Mak Ayah Bergurau Depan Anak Ada BATASNYA, Elak Ditiru, Ajar Mereka Perasaan Malu

Share

Perasan tak kalau pasangan bergurau depan anak, nampak anak senyum sipu dan malu-malu. Jenis anak yang tak faham dia tak akan faham. Tapi anak yang dah makin membesar, tentu tahu malu.

Tak salah pun suami isteri bergurau depan anak tapi kena ada batasnya. Bukan saja bermanja-mana dengan pasangan tapi cara lain yang mak ayah kena elakkan dan tahu batas supaya timbul perasaan malu.

Mungkin mak ayah merasakan hanya anak beranak saja, bukannya orang luar. Tapi cara ini tak betul dan boleh ditiru oleh anak-anak.

Malu adalah perisau berharga buat anak-anak. Pastikan perasaan malu ini disemai oleh perbuatan mak ayah. Tak salah untuk mak ayah nak bermanja atau bermesra tapi pastikan ada batasnya.

Mungkin banyak lagi perbuatan mak ayah yang kena jaga batasnya. Ikuti perkongsian daripada Wan Nur Syakira tentang perasaan malu yang perlu dilakukan oleh mak ayah supaya tidak ditiru anak-anak.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Anak Jadi Pemalas Bila Mak Tak Ajar Anak ‘Masuk Ke Dapur’, Terimalah Pertolongannya!

Ajar Anak Adab Di MEJA MAKAN, Elak Layan Mak Macam BIBIK, Jangan Biasakan!

Info Lebih Menarik DI SINI

Bergurau Depan Anak Ada Hadnya!

Kita nak anak tahu perasaan malu?

Ibu ayah juga harus ada perasaan malu.

1. Elakkan menukar baju di hadapan anak.

Berhati-hati. Tutup pintu bilik ibu bapa.

Tukar baju di bilik sendiri, jangan tukar baju di ruang tamu ke, di dapur ke.
Tunjukkan pada anak, perbuatan menukar baju jangan ditunjuk pada orang, aurat mungkin akan terdedah.
.
2. Jaga cara kita berpakaian di rumah.

Cara kita berpakaian ketika bujang dan ketika kita belum ada anak tak boleh sama dengan ketika dah ada anak yang membesar.

Jangan pakai baju jarang atas alasan duduk di rumah.

Jaga aurat antara anak dan ibu bapa sejak kecil. Bermula mereka berumur 3 tahun.

Nak pakai pakaian jarang ke seksi ke, boxer sahaja ke , hanya dalam bilik tidur suami isteri saja.

Jangan normakan pakaian ini di hadapan anak.

3. Keluar dari bilik air dengan pakaian yang sopan.

Elakkan berkemban. Bukan main terjah saja.

Sebab itu, penting kita asingkan bilik tidur sejak umur 3,4 tahun.

4. Berjaga-jaga dengan gurauan dan sentuhan antara suami isteri di hadapan anak.

Tak salah anak melihat ayah mencium dahi ibu ketika ingin pergi bekerja.
Atau pelukan ringan setelah ibu sambut ayah pulang.

Anak perlu melihat kasih sayang antara ibu dan ayah kerana membuatkan anak-anak rasa selamat dan gembira TETAPI ADA BATASNYA.

5. Menyusu di tempat tertutup atau dalam bilik.

Jika kita punya anak kecil, elakkan menyusu di hadapan kakak dan abang dia.
Minta izin atau beritahu anak , ummi nak menyusu adik dalam bilik ye sebentar.

6. Jika perlu atau terpaksa mandi dengan anak, pakai kain basahan.

Biasakan dari kecil.

Jikalau boleh, elakkan mandi bersama anak. Siapkan anak dahulu, minta pasangan jagakan, baru mandi.

7. Ayah perlu jaga pandangan, jangan selamba tengok adegan soft porn ( berpelukan, berciuman, pelakon seksi ) di kaca televisyen depan anak.

Buat seperti adegan itu macam benda normal, yang boleh dilihat. Belakang anak pun tak boleh tengok juga.

8. Jangan sesekali melakukan hubungan suami isteri di hadapan anak kecil dengan alasan mereka masih kecil dan tak faham.

Umur 3 tahun ke atas anak dah boleh tiru dan buat.

 

Malu ini perlu disemai melalui perbuatan ibu bapa.

Anak melihat, anak akan tiru.

Malu ini perisai berharga yang perlu tiap anak-anak ada.

Bukan saja malu kepada manusia, malu kepada Allah.

Bila ada malu, Insya Allah, mereka lebih berhati-hati melakukan sesuatu.

Malu itu datangnya dari iman.

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Sifat malu adalah sebahagian daripada iman.”

Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sebagai seorang Muslim, segala tindak-tanduk dan tingkah laku kita juga harus mengambil
kira pesanan Nabi SAW:

“Jika kamu tidak mempunyai rasa malu, maka lakukanlah apa sahaja yang kamu mahu” – [Riwayat al-Bukhari].

Moga kita dan anak-anak terdidik dengan perasaan malu pada tempatnya.
Aamiin.

Mingguan Wanita : Memang sangat baik untuk tonjol sifat kasih sayang tapi berpadalah dan tidak ada batasnya.

Sumber: Wan Nur Syakira

 

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.

Klik link ini untuk daftar
penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau
whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora