan.
Jangan Buang Masa!
Jika anak anda tiba-tiba tidak sedarkan diri. Jangan buang masa. Lakukan CPR. Hubungi ambulans!
Saya tahu jika situasi ini berlaku kepada anda. Situasi panik boleh menguasai diri. Sebab tu amat penting untuk menguasai ilmu asas ini.
Semoga ilmu ni berguna untuk anda. Jangan lupa kongsi kepada pasangan anda dan juga orang yang anda sayang.
Jemput Like dan Follow Facebook page saya ni supaya anda tak terlepas nota-nota kesihatan daripada saya.
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor Telinga, Hidung & Tekak
(Ear, Nose & Throat, ENT)
Juara Qari Junior 2017, Haikal Firdaus Mohd Jaafarudin, 12 dibesarkan oleh nenek dan datuknya, Asmah Jusoh, 59 dan Mohd Nasir Mohd Din, 60. Impian datuk dan nenek mahu menjadikan cucunya seorang tahfiz sudahpun menjadi kenyataan.
“Tiada yang mustahil dalam membentuk dan mendidik anak menghafal al-Quran dalam usia muda.”
Kata kuncinya adalah disiplin. Bagaimana nenek dan datuk Haikal menerapkan al-Quran di hati anak mudayang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Lipat dan Sekolah Agama Kampung Belukar Juling, Endau Mersing ini boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu muda di luar sana.
Petua Nenek Latih Cucu Cintakan Al-Quran
1. Mulakan pendedahan pada al-Quran seawal usia 4 tahun. Haikal mampu khatam dalam tempoh 2 bulan dan menghafaz 30 juzuk al-Quran ketika usia 8 tahun.
2. Setiap bulan khatam al-Quran 2 kali.
3. Setiap pagi bangun seawal 4.45 pagi untuk solat sunat, mengaji satu juzuk sebelum ke sekolah. Pada hari cuti, perlu habiskan 7 juzuk al-Quran. Sambil siapkan kerja sekolah, Haikal akan mengaji.
4. Tak mengambil sebarang makanan ringan. Setiap hari bawa bekal yang dimasak nenek ke sekolah.
5. Merakam surah dan membaca semula surah yang dirakam
Sejarah Sukar Haikal
* Ketika usia setahun setengah, Haikal tak boleh meniarap dan bercakap serta alami masalah saraf dan hampir menjadi orang kurang upaya.
* Sejak itu, nenek latih Haikal menulis agar tangannya kuat. Diurut kaki dan tangan cucunya sambil tak henti berdoa pada Allah.
* Umur 2 tahun, Haikal baru boleh berjalan tapi belum boleh bercakap.
* Disebabkan tak lekat nak sebut nama mama mahupun babah, nenek ajar Haikal sebut Allah. Sebut berulangkali sampai “Allah’ menjadi sebutan pertama anak kecil ini.
Ini Cara Haikal Hadapi Tekanan
Didikan nenek yang kental disiplin ada ketikanya membuatkan Haikal alami tekanan. Subhanallah… sungguh hebat Haikal atasi tekanan dirinya.
“Rasa tu timbul pada awal dulu. Tapi saya dah ok, mula-mula saja rasa tertekan. Kalau saya penat, saya main basikal dalam 15 minit dan kembali mengaji. Tak susah pun, cuma perlu fokus.”
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...